Lima tahun berlalu: Apa yang telah berlaku terhadap Revolusi Arab?

Ditulis oleh Hamid Alizadeh www.marxist.com

Lima tahun yang lalu, tanpa sebarang organisasi, program, plan atau persiapan massa Arab, didalam kata-kata Marx, menerjah syurga. Didalam masa beberapa minggu mereka telah menjatuhkan, apa yang tidak pernah berganjak walau seinchi pun didalam dekad-dekad dengan petisyen-petisyen oleh segala NGO dan ahli-ahli akademi. Apparatus negeri yang maha besar, mempunyai beratusan ribu sepai-sepai, pegawai-pegawai polis dan tentera, hanya mampu melihat apabila massa rakyat mengambil alih jalan-jalan raya.

21-11-2011_tahrir_square_egyptKita harus mengingatkan kepada mereka-mereka yang pada hari ini merintih terhadap “tahap kesedaran yang rendah” dikalangan massa rakyat, bahawasanya revolusi itu pada setiap tahapnya digerakkan oleh para pekerja, kaum muda, orang miskin dan tertindas yang meletakkan nasib mereka didalam genggaman tangan mereka sendiri. Sementara itu mereka yang kononnya dipanggil sebagai “komentator mahir”, para politikus profesional dan lain-lain kangkong sedang berada didalam keadaan terkejut dan terperanjat dengan gerakan “huru-hara” ini.

Walaubagaimanapun, lima tahun berlalu, situasi diwilayah ini adalah berada didalam keadaan yang masih kontras kepada optimisme, harapan dan semangat perjuangan yang mewarnai detik-detik terawal revolusi ini. Bagaimana ini bisa terjadi?

Kontradiksi-Kontradiksi masih kekal

Jan25_2-Al_Jazeera_English

Disaat artikel ini dikarang, kota Kasserine di Tunisia sedang menyaksikan hari kelima protes selepas seorang anak muda yang menganggur mengambil nyawanya sendiri dua hari yang lalu. Empat belas orang telah tercedera setakat ini, dengan tentera diatas jalanan dan perintah berkurung diumumkan. Protes telah merebak ke tiga buah kota yang lain di sebelah selatan Tunisia dimana kaum muda meminta pekerjaan.

Walaupun percikan yang mengejut daripada gerakan 2011 di Tunisia adalah berpunca daripada pembakaran diri sendiri oleh Mohamed Bouazizi, sebab-sebab sebenar disebalik revolusi merebak adalah berpunca daripada ketidakadilan yang bertahun-tahun, penghinaan, ketidaktentuan dan kemiskinan. Dengan kontras dengan kekayaan para diktator yang menggunung, empat puluh peratus warga didunia Arab hidup bergantung dengan kurang daripada $2 sehari. Pengangguran dikalangan belia adalah lebih kurang empat puluh peratus dan di sesetengah wilayah boleh mencapai lapan puluh peratus.

egypt_highlight-Ramy_RaoofLima tahun setelah Zine EL-Abedine Ben Ali ditumbangkan di Tunisia, tiada apa yang diselesaikan. Kadar pengangguran, jauh daripada jatuh telah meningkat daripada 12 kepada 15.3% – secara rasmi! Di Kesserine ia kekal diatas paras tiga puluh peratus. Walaupun beberapa hak-hak demokratik telah tercapai, ia hanyalah sekelumit keselesaan bagi orang yang berjuang bermatian hanya untuk hidup. Sebagaimana seorang demonstran memberitahu AP pada minggu lepas “Kebebasan adalah bagus, akan tetapi ia tidak bisa menyuap keluargaku.”

Situasinya amat mirip di Mesir dimana kadar pengangguran adalah 12.7% – melepasi angka pada tahun 2011. Disini, rejim Sisi yang kononnya “revolusionari” sedang bersiap untuk menyambut ulang tahun revolusi dengan mengawasi para aktivis dan mengharamkan demonstrasi dan protes. Sementara itu Sisi bersiap untuk membebaskan diktator Hosni Mubarak.

Dalam masa yang sama, di Syria, Iraq, Yaman dan Libya, apa yang pada awalnya adalah protes popular telah memberi laluan kepada perang saudara yang barbarik yang sebenarnya telah memecah belahkan negara-negara ini kepada beberapa puak-puak yang bertelagah.

Dalam konteks ini, adalah bisa difahami bahawa sedikit pessimisme mungkin menyelubungi mereka yang memerhatikan situasi ini dari kejauhan. Bagi kaum Marxis, pokoknya adalah untuk tidak merintih didalam kekecewaan, tetapi apa yang penting adalah untuk memahami faktor-faktor yang telah mendorong kepada situasi semasa ini.

Mesir

Sementara massa rakyat yang secara spontan mempunyai poin yang kukuh dan menunjukan potensi kuasa mereka, namun adalah satu kesilapan untuk meromantisasikannya. Ini adalah merupakan sifat tidak bersiap sedia kebangkitan-kebangkitan ini yang juga terbukti menjadi kemerosotannya.

heliopolis-30-juneMenjatuhkan satu-satu kepala negara yang diktatorial bisa menjadi permulaan kepada sebuah revolusi, tetapi jika ia terhenti, segala tenaga massa rakyat bisa akhrinya tersejat keudara. Massa rakyat Mesir telah mempelajari hakikat ini melalui pengalaman yang perit. Sejak 2011, mereka telah mempamerkan empat kebangkitan, membuang tiga presiden dan empat perdana menteri, akan tetapi tidak banyak yang telah berubah dalam kehidupan seharian mereka. Pada tanggal 30 Jun 2013, 14 juta warga Mesir turun kejalanan didalam apa yang berkemungkinan – sekurang-kurangnya didalam terma yang berkait – adalah merupakan demonstrasi yang terbesar dalam sejarah manusia.

Apa lagi yang boleh kita pinta daripada massa rakyat Mesir? Mereka telah menunjukan setiap kesanggupan untuk berjuang dan meletakkan kuasa didalam tangan mereka dalam beberapa peristiwa. Salah seorang pemimpin disebalik gerakan 30 Jun [2013] memberitahu The Guardian: “..Setelah [Jeneral Abdel Fatah al-] Sisi mengumumkan 48-jam ultimatum, kami lalu mengadakan mesyuarat sejurus selepas itu. Saya sedang risau kerana saya fikir ia mungkin merupakan helah oleh tentera untuk menunggang ombak, dan untuk menangguk di air yang keruh daripada situasi – dan untuk merampas kuasa untuk mereka sendiri. Tetapi saya juga fikir bahawa jika ia merupakan sebuah kudeta, lalu Sisi sendiri berkemungkinan akan menghadapi tindak balas dikalangan angkatan tentera sendiri. Saya telah belajar di kolej tentera, dan ramai bekas rakan sekolej memberi jaminan bahawa mereka akan menyokong kami..” (the Gurdian, 6 Julai 2013).

Jan_29_3-3arabawySeandainya kelas pemerintah ketika itu memilih untuk menggunakan tentera untuk menghadapi revolusi, sudah tentu ia akan terpecah mengikut jalur-jalur kelas. Jadi situasi tersebut adalah berada diatas belas kasihan revolusi. Tidak ketahuan apa yang harus dilakukan dengan kuasa ini, bagaimanapun, para pemimpin gerakan telah memulangkannya kembali kepada angkatan tentera yang dipimpin oleh Abdel Fattah el-Sisi. Sisi menyamar sebagai pembela revolusi demi untuk menunggangnya, tapi sebenarnya beliau adalah – sama seperti Mohamed Morsi sebelumnya – seorang perwakilan kepada kelas pemerintah Mesir, walaupun daripada sayap lain yang mengawal diantara 25 dan 40% daripada keseluruhan ekonomi.

Dengan menyerahkan kuasa kepada Sisi, kelas pemerintah telah dihidangkan dengan peluang untuk mengatur kembali kekuatan-kekuatan mereka. Dalam masa yang sama Sisi telah diberikan autoriti revolusionari dimata massa, yang secara sementara dikuatkannya dengan mengekang Ikhwan Muslimin yang dibenci.

Hari ini, setelah lima tahun perjuangan, satu elemen kepenatan sedang menyelubungi dikalangan massa dan gerakan adalah didalam period yang lembab. Sisi telah membuat beberapa percubaan untuk menggunakan kondisi ini untuk mengekang revolusi. Dibawah penyamaran kononnya kempen anti-Ikhwan beliau telah menangkap ribuan belia revolutionari dan beberapa orang aktivis kelas pekerja.

Syria

Aleppo_CitadelSyria telah terbukti sebagai rantai yang terlemah didalam revolusi Arab. Gerakan di Syria sebenarnya ketika itu masih belum matang. Tanpa nadi daripada gerakan-gerakan revolusionari di wilayah sekitar (Tunisia, Mesir…) ia mungkin sudah tertunda selama beberapa tahun. Rejim Assad hanya pada kebelakangan ini telah mula bergerak kearah kapitalisme jauh daripada ekonomi nasional terancang seperti sebelumnya. Lalu ia masih mempunyai sokongan yang kuat dikalangan populasi kawasan bandar dan dikalangan kelas pekerja. Pencapaian masa lampau, sesetangah sistem kebajikan, taraf kebudayaan yang tinggi hasil daripada pendidikan percuma dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut telah mula lenyap akan tetapi prosesnya masih lagi diperingkat awal.

Ini menerangkan mengapa seruan-seruan demokratik yang kabur daripada belia revolusionari tidak mendapat sahutan dikalangan kelas pekerja secara keseluruhannya. Menyaksikan kejatuhan Mubarak dan ben Ali didalam masa yang singkat, belia revolusionari Syria percaya bahawa melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran mereka bisa mencapai perkara yang sama. Apabila ini gagal, setelah menyaksikan kejatuhan Gaddafi melalui bantuan campur tangan ketenteraan barat, mereka lantas percaya bahawa perkara yang sama bisa berlaku di Syria. Ini telah mengisolasikan gerakan dengan lebih jauh daripada para pekerja, yang tahu dan faham sebenar-benarnya apa jenis ‘demokrasi’ yang lahir daripada campur tangan barat. Kekurangan partisipasi oleh kelas pekerja adlah merupakan perbezaan yang paling utama diantara revolusi-revolusi di Tunisia dan Mesir, dan juga sebab utama mengapa hasil daripada setiapnya berbeza-beza.

Setelah dikunci dimedan politik, gerakan telah berpaling kearah “perjuangan bersenjata”, namun didalam satu revolusi jika ia (perjuangan bersenjata) tidak dihubungkan dengan kelas pekerja yang berorganisasi maka ia bisa berakhir dengan kekalahan yang amat teruk. Didalam sebuah konfrontasi militer, tanpa dokongan sepenuhnya oleh kelas pekerja dikawasan-kawasan bandar, revolusi selalunya menjadi kelompok yang lemah. Setelah memilih jalan ini, gerakan telah menjadi terdedah kepada bahaya dan terpesong kearah kawalan kuasa imperialis asing.

radical-and-moderate-syrian-rebels-middle-east-monitorCIA bersama dengan beberapa negara-negara barat dan Timur Tengah telah melihat peluang untuk campur tangan dan telah mengepam berbilion-bilion dolar kearah menaja kumpulan-kumpulan reaksionari, yang merupakan satu-satunya kelompok dimana kepentingan-kepentingannya adalah seiring dengan kepentingan kuasa-kuasa imperialis. Degenerasi Islamis didalam gerakan juga telah membantu menguatkan kedudukan Assad dikalangan pupulasi sekular yang merupakan segmen utama didalam masyarakat Syria. Hanya ada satu isu, Assad, AS dan sekutu-sekutunya boleh bersetuju bersama adalah diatas keperluan untuk menghapuskan elemen-elemen revolusionari.

Seperti yang diinginkan, kekalahan berdarah di Syria (dan Libya, yang merupakan satu proses yang serupa) dan pertumpahan darah yang menggila, telah bertindak sebagai brek keatas banyak gerakan di wilayah ini. Ramai orang yang mula membuat konklusi bahawa “revolusi” hanya membuahkan kekacauan dan barbarisme.

Persoalan tentang kepimpinan

Faktanya adalah bahawa revolusi di Mesir dan Tunisia berhenti dipertengahan perjalanan dan tidak berganjak. Ini membenarkan kekuatan reaksionari untuk memesongkan gerakan dan menolaknya kearah kaunter-revolusi. Di Mesir, ini bermakna meninggalkan aparatus negara tegap, dengan ekonomi masih berada ditangan kelas pemerintah yang lama. Di Syria, oposisi menghadkan diri mereka dengan seruan terhadap hak-hak demokrasi, tetapi didalam ekonomi dan persoalan sosial mereka mendokong penswastaan dan pemotongan keatas program kebajikan. Mereka punyai program yang sama seperti Assad, hanya lebih cepat!

Dalam kedua-dua kes tersebut, para pemimpin gerakan fikir bahawa “kesederhanaan” adalah jalan terbaik untuk mencapai gerakan yang lebih meluas. Apa yang mereka capai, bagaimanapun, hanya menyediakan ruang kepada kaunter-revolusi untuk bergerak dengan konsekuensi yang tragik. Situasi yang sama berkembang diseluruh wilayah. Lalu gerakan dimasa ini sedang berada didalam keadaan yang lembab. Namun tiada satu masalah sosial-ekonomi pun yang menjadi akar kepada kebangkitan revolusionari telah diselesaikan.

Di Mesir, kediktatoran Sisi adalah tersangat lemah, hanya ditampong oleh fakta bahawa massa rakyat keletihan dan kebingungan setelah bertahun berjuang. Namun revolusi Mesir belum lagi ditewaskan didalam perjuangan terbuka. Massa rakyat masih mengingati bagaimana mereka menjatuhkan empat pemerintahan didalam masa tiga tahun. Tambahannya, sebagai sebuah ramalan tentang apa yang akan datang dimasa depan, mereka menjatuhkan pemerintahan pertama Al Sisi didalam musim bunga 2014. Lambat atau cepat, kekuatan ini akan bangkit kembali.

Selagi mana revolusi mengundur, wajah buruk reaksi akan mendominasi agenda. Walaubagaimanapun, dibawah permukaan yang nampak seakan tenang, kontradiksi-kontradiksi yang mendorong kearah revolusi masih sedang berkerja. Di negara seperti Syria dan Libya revolusi telah ditolak jauh kebelakang. Bagaimanapun, di Mesir, Turkey dan Iran, dimana kelas pekerjanya amat kuat, gerakan-gerakan yang baru telah sedia disiapkan. Kuncinya adalah dengan mulai membangunkan kepimpinan yang bisa terlibat didalam gerakan-gerakan ini, supaya boleh mengelakkan daripada membuat kesilapan yang sama seperti dimasa lalu.

Namun disebalik semua ini, kapitalisme tidak pernah menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh massa Arab dan Timur Tengah. Sebaliknya, situasi semakin membusuk. Perjuangan menentang ketidakadilan, kemiskinan dan babarisme akan secara tidak dapat dielakkan akan dihidupkan kembali. Namun ia hanya akan dimenangi melalui pembuangan sistem kapitalis yang sedang mereput ini yang menjadi akar kepada segala permasalahan.

Artikel asal dalam bahasa Inggeris

Lima tahun berlalu: Apa yang telah berlaku terhadap Revolusi Arab?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s