Mengapa Kita Marxist?

Ditulis oleh Alan Woods

Monday 13 December 2010

Dua dekad telah berlalu semenjak Francis Fukuyama menerbitkan sebuah buku yang berjudul The End of History dan The Last Man, mengisytiharkan kemenangan yang muktamad bagi ‘ekonomi pasaran’ atau market economy dan demokrasi borjuasi. Idea ini seolah-olah disahkan oleh pasaran yang melambung tinggi dan pertumbuhan ekonomi tanpa gangguan selama hampir 20 tahun. Ahli-ahli politik, bank-bank pusat dan pengurus-pengurus di Wall Street telah yakin bahawa mereka akhirnya telah menjinakkan sifat kitaran ekonomi iaitu ‘ledakan dan kemerosotan’ atau ‘boom and slump’.

thumb_marx-engels

Kini, dua dekad selepas kejatuhan USSR, bangkai ilusi borjuasi bergelimpangan dan bertindih-tindang. Dunia sedang mengalami krisis yang paling buruk sejak 1930-an. Berhadapan dengan situasi bencana berskala dunia, kaum borjuasi  Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sedang berada didalam keadaan panik. Dalam tahun 1930-an, Trotsky berkata bahawa pihak borjuasi telah “bergelungsur ke bawah cerung  kepada bencana dengan keadaan mata tertutup.”Kata-kata ini adalah amat tepat untuk dipakai dalam keadaan seperti hari ini seakan baru semalam ia tertulis.

 

Untuk dua puluh tahun kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi borjuasi bongkaknya bahawa tidak akan ada lagi ledakan dan kemerosotan, bahawa kitaran ini sudah dihapuskan buat selamanya. Ia adalah fakta yang nyata bahawa selama beberapa dekad, ahli-ahli ekonomi borjuasi tidak pernah meramal satu pun ledakan  dan tidak pernah meramal satu pun kemerosotan.Mereka telah mengerjakan satu teori baru yang sangat gah dipanggil “hipotesis pasaran cekap” atau “efficient market hypothesis”. Sebenarnya, sama sekali tiada apa yang baru tentang perkara ini. Ia hanya bersandarkan kepada idea lama iaitu: “biarkan iasendirian maka pasaran akan menyelesaikan segala-galanya.” Pasaran secara automatik akan mengimbangi dirinya. Selagi kerajaan tidak campur tangan,segala-galanya dalam jangka masa panjang akan berjalan lancar. “Untuk itu,John Maynard Keynes telah mengeluarkan satu jawapan yang tidak boleh dilupakan,”Dalam jangka masa panjang kita semua akan mati. ”

Dalam dekad pertama abad ke-21, ia menjadi semakin jelas bahawa kapitalisme telah kehabisan potensi progresifnya. Daripada membangunkan industri, sains dan teknologi, sebaliknya semakin melemahkan mereka. Kuasa-kuasa produktif bertakung, kilang-kilang ditutup seperti kotak mancis, dan berjuta-juta dibuangkerja. Semua ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa perkembangan kuasa-kuasa produktif pada skala dunia telah melampaui batas harta swasta dan negara bangsa yang sempit. Ini adalah sebab yang paling asas bagi krisis ini,yang telah mendedahkan kebankrapan kapitalisme dalam erti kata yang paling literal. Nasib Ireland dan Greece menonjolkan pengesahan yang grafik tentang negeri kapitalisme Eropah yang berpenyakit. Esok penularan akan merebak ke Portugal dan Sepanyol. Tetapi Britain dan Itali tidak jauh di belakang.Perancis, Jerman dan Austria akan mengikuti tanpa bisa mengelak ke jalan yang menuruni cerung dan lembah .

Ahli-ahli ekonomi borjuasi dan ahli-ahli politiknya, dan yang paling penting, semuareformis, adalah sangat-sangat terdesak untuk mencari beberapa jenis kebangkitan untuk keluar dari krisis ini. Mereka melihat kepada pemulihan kitaran perniagaan sebagai penyelamat. Pemimpin-pemimpin kelas pekerja, parapemimpin kesatuan sekerja dan pemimpin-pemimpin Sosial Demokrat  percaya bahawa krisis ini adalah sesuatu yang sementara. Mereka membayangkan ia boleh diselesaikan dengan membuat sedikit perubahan kepada sistem yang sedia ada (reform),apa yang diperlukan adalah peningkatan kawalan dan peraturan, dan kita boleh kembali kepada keadaan sebelumnya. Tetapi krisis ini bukan krisis biasa, ia bukan sementara. Ia menandakan satu titik perubahan yang penting dalam prosesini, titik di mana kapitalisme telah mencapai jalan mati sejarah. Apa yang terbaik yang boleh diharapkan adalah pemulihan yang lemah, disertai dengan pengangguran yang tinggi dan tempoh penjimatan yang panjang, pemotongan dan penurunan taraf hidup.

Krisis Ideologi Borjuasi

Marxsisme berada ditempat pertama dalam falsafah dan pandangan dunia. Dalam tulisan-tulisan falsafah Marx dan Engels kita tidak bisa menemui satu sistem falsafah tertutup,tetapi satu siri pandangan dan petunjuk cemerlang, dimana, jika mereka dibangunkan, akan menyediakan nilai tambahan yang berharga buat gedung metodologi sains.

Tidak ada tempat yang paling jelas dalam krisis ideologi borjuasi daripada di alam falsafah. Pada peringkat awal, apabila borjuasi berdiri untuk kemajuan atau progres, ia mampu menghasilkan pemikir besar: Hobbes dan Locke, Kant dan Hegel.Tetapi dalam zaman kejatuhan dan penuaannya, borjuasi tidak berupaya untukmenghasilkan idea-idea yang besar. Malah, ia tidak mampu mengeluarkan apa-apa idea langsung.

Olehkerana borjuasi moden tidak berupaya untuk membuat generalisasi yang jelas,maka ia menafikan terus konsep sebenar ideologi. Itulah sebabnya post-modenis bercakap tentang “pengakhiran ideologi”. Mereka menafikan konsep kemajuan/progres semata-mata kerana di bawah kapitalisme tidak mungkin ada progres. Engels pernah menulis: “Falsafah dan pengajian dunia sebenarmempunyai hubungan yang sama antara satu sama lain seperti onanisme dan cintaseksual.” Falsafah borjuasi moden lebih suka memilih onanisme daripada hubungan cinta seksual. Dalam keghairahan untuk memerangi Marxsisme, ia telah mengheret falsafah kembali ke zaman lalu yang paling teruk, usang dan mandul itu.

Materialisme dialektik adalah pandangan yang dinamik didalam memahami perjalanan alam,masyarakat dan pemikiran. Jauh daripada menjadi satu idea yang ketinggalan zaman daripada abad ke-19  itu, ia adalah pandangan moden yang sungguh menarik tentang alam semula jadi dan masyarakat.Dialektik menghapuskan cara yang tetap, tegar/rijid, dan cara yang tidak bermaya didalam melihat sesuatu perkara yang merupakan ciri-ciri lama sekolah mekanikal fizik klasik. Ini menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu perkara-perkara boleh bertukar menjadi sebaliknya. Tanggapan dialektik bahawa pengumpulan secara beransur-ansur oleh perubahan kecil boleh berubah ke tahap kritikal  menjadi lonjakan gergasi telah mendapat pengesahan menarik dalam teori kekacauan (chaostheory) moden dan terbitan hasil selepasnya. Teori kekacauan telah menamatkan penentuan reduktif mekanikal sempit yang menguasai sains selama lebih seratus tahun. Dialektik Marxsist adalah ungkapan abad ke-19 seperti apa yang teori kekacauan kini diluahkan secara matematik: antara keberhubungan-perkara, sifat organik hubungan antara entiti.

Kajian peralihan fasa merupakan salah satu bahagian yang paling penting dalam ilmu fizik kontemporari. Terdapat bilangan contoh yang tak terbilang tentang fenomena yang sama. Transformasi dari kuantiti kepada kualiti adalah peraturan sejagat. MarkBuchanan dalam bukunya Ubiquity  menunjukkan perkara ini didalam pelbagai fenomena seperti serangan jantung, avalanches,kebakaran hutan, peningkatan dan kepupusan populasi haiwan, krisis bursa saham,peperangan, dan juga perubahan dalam fesyen dan sekolah seni. Yang lebih menakjubkan,peristiwa-peristiwa ini boleh dinyatakan melalui formula matematik  yang dikenali sebagai undang-undang kuasaatau power law.

Penemuan-penemuan yang luar biasa ini telah  dijangka lama dahulu oleh Marx dan Engels, yang meletakkan falsafah dialektik Hegel pada asas rasional (iaitu, materialis). Dalam Logik(1813) Hegel menulis: “Ia telah menjadi satu gurauan yang biasa dalam sejarah untuk membiarkan kesan yang besar timbul daripada sebab-sebab yang kecil.” Ini lama sebelum “kesan rama-rama” atau “butterfly effect”  kedengaran. Seperti letusan gunung berapi dan gempa bumi, revolusi adalah hasil daripada pengumpulan percanggahan yang perlahan didalam satu tempoh yang panjang. Prosesini akhirnya sampai ke tahap kritikal di mana secara tiba-tiba lonjakan berlaku.

Materialisme sejarah

Setiap sistem sosial percaya bahawa ia mewakili satu-satunya bentuk yang mustahil akan kewujudan manusia. Lalu Institusinya, agamanya, moralitinya adalah perkataan terakhir yang boleh dipersoalkan. Itulah apa yang kanibal, para imam Mesir,Marie Antoinette dan Tsar Nicolas semua beriman secara bersungguh-sungguh. Dan itulah yang Francis Fukuyama harap dapat tonjolkan apabila beliau memberi jaminan kepada kita, tanpa sedikitpun asas, bahawa sistem yang dipanggil “perusahaan bebas”adalah satu-satunya sistem yang mustahil— apabila ia mula untuk tenggelam.

Seperti yang dijelaskan oleh Charles Darwin bahawa spesis tidak bersifat kekal, dan bahawa mereka mempunyai masa lalu, masa kini dan masa depan, berubah dan berkembang,jadi Marx dan Engels menjelaskan bahawa sesuatu sistem sosial itu bukan sesuatu yang tetap selamanya. Analogi antara masyarakat dan alam ini, sudah tentu,hanya anggaran. Tetapi pemeriksaan sejarah yang paling cetek pun menunjukkan bahawa tafsiran gradualist (kelompok yang percaya bahawa semua benda mesti berubah secara perlahan tanpa ada perubahan besar disuatu ketika ) adalah tidak berasas. Masyarakat, seperti alam semula jadi, tahu jangka masa perubahan perlahan dan beransur-ansur, tetapi disini juga garis diganggu oleh ledakan perkembangan perang dan revolusi, di mana proses perubahan bertukar menjadi tersangat cepat. Malah, peristiwa-peristiwa ini lah yang bertindak sebagai kuasa motor utama perkembangan sejarah. Punca perubahan revolusioner adalah hakikat bahawa sistem sosio-ekonomi tertentu telah mencapai hadnya dan ia tidak mampu untuk membangunkan kuasa-kuasa produktif seperti sebelum ini. Marxsisme menganalisis mainsprings atau sebab utama yang tersembunyi di sebalik pembangunan masyarakat manusia daripada masyarakat suku kaum terawal sehingga zaman moden. Konsep sejarah materialis membolehkan kita untuk memahami sejarah,bukan sebagai satu siri insiden tidak berkaitan dan tidak diduga, tetapi sebaliknya sebagai sebahagian daripada proses yang difahami secara jelas dan saling berkait. Ia adalah satu siri tindakan dan tindak balas yang merangkumi politik, ekonomi dan keseluruhan spektrum pembangunan sosial. Hubungan antara semua fenomena ini adalah hubungan dialektik yang kompleks. Selalunya percubaan dilakukan untuk mencemarkan nama Marxsisme dengan melakukan karikatur terhadap kaedah analisis sejarahnya. Penyelewengan yang biasa ialah bahawa Marx dan Engels “memotong segala-galanya kepada ekonomi.” Paten yang tolol Ini telah berkali-kali dijawab oleh Marx dan Engels, seperti dalam ekstrak daripada surat Engels kepada Bloch seperti berikut:

“Menurut konsep sejarah materialis, unsur penentu yang paling utama dalam sejarah adalah produksi dan produksi semula kehidupan. Marx dan diri saya tidak pernah menegaskan lebih daripada ini. Oleh itu, jika seseorang memutar belitkan ini dengan mengatakan bahawa unsur ekonomi adalah satu-satunya yang  menentukan, dia mengubah cadangan tersebut menjadi frasa yang tidak bermakna, abstrak dan tidak masuk akal. “

Manifesto Komunis 

Buku yang paling moden yang boleh dibaca hari ini adalah Manifesto Komunis, yang ditulis pada tahun 1848. Benar, ada beberapa butiran yang perlu diubah, tetapi dalam semua asas-asas, idea-idea Manifesto Komunis adalah yang masih relevan dan benar hari ini seperti apabila mereka mula-mula ditulis. Sebaliknya,majoriti besar daripada buku-buku  yang ditulis satu setengah abad yang lalu adalah semata-mata bahan sejarah pada hariini.

Apa yang paling menarik tentang Manifesto adalah cara di mana ia menjangkakan fenomena pada skala dunia yang paling asas yang menjadi perhatian kita pada masa ini. Mari kita pertimbangkan satu contoh. Pada masa apabila Marx dan Engels sedang menulis, dunia syarikat-syarikat multinasional besar masih belum wujud. Walaupun begitu, mereka menjelaskan bagaimana “perusahaan bebas” dan persaingan tidak dapat tidak akan membawa kepada pemusatan kapital dan monopolisasi kuasa-kuasa produktif. Sebenarnya amatlah melucukan apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh pembela “pasaran” mengenai dakwaan kesilapan Marx mengenai persoalan ini, sedangkan hakikatnya ia adalah sememangnya salah satu ramalan paling bijak dan tepat beliau. Hari ini ia adalah fakta yang benar-benar tidak dapat dinafikan bahawa proses konsentrasi modal yang diramalkan oleh Marx telah berlaku, sedang berlaku, dan sememangnya telah mencapai satu tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam masa sepuluh tahun yang lalu.

Selama beberapa dekad ahli sosiologi borjuasi cuba untuk menyangkal dakwaan ini dan”membuktikan” bahawa masyarakat telah menjadi lebih sama rata dan dengan itu, akibatnya, perjuangan kelas adalah sesuatu yang kuno seperti alat penenun dan kayu pembajak. Kelas pekerja telah lupus, kata mereka, dan kita semua kelas menengah. Oleh kerana konsentrasi modal, masa depan adalah perniagaan kecil, dan “kecil itu indah”.

Sungguh ironis dakwaan ini kedengaran lewat hari ini! Keseluruhan ekonomi dunia kini dikuasai oleh tidak lebih daripada 200 syarikat-syarikat gergasi, yang sebahagian besarnya berpangkalan di Amerika Syarikat. Proses monopolisasi telah mencapai kadar belum pernah berlaku sebelum ini. Pada suku pertama tahun 2006 penggabungan dan pengambilalihan di Amerika Syarikat berjumlah $ 10 biliondolar sehari. Aktiviti ini tidak menandakan satu perkembangan sebenar kuasa-kuasa produktif, tetapi sebaliknya. Dan kadar monopolisasi tidak menurun tetapi semakin meningkat. Pada November 19-20, 2006 nilai rekod penggabungan dan pengambilalihan di Amerika Syarikat berjumlah sebanyak $ 75 bilion – hanya dalam masa 24 jam!

Pengambilalihan adalah sejenis kanibalisme korporat yangtidak dapat tidak akan diikuti oleh pelucutan asset, penutupan kilang dan pemecatan – oleh kemusnahan yang menyeluruh dan melampaui batas akan cara-cara pengeluaran dan mengorbankan beribu-ribu pekerjaan demi keuntungan.

Padamasa yang sama terdapat peningkatan yang berterusan dalam ketidaksamarataan.Dalam semua negara-negara bahagian keuntungan dalam pendapatan peringkat nasional adalah pada tahap rekod tinggi, manakala bahagian gaji adalah pada rekod yang paling rendah. Rahsia sebenar ledakan ekonomi semasa ialah pihak kapitalis mengekstrak dengan banyak jumlah nilai lebih (surplus value) dari kelas pekerja. Di Amerika Syarikat pekerja menghasilkan secara purata satu pertiga lebih daripada sepuluh tahun yang lalu,namun gaji sebenar bertakung atau jatuh dari segi sebenar. Keuntungan telah berkembang pesat dan yang kaya menjadi lebih kaya diatas pengorbanan kelas pekerja.

Mari kita ambil satu contoh yang lain, contoh yang lebih menarik: globalisasi.Penguasaan pasaran dunia yang menghancurkan adalah manifestasi yang paling penting dalam zaman kita, dan ini sepatutnya menjadi satu penemuan baru. Tapi, globalisasi telah diramalkan dan dijelaskan oleh Marx dan Engels lebih 150 tahun yang lalu. Namun apabila Manifesto itu ditulis, hampir tidak wujud data empirikal untuk menyokong hipotesis seperti itu. Ekonomi kapitalis yang benar-benar membangun ketika itu adalah England. Industri baru (infant industry) di Perancis dan Jerman (yang tidak pun wujud sebagai entiti yang bergabung) masih terlindung di belakang dinding tarif yang tinggi adalah satu fakta yang senang dilupakan hari ini,kerajaan-kerajaan Barat dan ahli-ahli ekonomi menyampaikan kuliah menegaskan keseluruh dunia demi keperluan untuk membuka ekonomi mereka.

Pada skala dunia hasil “ekonomi pasaran” global adalah menakutkan. Padatahun 2000,  200 orang yang paling kaya mempunyai kekayaan sama banyak dengan 2 bilion orang yang paling miskin. Menurut angka PBB, 1.2 bilion manusia hidup dengan pendapatan kurang daripada dua dolar sehari. Daripada lapan juta lelaki, wanita dan kanak-kanak ini mati setiap tahun kerana mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk terus hidup.Semua orang bersetuju bahawa pembunuhan enam juta orang dalam Holocaust Nazi adalah satu jenayah yang amat berat terhadap kemanusiaan, tetapi di sini kita mempunyai Holocaust senyap yang membunuh lapan juta orang yang tidak bersalah setiap tahun dan tiada siapa yang punya apa-apa untuk diperkatakan tentang subjek ini.

Ditengah-tengah kesengsaraan yang paling mengerikan dan penderitaan manusia ada pesta membuat wang dan pameran kekayaan. Diseluruh dunia pada masa ini terdapat 945 jutawan dengan jumlah kekayaan AS $ 3.5 trilion. Ramai diantara mereka adalah rakyat Amerika Syarikat. Bill Gates mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan sekitar $ 56000000000. Warren Buffet tidak jauh di belakang dengan $52000000000. Kini mereka berbangga bahawa kekayaan ini melimpah kepada”negara-negara miskin”. Diantara yang paling kaya terdapat 13 wargaCina, 14 India – dan 19 Russia. Dan ini sepatutnya menjadi sebab untuk diraikan!

Perjuangan kelas

Materialisme sejarah mengajar kita bahawa keadaan menentukan kesedaran. Masalahnya ialah kesedaran itu ketinggalan dibelakang keadaan objektif, organisasi massa ketinggalan nya, dan yang paling penting, kepimpinan kelas pekerja ketinggalan lebih jauh di belakang. Ini adalah percanggahan utama dalam tempoh ini. Ia mesti diselesaikan, dan ia akan diselesaikan.

Idealis sentiasa membentangkan kesedaran sebagai kuasa motor semua kemajuan manusia.Tetapi kajian sejarah yang paling cetek menunjukkan bahawa kesedaran manusia sentiasa cenderung untuk ketinggalan dibelakang kejadian. Jauh daripada menjadi revolusioner, ia adalah pandangan konservatif secara semula jadi dan mendalam.Kebanyakan orang tidak suka akan idea perubahan dan juga pergolakan ganas yang mengubah keadaan yang sedia ada. Mereka cenderung untuk berpaut kepada idea-idea yang biasa, institusi terkenal, moral tradisional, agama dan nilai-nilai susunan sosial yang sedia ada. Tetapi secara dialektik, perkara-perkara berubah menjadi sebaliknya. Lambat laun, kesedaran akan dibawa ke garis yang sama dengan realiti dengan cara yang membuatkan ia meletup. Itulah makna yang tepat terhadap revolusi.

Marxsisme menjelaskan bahawa dalam analisis terakhir, kunci kepada semua pembangunan sosial adalah perkembangan kuasa-kuasa produktif. Selagi masyarakat maju depan,iaitu, selagi ia mampu membangunkan industri, pertanian, sains dan teknologi,ia dilihat sebagai berdaya maju oleh majoriti besar manusia. Dalam keadaan itu,lelaki dan wanita biasanya tidak mempersoalkan masyarakat yang sedia ada, prinsip moral dan undang-undang. Sebaliknya, ia dilihat sebagai sesuatu yang semulajadi dan tidak dapat dielakkan: semula jadi dan tidak dapat dielakkan seperti terbit dan terbenamnya matahari.

Peristiwa besar adalah perlu untuk membenarkan massa untuk melepaskan beban berat tradisi, kebiasaan dan rutin dan demi memeluk idea-idea baru. Itulah pendekatan yang diambil oleh konsep sejarah materialis, yang secara bijaknya dinyatakan oleh Karl Marx dalam frasa terkenal “makhluk sosial menentukan kesedaran.” Ia memerlukan peristiwa besar untuk mendedahkan ketidaksempurnaan order lama dan meyakinkan orang ramai tentang perlunya penggulingan yang lengkap. Proses ini tidak automatik dan mengambil masa. Dalam tempoh terakhir ia muncul dan kelihatan bahawa perjuangan kelas di Eropah adalah satu perkara masa lalu. Tetapi kini segala percanggahan yang terkumpul sedang timbul ke permukaan, menyediakan jalan bagi letupan perjuangan kelas dimana-mana. Malah di negara-negara seperti Austria, di mana selama beberapa dekad kelas pemerintah membeli kedamaian sosial dengan pembaharuan/reform,peristiwa yang meribut sedang didalam proses penyedian. Perubahan yang mendadak dan mengejut adalah tersirat di dalam keadaan.

Apabila Marx dan Engels menulis Manifesto, mereka adalah dua anak muda, masing-masing berusia 29 dan 27 tahun . Mereka menulis dalam tempoh reaksi hitam. Kelas pekerja kelihatan seperti tidak bergerak. Manifesto itu sendiri telah ditulisdi Brussels, di mana penulis terpaksa melarikan diri sebagai pelarian politik.Namun disaat apabila Manifesto Komunis pertama kali melihat cahaya matahari pada bulan Februari tahun 1848, revolusi telah meletus diatas jalan-jalan di Paris, dan dalam bulan-bulan berikut telah tersebar secara cepat sekali kehampir seluruh Eropah. Kita sedang memasuki ke dalam tempoh paling sawan yangakan berlangsung selama beberapa tahun, sama dengan tempoh di Sepanyol 1930-1937. Akan ada kekalahan dan kemunduran, tetapi di bawah syarat-syarat iniorang ramai akan belajar dengan cepat. Sudah tentu, kita tidak boleh menokok tambah: kita masih diawal permulaan proses radikalisasi. Tetapi ia adalah sangat jelas di sini bahawa kita sedang menyaksikan permulaan perubahan kesedaran dikalangan orang ramai.Semakin banyak orang yang mempersoalkan kapitalisme. Mereka terbuka kepada idea-idea Marxsisme dengan cara yang tidak berlaku sebelum ini. Dalam tempoh yang mendatang idea-idea yang yang terhad kepada kumpulan-kumpulan revolusioner yang kecil akan secara sabarnya akan diikuti oleh berjuta-juta.

Oleh itu, kita boleh menjawab Mr Fukuyama seperti berikut: sejarah belum berakhir.Malah, ia masih tidak bermula. Apabila generasi akan datang melihat kembali pada “tamadun” kita masa ini , mereka akan mempunyai sikap dan pandangan yang sama dengan apabila kita melihat ke arah kanibalisme. Keadaan sebelum tercapainya tahap yang lebih tinggi perkembangan manusia adalah penamatan anarki kapitalis dan penubuhan pelan pengeluaran yang rasional dan demokratik di mana lelaki dan wanita boleh mengambil kehidupan dan nasib mereka kedalam tangan mereka sendiri.

“Ini adalah satu Utopia mustahil!” Kita akan diberitahu oleh gadungan”realis”. Tetapi apa yang benar-benar tidak realistik adalah untuk membayangkan bahawa masalah yang dihadapi umat manusia boleh diselesaikan diatas dasar sistem sekarang yang telah membawa dunia kepada keadaan yang amat menyedihkan seperti sekarang ini. Untuk mengatakan bahawa umat manusia tidak berupaya untuk mencari alternatif yang lebih baik kepada undang-undang rimba adalah fitnah besar keatas umat manusia.

campaign-for-web-fp1_copy

Dengan bergantung kepada potensi yang amat besar sains dan teknologi, membebaskan mereka daripada belenggu besar dari pemilikan persendirian dan negara bangsa,ia akan menjadi tidak mustahil untuk menyelesaikan semua masalah yang menindas dunia kita dan mengancamnya dengan kemusnahan. Sejarah manusia yang sebenarhanya akan bermula apabila lelaki dan wanita telah menamatkan perhambaan kapitalis dan mengambil langkah-langkah pertama ke arah alam kebebasan.

London,November 19, 2010

Nota: artikel asal didalam bahasa Inggeris boleh dibaca di http://www.marxist.com/why-we-are-marxists.htm

Mengapa Kita Marxist?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s