Mogok umum 4 Februari di Greece: satu kebangkitan semula perjuangan massa

Ditulis oleh Epanastasi (Tendensi Komunis)

Jumaat, 5 Februari 2016

Sebuah analisis oleh komrad daripada IMT seksyen Greece tentang mogok umum pada hari khamis, satu perkembangan politik yang penting yang menandai tahapan terbaru didalam perjuangan kelas. Namun, kemanakah harus gerakan ini menghala daripada titik ini?

Para pekerja, petani, golongan yang berkerja sendiri, pesara-pesara dan lapisan-lapisan termiskin dalam masyarakat kesemuanya bersama didalam satu barisan perjuangan massa diseluruh negara menerusi aksi permogokan umum pada 4 Februari.apergia_asfalistiko

Mogok 24 jam pada hari ini telah diishtiharkan oleh GSEE dan ADEDY (Federasi kesatuan sekerja bagi sektor awam dan swasta) adalah benar-benar merupakan mogok umum, memandangkan jika dibandingkan period tiga tahun kebelakangan ini, mobilisasi-mobilisasi seperti ini selalunya tidak mendapat sambutan.

Penyertaan kelas pekerja didalam permogokan hari ini, daripada kedua sektor, awam dan swasta, adalah lebih besar jika dibandingkan dengan dua mogok 24-jam sebelum ini dibulan November dan Disember tahun lepas. Kali ini, bagaimanapun, terdapat penyertaan yang agak tinggi oleh kelas menengah rendah, yang telah terkesan dengan teruknya oleh pemotongan terhadap kebajikan dan permintaan-permintaan yang lain dalam Memorandum ketiga.

Satu barisan bersama sedang tercipta. Para peguam, jurutera, peniaga-peniaga kecil, dan banyak lagi sektorpsektor profesional yang lain, bersama dengan para petani yang berada didalam keadaan amok dibeberapa hari kebelakangan ini – telah bersatu dengan kelas pekerja diseluruh negara.

Perarakan-perarakan massa adalah merupakan yang terbesar didalam empat tahun ini, tidak hanya di Athens dan Thessaloniki, tetapi disemua bandar. Di Athens sahaja secara kasarnya sekitar 100,000 didalam dua perarakan ( perhimpunan yang dikepalai oleh GSEE-ADEDY dan PAME). Dibandingkan dengan dua mogok yang lepas terdapat peningkatan didalam penyertaan oleh tempat-tempat kerja, dan juga penyertaan para pekerja muda.

https://twitter.com/Hibai_/status/695210852148969472/photo/1?ref_src=twsrctfw

Penyertaan oleh para penganggur dan pesara sangat menarik, sama seperti perkumpulan besar oleh golongan yang bekerja sendiri. Perhimpunan di Thessaloniki dan Patras adalah luar biasa, dibanjiri seperti perhimpunan di Athens.

Kehadiran dibandar-bandar penting yang lain seperti Heraklion, Larissa, dan banyak lagi bandar-bandar provinsi juga sangat memuaskan. Majlis kesatuan sekerja tempatan, persatuan-persatuan profesional dan saintifik, dan jawatankuasa-jawatankuasa petani-petani militan telah berjaya memobilisasi ribuan, ramai yang menyertai perhimpuna untuk pertama kali.

Mogok hari ini ternyata sekali menandakan perkembangan penting didalam perjuangan kelas. Namun ia juga mesti difahami sebagai satu perkembangan politik yang penting. Serangan-serangan umum oleh kerajaan, dalam satu “unholy alliance” dengan para ah long dan kelas pemerintah, tidak dapat tidak telah memberi kesan keatas pekerja-pekerja miskin didalam spektrum yang luas dibandar-bandar atau dikawasan luar bandar. Bercampur dengan contoh militan yang ditunjukkan oleh kebangkitan petani, maka kelas pekerja dan lapisan termiskin sekali lagi turun kejalanan.

Terkejut dan kelumpuhan yang dialami oleh kelas pekerja setelah mereka secara bersungguh-sungguh dan bangganya mengundi “TIDAK” (OXI) didalam referendum bulan Julai 2015 yang bagaimanapun terang-terangan telah dikhianati oleh Tsipras, kini semakin menghilang. Hanya tujuh bulan selepas kejutang yang disebabkan oleh Ppengkhianatan SYRIZA, massa kini menunjukkan tanda-tanda awal tapi berbelah bagi bahawa mereka berniat untuk memasuki semula kedalam gelanggang dan mengambil kawalan terhadap nasib diri mereka sendiri.

Ini merupakan jawapan yang terang terhadap berbagai-bagai pro-kerajaan atau Kassandra “kiri” yang telah mencadangkan bahawa “massa secara pasif telah bertolak ansur atau menyokong usaha-usaha kerajaan”, atau bahawa “massa telah ditewaskan dan bahawa gerakan OXI telah mengilang.

Kapitalisme Greece telah secara kekal berada didalam kebangkrupan. Demi untuk hidup, ia dipaksa secara berterusan untuk melonggokkan bebanan-bebanan yang amat berat keatas bahu massa. Kapitalisme di Greece tidak berdaya untuk “menikmati” sebarang period stabiliti sosial dan politik yang berpanjangan. Dihadapkan dengan serangan-serangan berterusan keatas taraf hidup, massa pekerja dipaksa untuk terus bermobilisasi berulang-ulang kali, lalu dalam masa yang sama membuat konklusi-konklusi politik yang baru.

Kaum boujuis Greece punya segala sebab untuk khuatir. Potensi penularan pusingan baru mobilisasi-mobilisasi massa boleh mempercepatkan terkuburnya kerajaan SYRIZA-ANEL. Ia menghala kepada perspektif kerajaan pro-austeriti baru yang berdasarkan gabungan yang lebih lebar di parlimen. “Kapital politik” Tsipras sedang kepenatan disaat kem politik borjuis tradisional kelihatan tersangat lemah, walaupun dengan rangsangan kepada New Democracy berikutan pemilihan pemimpin barunya Kyriakos Mitsotakis.

Dalam realiti kaum borjuis Greece hanya melihat bahawa tindakan pro-memorandom oleh puak Tsipras sebagai solusi sementara terhadap masalah-masalah mereka. Mereka akan berterusan didalam keadaan yang amat sukar. Pekerja dan massa miskin, walaupun dengan kemiskinan yang mereka alami, walaupun dikhianati, melalui aksi-aksi mereka akan mampu untuk menentukan perkembangan politik.

Permogokan umum massa pada hari ini, dan perhimpunan massa diseluruh negara, dalam realiti menzahirkan keperluan yang terdesak terhadap peningkatan perjuangan kelas. Semua kesatuan sekerja, jawatankuasa petani, bersama dengan pelbagai kesatuan dan pertubuhan professional, harus mengkoordinasikan perlawanan mereka didalam satu permogokan umum 48-jam yang baru.

Kekuatan-kekuatan anti-memorandum dan anti-kapitalis Kiri (KKE/Parti Komunis Greek, Popular Unity, Antarsya, dll.,) mesti menganjurkan formasi jawatan-jawatan kuasa perjuangan disetiap tempat kerja dan kejiranan, demi untuk membuat persiapan untuk permogokan seperti itu secara seriusnya.

Diatas dasar berkemungkinan besar massa kelas pekerja akan menyahut panggilan tersebut maka adalah wajib untuk meningkatkan perjuangan selanjutnya. Perjuangan ini mestilah diuruskan secara serius kearah yang tidak ada limit waktu, mogok yang menyeluruh, sehingga segala pra-syarat memorandum ditarik balik. Pilihanraya yang baru akan harus dijalankan untuk memilih kerajaan yang sanggup untuk menghapuskan Memoranda, sanggup untuk membatalkan hutang, dan samggup untuk membasmi kuasa-kuasa ekonomi dan politik bank-bank dan oligarki kapitalis Greece. Jika kerajaan seperti ini berkuasa, ia akan membuka jalan untuk menamatkan austeriti dan menggulingkan babarisme kapitalis diseluruh Eropah.

(Ditulis pada 4 Februari 2016)

Artikel asal daripada Marxist.com

Mogok umum 4 Februari di Greece: satu kebangkitan semula perjuangan massa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s