Tiada Tempat Selamat Buat Mahasiswa: Samseng Menyerang dikampus!

Berita tentang serangan fizikal keatas salah seorang pemimpin gerakan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah tersebar dengan luas dilaman-laman sosial dan media internet. Namun seperti biasa, organ-organ media kerajaan seperti tidak memandang kejadian, ini yang boleh difahami demi menjaga aib birokrasi pentadbiran universiti. Kejadian yang melibatkan keselamatan mahasiswa seperti ini bukan pertama kali dan bukan jarang berlaku. Piliharaya kampus tidak pernah sunyi daripada kejadian-kejadian seumpama ini dan ia melontarkan satu soalan; dimana jaminan keselamatan untuk mahasiswa kita dikampus?

Pilihanraya kampus yang secara idealnya bagi kelas pemerintah, merupakan lapangan latihan buat mahasiswa sebelum mereka keluar bergelumang dengan medan politik sebenar selepas tamat pengajian. Namun ironinya, ia menjadi satu refleksi tepat terhadap tahap kebobrokan dan kemunduran budaya politik yang diamalkan diluar pagar kampus oleh politikus elit yang mewakili kapitalis dan sistemnya. Politik kampus, yang sepatutnya melatih mahasiswa dengan budaya demokrasi tulen dan berpegang kepada asas-asas hak asasi manusia dan ketinggian moral dan budaya sebaliknya menjadi medan dimana mereka diajari tentang politik samseng, mengugut dan segala kelakuan-kelakuan rendah moral. Seperti apa yang kita lihat disetiap kali pilihanraya umum diluar, begitu juga pilihanraya kampus. Mereka ada bendera, banner, ceramah dan rapat umum dan pelbagai program demi meraih undi. Namun begitu juga dengan budaya samseng dan ugut mengugut. Maka tidak heranlah jika ada yang bertekak, memaki hamun, label-melabel, bertumbuk gaduh kerana ingin mempertahankan perjuangan parti sendiri. Malahan apa yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia, ada yang sanggup mengupah “gangster”!! Ini benar-benar terjadi kepada saudara Shahir selaku Presiden Gerakan Mahasiswa UKM apabila beliau diserang “samseng upahan” hingga mengalami kecederaan fizikal.

Apa yang paling penting disini yang harus disedari oleh mahasiswa adalah kenyataan bahawa pihak birokrasi universiti di Malaysia telah gagal untuk menyediakan ruang untuk perbincangan dan pendebatan idea-idea dan idelogi-ideologi yang berbeza. Yang lebih penting, adalah kegagalan universiti untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua pelajar tanpa mengira fahaman politik dan ideologi yang dianuti mereka. Perkara ini berlaku bukan secara rawak atau tidak sengaja. Ia merupakan hasil daripada kerja-kerja sistematik oleh birokrasi universiti yang patuh kepada rejim pemerintah demi mengongkong gerakan mahasiswa dan akhirnya demi melahirkan pelajar yang sudah lengkap ‘diprogram’.

Kekhuatiran rejim pemerintah terhadap gerakan mahasiswa ada sebabnya. Harus diingat bahawa majoriti pelajar yang merupakan kaum muda adalah segmen yang paling radikal didalam sesuatu masyarakat. Lenin menyebut “siapa yang punya anak muda akan menggenggam masa depan”! Mahasiswa dan anak muda dimasa sekarang sedang berada diambang radikalisasi hidup. Setiap daripada mereka apabila tamat pengajian nanti akan memulakan kehidupan mereka dengan siap berbekalkan dengan hutang walaupun masih belum berjaya mencari pekerjaan. Mereka ini adalah generasi runsing! Keadaan ini adalah resepi lengkap buat proses radikalisasi dan seterusnya mencari jalan untuk merubah masyarakatnya. Ditambah pula dengan cuaca ekonomi dunia dimana sistem kapitalis sedang menjunam kedalam krisis yang terburuk didalam sejarah pembangunan kapitalisme, kita semua sedang menuju kepada dunia dimana pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan sebagainya adalah kenyataan kekal.

PEMBEBASAN melihat perkara ini secara serius dan mengutuk sekeras-keranya tindakan pengecut yang tidak berperikemanusiaan keatas saudara Shahir. Lalu harus ditegaskan disini bahawa daripada sudut pandangan Marxis, tiada jalan lain untuk melawan kekejaman yang sistematik keatas pelajar, institusi pengajian dan sistem pendidikan secara umumnya, melainkan dengan melihat setiap kebobrokan ini sebagai suatu perkara yang sebati dengan sistem kapitalisme secara keseluruhannya. Perjuangan kebebasan akademi dan pelajar tidak boleh terpisah daripada perjuangan kelas terhadap sistem yang menindas diseluruh pelusuk dunia ini.

Dengan ini PEMBEBASAN menuntut:

Siasatan segera keatas kejadian serangan fizikal terhadap saudara Shahir!

Jaminan keselamatan untuk setiap warga didalam premis institusi pengajian!

Kebebasan bersuara tanpa gangguan dan ugutan!

Pilihanraya kampus yang bebas dan adil!

Tentang penindasan keatas mahasiswa!

Lawan kapitalisme!

Bangunkan Sosialisme!

Tiada Tempat Selamat Buat Mahasiswa: Samseng Menyerang dikampus!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s