Mogok umum 4 Februari di Greece: satu kebangkitan semula perjuangan massa

Ditulis oleh Epanastasi (Tendensi Komunis)

Jumaat, 5 Februari 2016

Sebuah analisis oleh komrad daripada IMT seksyen Greece tentang mogok umum pada hari khamis, satu perkembangan politik yang penting yang menandai tahapan terbaru didalam perjuangan kelas. Namun, kemanakah harus gerakan ini menghala daripada titik ini?

Para pekerja, petani, golongan yang berkerja sendiri, pesara-pesara dan lapisan-lapisan termiskin dalam masyarakat kesemuanya bersama didalam satu barisan perjuangan massa diseluruh negara menerusi aksi permogokan umum pada 4 Februari.apergia_asfalistiko

Mogok 24 jam pada hari ini telah diishtiharkan oleh GSEE dan ADEDY (Federasi kesatuan sekerja bagi sektor awam dan swasta) adalah benar-benar merupakan mogok umum, memandangkan jika dibandingkan period tiga tahun kebelakangan ini, mobilisasi-mobilisasi seperti ini selalunya tidak mendapat sambutan.

Penyertaan kelas pekerja didalam permogokan hari ini, daripada kedua sektor, awam dan swasta, adalah lebih besar jika dibandingkan dengan dua mogok 24-jam sebelum ini dibulan November dan Disember tahun lepas. Kali ini, bagaimanapun, terdapat penyertaan yang agak tinggi oleh kelas menengah rendah, yang telah terkesan dengan teruknya oleh pemotongan terhadap kebajikan dan permintaan-permintaan yang lain dalam Memorandum ketiga.

Satu barisan bersama sedang tercipta. Para peguam, jurutera, peniaga-peniaga kecil, dan banyak lagi sektorpsektor profesional yang lain, bersama dengan para petani yang berada didalam keadaan amok dibeberapa hari kebelakangan ini – telah bersatu dengan kelas pekerja diseluruh negara.

Perarakan-perarakan massa adalah merupakan yang terbesar didalam empat tahun ini, tidak hanya di Athens dan Thessaloniki, tetapi disemua bandar. Di Athens sahaja secara kasarnya sekitar 100,000 didalam dua perarakan ( perhimpunan yang dikepalai oleh GSEE-ADEDY dan PAME). Dibandingkan dengan dua mogok yang lepas terdapat peningkatan didalam penyertaan oleh tempat-tempat kerja, dan juga penyertaan para pekerja muda.

https://twitter.com/Hibai_/status/695210852148969472/photo/1?ref_src=twsrctfw

Penyertaan oleh para penganggur dan pesara sangat menarik, sama seperti perkumpulan besar oleh golongan yang bekerja sendiri. Perhimpunan di Thessaloniki dan Patras adalah luar biasa, dibanjiri seperti perhimpunan di Athens.

Kehadiran dibandar-bandar penting yang lain seperti Heraklion, Larissa, dan banyak lagi bandar-bandar provinsi juga sangat memuaskan. Majlis kesatuan sekerja tempatan, persatuan-persatuan profesional dan saintifik, dan jawatankuasa-jawatankuasa petani-petani militan telah berjaya memobilisasi ribuan, ramai yang menyertai perhimpuna untuk pertama kali.

Mogok hari ini ternyata sekali menandakan perkembangan penting didalam perjuangan kelas. Namun ia juga mesti difahami sebagai satu perkembangan politik yang penting. Serangan-serangan umum oleh kerajaan, dalam satu “unholy alliance” dengan para ah long dan kelas pemerintah, tidak dapat tidak telah memberi kesan keatas pekerja-pekerja miskin didalam spektrum yang luas dibandar-bandar atau dikawasan luar bandar. Bercampur dengan contoh militan yang ditunjukkan oleh kebangkitan petani, maka kelas pekerja dan lapisan termiskin sekali lagi turun kejalanan.

Terkejut dan kelumpuhan yang dialami oleh kelas pekerja setelah mereka secara bersungguh-sungguh dan bangganya mengundi “TIDAK” (OXI) didalam referendum bulan Julai 2015 yang bagaimanapun terang-terangan telah dikhianati oleh Tsipras, kini semakin menghilang. Hanya tujuh bulan selepas kejutang yang disebabkan oleh Ppengkhianatan SYRIZA, massa kini menunjukkan tanda-tanda awal tapi berbelah bagi bahawa mereka berniat untuk memasuki semula kedalam gelanggang dan mengambil kawalan terhadap nasib diri mereka sendiri.

Ini merupakan jawapan yang terang terhadap berbagai-bagai pro-kerajaan atau Kassandra “kiri” yang telah mencadangkan bahawa “massa secara pasif telah bertolak ansur atau menyokong usaha-usaha kerajaan”, atau bahawa “massa telah ditewaskan dan bahawa gerakan OXI telah mengilang.

Kapitalisme Greece telah secara kekal berada didalam kebangkrupan. Demi untuk hidup, ia dipaksa secara berterusan untuk melonggokkan bebanan-bebanan yang amat berat keatas bahu massa. Kapitalisme di Greece tidak berdaya untuk “menikmati” sebarang period stabiliti sosial dan politik yang berpanjangan. Dihadapkan dengan serangan-serangan berterusan keatas taraf hidup, massa pekerja dipaksa untuk terus bermobilisasi berulang-ulang kali, lalu dalam masa yang sama membuat konklusi-konklusi politik yang baru.

Kaum boujuis Greece punya segala sebab untuk khuatir. Potensi penularan pusingan baru mobilisasi-mobilisasi massa boleh mempercepatkan terkuburnya kerajaan SYRIZA-ANEL. Ia menghala kepada perspektif kerajaan pro-austeriti baru yang berdasarkan gabungan yang lebih lebar di parlimen. “Kapital politik” Tsipras sedang kepenatan disaat kem politik borjuis tradisional kelihatan tersangat lemah, walaupun dengan rangsangan kepada New Democracy berikutan pemilihan pemimpin barunya Kyriakos Mitsotakis.

Dalam realiti kaum borjuis Greece hanya melihat bahawa tindakan pro-memorandom oleh puak Tsipras sebagai solusi sementara terhadap masalah-masalah mereka. Mereka akan berterusan didalam keadaan yang amat sukar. Pekerja dan massa miskin, walaupun dengan kemiskinan yang mereka alami, walaupun dikhianati, melalui aksi-aksi mereka akan mampu untuk menentukan perkembangan politik.

Permogokan umum massa pada hari ini, dan perhimpunan massa diseluruh negara, dalam realiti menzahirkan keperluan yang terdesak terhadap peningkatan perjuangan kelas. Semua kesatuan sekerja, jawatankuasa petani, bersama dengan pelbagai kesatuan dan pertubuhan professional, harus mengkoordinasikan perlawanan mereka didalam satu permogokan umum 48-jam yang baru.

Kekuatan-kekuatan anti-memorandum dan anti-kapitalis Kiri (KKE/Parti Komunis Greek, Popular Unity, Antarsya, dll.,) mesti menganjurkan formasi jawatan-jawatan kuasa perjuangan disetiap tempat kerja dan kejiranan, demi untuk membuat persiapan untuk permogokan seperti itu secara seriusnya.

Diatas dasar berkemungkinan besar massa kelas pekerja akan menyahut panggilan tersebut maka adalah wajib untuk meningkatkan perjuangan selanjutnya. Perjuangan ini mestilah diuruskan secara serius kearah yang tidak ada limit waktu, mogok yang menyeluruh, sehingga segala pra-syarat memorandum ditarik balik. Pilihanraya yang baru akan harus dijalankan untuk memilih kerajaan yang sanggup untuk menghapuskan Memoranda, sanggup untuk membatalkan hutang, dan samggup untuk membasmi kuasa-kuasa ekonomi dan politik bank-bank dan oligarki kapitalis Greece. Jika kerajaan seperti ini berkuasa, ia akan membuka jalan untuk menamatkan austeriti dan menggulingkan babarisme kapitalis diseluruh Eropah.

(Ditulis pada 4 Februari 2016)

Artikel asal daripada Marxist.com

Mogok umum 4 Februari di Greece: satu kebangkitan semula perjuangan massa

Lima tahun berlalu: Apa yang telah berlaku terhadap Revolusi Arab?

Ditulis oleh Hamid Alizadeh www.marxist.com

Lima tahun yang lalu, tanpa sebarang organisasi, program, plan atau persiapan massa Arab, didalam kata-kata Marx, menerjah syurga. Didalam masa beberapa minggu mereka telah menjatuhkan, apa yang tidak pernah berganjak walau seinchi pun didalam dekad-dekad dengan petisyen-petisyen oleh segala NGO dan ahli-ahli akademi. Apparatus negeri yang maha besar, mempunyai beratusan ribu sepai-sepai, pegawai-pegawai polis dan tentera, hanya mampu melihat apabila massa rakyat mengambil alih jalan-jalan raya.

21-11-2011_tahrir_square_egyptKita harus mengingatkan kepada mereka-mereka yang pada hari ini merintih terhadap “tahap kesedaran yang rendah” dikalangan massa rakyat, bahawasanya revolusi itu pada setiap tahapnya digerakkan oleh para pekerja, kaum muda, orang miskin dan tertindas yang meletakkan nasib mereka didalam genggaman tangan mereka sendiri. Sementara itu mereka yang kononnya dipanggil sebagai “komentator mahir”, para politikus profesional dan lain-lain kangkong sedang berada didalam keadaan terkejut dan terperanjat dengan gerakan “huru-hara” ini.

Walaubagaimanapun, lima tahun berlalu, situasi diwilayah ini adalah berada didalam keadaan yang masih kontras kepada optimisme, harapan dan semangat perjuangan yang mewarnai detik-detik terawal revolusi ini. Bagaimana ini bisa terjadi?

Kontradiksi-Kontradiksi masih kekal

Jan25_2-Al_Jazeera_English

Disaat artikel ini dikarang, kota Kasserine di Tunisia sedang menyaksikan hari kelima protes selepas seorang anak muda yang menganggur mengambil nyawanya sendiri dua hari yang lalu. Empat belas orang telah tercedera setakat ini, dengan tentera diatas jalanan dan perintah berkurung diumumkan. Protes telah merebak ke tiga buah kota yang lain di sebelah selatan Tunisia dimana kaum muda meminta pekerjaan.

Walaupun percikan yang mengejut daripada gerakan 2011 di Tunisia adalah berpunca daripada pembakaran diri sendiri oleh Mohamed Bouazizi, sebab-sebab sebenar disebalik revolusi merebak adalah berpunca daripada ketidakadilan yang bertahun-tahun, penghinaan, ketidaktentuan dan kemiskinan. Dengan kontras dengan kekayaan para diktator yang menggunung, empat puluh peratus warga didunia Arab hidup bergantung dengan kurang daripada $2 sehari. Pengangguran dikalangan belia adalah lebih kurang empat puluh peratus dan di sesetengah wilayah boleh mencapai lapan puluh peratus.

egypt_highlight-Ramy_RaoofLima tahun setelah Zine EL-Abedine Ben Ali ditumbangkan di Tunisia, tiada apa yang diselesaikan. Kadar pengangguran, jauh daripada jatuh telah meningkat daripada 12 kepada 15.3% – secara rasmi! Di Kesserine ia kekal diatas paras tiga puluh peratus. Walaupun beberapa hak-hak demokratik telah tercapai, ia hanyalah sekelumit keselesaan bagi orang yang berjuang bermatian hanya untuk hidup. Sebagaimana seorang demonstran memberitahu AP pada minggu lepas “Kebebasan adalah bagus, akan tetapi ia tidak bisa menyuap keluargaku.”

Situasinya amat mirip di Mesir dimana kadar pengangguran adalah 12.7% – melepasi angka pada tahun 2011. Disini, rejim Sisi yang kononnya “revolusionari” sedang bersiap untuk menyambut ulang tahun revolusi dengan mengawasi para aktivis dan mengharamkan demonstrasi dan protes. Sementara itu Sisi bersiap untuk membebaskan diktator Hosni Mubarak.

Dalam masa yang sama, di Syria, Iraq, Yaman dan Libya, apa yang pada awalnya adalah protes popular telah memberi laluan kepada perang saudara yang barbarik yang sebenarnya telah memecah belahkan negara-negara ini kepada beberapa puak-puak yang bertelagah.

Dalam konteks ini, adalah bisa difahami bahawa sedikit pessimisme mungkin menyelubungi mereka yang memerhatikan situasi ini dari kejauhan. Bagi kaum Marxis, pokoknya adalah untuk tidak merintih didalam kekecewaan, tetapi apa yang penting adalah untuk memahami faktor-faktor yang telah mendorong kepada situasi semasa ini.

Mesir

Sementara massa rakyat yang secara spontan mempunyai poin yang kukuh dan menunjukan potensi kuasa mereka, namun adalah satu kesilapan untuk meromantisasikannya. Ini adalah merupakan sifat tidak bersiap sedia kebangkitan-kebangkitan ini yang juga terbukti menjadi kemerosotannya.

heliopolis-30-juneMenjatuhkan satu-satu kepala negara yang diktatorial bisa menjadi permulaan kepada sebuah revolusi, tetapi jika ia terhenti, segala tenaga massa rakyat bisa akhrinya tersejat keudara. Massa rakyat Mesir telah mempelajari hakikat ini melalui pengalaman yang perit. Sejak 2011, mereka telah mempamerkan empat kebangkitan, membuang tiga presiden dan empat perdana menteri, akan tetapi tidak banyak yang telah berubah dalam kehidupan seharian mereka. Pada tanggal 30 Jun 2013, 14 juta warga Mesir turun kejalanan didalam apa yang berkemungkinan – sekurang-kurangnya didalam terma yang berkait – adalah merupakan demonstrasi yang terbesar dalam sejarah manusia.

Apa lagi yang boleh kita pinta daripada massa rakyat Mesir? Mereka telah menunjukan setiap kesanggupan untuk berjuang dan meletakkan kuasa didalam tangan mereka dalam beberapa peristiwa. Salah seorang pemimpin disebalik gerakan 30 Jun [2013] memberitahu The Guardian: “..Setelah [Jeneral Abdel Fatah al-] Sisi mengumumkan 48-jam ultimatum, kami lalu mengadakan mesyuarat sejurus selepas itu. Saya sedang risau kerana saya fikir ia mungkin merupakan helah oleh tentera untuk menunggang ombak, dan untuk menangguk di air yang keruh daripada situasi – dan untuk merampas kuasa untuk mereka sendiri. Tetapi saya juga fikir bahawa jika ia merupakan sebuah kudeta, lalu Sisi sendiri berkemungkinan akan menghadapi tindak balas dikalangan angkatan tentera sendiri. Saya telah belajar di kolej tentera, dan ramai bekas rakan sekolej memberi jaminan bahawa mereka akan menyokong kami..” (the Gurdian, 6 Julai 2013).

Jan_29_3-3arabawySeandainya kelas pemerintah ketika itu memilih untuk menggunakan tentera untuk menghadapi revolusi, sudah tentu ia akan terpecah mengikut jalur-jalur kelas. Jadi situasi tersebut adalah berada diatas belas kasihan revolusi. Tidak ketahuan apa yang harus dilakukan dengan kuasa ini, bagaimanapun, para pemimpin gerakan telah memulangkannya kembali kepada angkatan tentera yang dipimpin oleh Abdel Fattah el-Sisi. Sisi menyamar sebagai pembela revolusi demi untuk menunggangnya, tapi sebenarnya beliau adalah – sama seperti Mohamed Morsi sebelumnya – seorang perwakilan kepada kelas pemerintah Mesir, walaupun daripada sayap lain yang mengawal diantara 25 dan 40% daripada keseluruhan ekonomi.

Dengan menyerahkan kuasa kepada Sisi, kelas pemerintah telah dihidangkan dengan peluang untuk mengatur kembali kekuatan-kekuatan mereka. Dalam masa yang sama Sisi telah diberikan autoriti revolusionari dimata massa, yang secara sementara dikuatkannya dengan mengekang Ikhwan Muslimin yang dibenci.

Hari ini, setelah lima tahun perjuangan, satu elemen kepenatan sedang menyelubungi dikalangan massa dan gerakan adalah didalam period yang lembab. Sisi telah membuat beberapa percubaan untuk menggunakan kondisi ini untuk mengekang revolusi. Dibawah penyamaran kononnya kempen anti-Ikhwan beliau telah menangkap ribuan belia revolutionari dan beberapa orang aktivis kelas pekerja.

Syria

Aleppo_CitadelSyria telah terbukti sebagai rantai yang terlemah didalam revolusi Arab. Gerakan di Syria sebenarnya ketika itu masih belum matang. Tanpa nadi daripada gerakan-gerakan revolusionari di wilayah sekitar (Tunisia, Mesir…) ia mungkin sudah tertunda selama beberapa tahun. Rejim Assad hanya pada kebelakangan ini telah mula bergerak kearah kapitalisme jauh daripada ekonomi nasional terancang seperti sebelumnya. Lalu ia masih mempunyai sokongan yang kuat dikalangan populasi kawasan bandar dan dikalangan kelas pekerja. Pencapaian masa lampau, sesetangah sistem kebajikan, taraf kebudayaan yang tinggi hasil daripada pendidikan percuma dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut telah mula lenyap akan tetapi prosesnya masih lagi diperingkat awal.

Ini menerangkan mengapa seruan-seruan demokratik yang kabur daripada belia revolusionari tidak mendapat sahutan dikalangan kelas pekerja secara keseluruhannya. Menyaksikan kejatuhan Mubarak dan ben Ali didalam masa yang singkat, belia revolusionari Syria percaya bahawa melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran mereka bisa mencapai perkara yang sama. Apabila ini gagal, setelah menyaksikan kejatuhan Gaddafi melalui bantuan campur tangan ketenteraan barat, mereka lantas percaya bahawa perkara yang sama bisa berlaku di Syria. Ini telah mengisolasikan gerakan dengan lebih jauh daripada para pekerja, yang tahu dan faham sebenar-benarnya apa jenis ‘demokrasi’ yang lahir daripada campur tangan barat. Kekurangan partisipasi oleh kelas pekerja adlah merupakan perbezaan yang paling utama diantara revolusi-revolusi di Tunisia dan Mesir, dan juga sebab utama mengapa hasil daripada setiapnya berbeza-beza.

Setelah dikunci dimedan politik, gerakan telah berpaling kearah “perjuangan bersenjata”, namun didalam satu revolusi jika ia (perjuangan bersenjata) tidak dihubungkan dengan kelas pekerja yang berorganisasi maka ia bisa berakhir dengan kekalahan yang amat teruk. Didalam sebuah konfrontasi militer, tanpa dokongan sepenuhnya oleh kelas pekerja dikawasan-kawasan bandar, revolusi selalunya menjadi kelompok yang lemah. Setelah memilih jalan ini, gerakan telah menjadi terdedah kepada bahaya dan terpesong kearah kawalan kuasa imperialis asing.

radical-and-moderate-syrian-rebels-middle-east-monitorCIA bersama dengan beberapa negara-negara barat dan Timur Tengah telah melihat peluang untuk campur tangan dan telah mengepam berbilion-bilion dolar kearah menaja kumpulan-kumpulan reaksionari, yang merupakan satu-satunya kelompok dimana kepentingan-kepentingannya adalah seiring dengan kepentingan kuasa-kuasa imperialis. Degenerasi Islamis didalam gerakan juga telah membantu menguatkan kedudukan Assad dikalangan pupulasi sekular yang merupakan segmen utama didalam masyarakat Syria. Hanya ada satu isu, Assad, AS dan sekutu-sekutunya boleh bersetuju bersama adalah diatas keperluan untuk menghapuskan elemen-elemen revolusionari.

Seperti yang diinginkan, kekalahan berdarah di Syria (dan Libya, yang merupakan satu proses yang serupa) dan pertumpahan darah yang menggila, telah bertindak sebagai brek keatas banyak gerakan di wilayah ini. Ramai orang yang mula membuat konklusi bahawa “revolusi” hanya membuahkan kekacauan dan barbarisme.

Persoalan tentang kepimpinan

Faktanya adalah bahawa revolusi di Mesir dan Tunisia berhenti dipertengahan perjalanan dan tidak berganjak. Ini membenarkan kekuatan reaksionari untuk memesongkan gerakan dan menolaknya kearah kaunter-revolusi. Di Mesir, ini bermakna meninggalkan aparatus negara tegap, dengan ekonomi masih berada ditangan kelas pemerintah yang lama. Di Syria, oposisi menghadkan diri mereka dengan seruan terhadap hak-hak demokrasi, tetapi didalam ekonomi dan persoalan sosial mereka mendokong penswastaan dan pemotongan keatas program kebajikan. Mereka punyai program yang sama seperti Assad, hanya lebih cepat!

Dalam kedua-dua kes tersebut, para pemimpin gerakan fikir bahawa “kesederhanaan” adalah jalan terbaik untuk mencapai gerakan yang lebih meluas. Apa yang mereka capai, bagaimanapun, hanya menyediakan ruang kepada kaunter-revolusi untuk bergerak dengan konsekuensi yang tragik. Situasi yang sama berkembang diseluruh wilayah. Lalu gerakan dimasa ini sedang berada didalam keadaan yang lembab. Namun tiada satu masalah sosial-ekonomi pun yang menjadi akar kepada kebangkitan revolusionari telah diselesaikan.

Di Mesir, kediktatoran Sisi adalah tersangat lemah, hanya ditampong oleh fakta bahawa massa rakyat keletihan dan kebingungan setelah bertahun berjuang. Namun revolusi Mesir belum lagi ditewaskan didalam perjuangan terbuka. Massa rakyat masih mengingati bagaimana mereka menjatuhkan empat pemerintahan didalam masa tiga tahun. Tambahannya, sebagai sebuah ramalan tentang apa yang akan datang dimasa depan, mereka menjatuhkan pemerintahan pertama Al Sisi didalam musim bunga 2014. Lambat atau cepat, kekuatan ini akan bangkit kembali.

Selagi mana revolusi mengundur, wajah buruk reaksi akan mendominasi agenda. Walaubagaimanapun, dibawah permukaan yang nampak seakan tenang, kontradiksi-kontradiksi yang mendorong kearah revolusi masih sedang berkerja. Di negara seperti Syria dan Libya revolusi telah ditolak jauh kebelakang. Bagaimanapun, di Mesir, Turkey dan Iran, dimana kelas pekerjanya amat kuat, gerakan-gerakan yang baru telah sedia disiapkan. Kuncinya adalah dengan mulai membangunkan kepimpinan yang bisa terlibat didalam gerakan-gerakan ini, supaya boleh mengelakkan daripada membuat kesilapan yang sama seperti dimasa lalu.

Namun disebalik semua ini, kapitalisme tidak pernah menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh massa Arab dan Timur Tengah. Sebaliknya, situasi semakin membusuk. Perjuangan menentang ketidakadilan, kemiskinan dan babarisme akan secara tidak dapat dielakkan akan dihidupkan kembali. Namun ia hanya akan dimenangi melalui pembuangan sistem kapitalis yang sedang mereput ini yang menjadi akar kepada segala permasalahan.

Artikel asal dalam bahasa Inggeris

Lima tahun berlalu: Apa yang telah berlaku terhadap Revolusi Arab?

2016: Dunia di Hujung Tanduk

Ditulis oleh Alan Wood (www.marxist.com)

Tinggalkan yang lama. Sambut yang Baru.” Ini lah yang selalu menjadi pesan yang membakar semangat pada setiap kali datangnya tahun baru. Namun terselit diantara segala pesta dan pembukaan botol-botol champagne, tidak kelihatan adanya tanda-tanda optimisme ataupun harapan buat masa depan dari pihak kelas penguasa dan para ahli strateginya. Sebaliknya, kolom-kolom akhbar borjuis telah diisikan dengan pesimisme dan kekhuatiran.

stock-broker

Pada tanggal 28 Desember, The Financial Times telah menerbitkan sebuah artikel yang ditulis oleh Gideon Rachman dengan tajuknya yang amat menarik: Battered, bruised and jumpy – the whole world is on edge (Dipukul, lebam dan gelisah – Seluruh dunia berada di hujung tanduk). Di dalamnya tertulis seperti berikut:

Didalam tahun 2015, sentimen keresahan tampak melanda seluruh pusat-pusat kekuasaan dunia. Dari Beijing ke Washington, Berlin ke Brasilia, Moskow ke Tokyo — kerajaan-kerajaan, media, dan warga rakyat kebingungan dan terumbang-ambing.”

Keresahan global seperti ini adalah bukan seperti kebiasaan. Selama lebih 30 tahun yang sudah, terdapat setidaknya kuasa besar dunia yang menunjukkan keoptimisan. Akhir 1980an, Jepun masih sedang menikmati kemeriahan ekonomi yang bertahan selama beberapa dekad – dan secara yakin membeli aset-aset diseluruh dunia. Didalam tahun 1990an Amerika sedang mabuk kemenangan perang dingin dan ekspansi ekonomi yang panjang. Diawal tahun 2000an Kesatuan Eropah penuh semangat menggebu-gebu, meluncurkan mata wang tunggal, dan hampir melipat gandakan keanggotaannya. Dan hampir seluruh dekad yang lepas, bangkitnya kekuatan ekonomi dan politik China telah menuai rasa hormat dari seluruh penjuru dunia.

Namun pada saat ini kesemua pemain besar ini tampak ragu — bahkan ketakutan. Satu-satunya pengecualian yang saya jumpai adalah India, dimana elit perniagaan politik masih tampak menggebu-gebu karena semangat reformis perdana menteri Narendra Modi.

Secara kontras, di Jepun, kepercayaan semakin pudar, dan menyangsikan kemampuan reforma-reforma radikal, yang dikenali sebagai Abenomics, untuk memecahkan kitaran hutang dan deflasi. Keresahan Jepun disemarakkan lagi dengan ketegangan yang berterusan dengan China. Walau bagaimana pun, riak daripada kujungan saya ke China diawal tahun ini adalah bahawa ia juga merupakan negeri yang merasa kurang stabil jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Era dimana pemerintah secara bersahaja dapat menyumbang pertumbuhan ekonomi sebesar 8 peratus atau lebih setiap tahun sudah berlalu. Perhatian dan keresahan mengenai kestabilan kewangan domestik semakin menggunung, seiring dengan pergolakan di bursa saham Shanghai pada musim panas.”

Ledakan-ledakan baru di Timur Tengah

Tahun Baru telah dibukai dengan drama besar. Panggung drama ini, sebagaimana yang sudah kita duga, terjadi di Timur Tengah, yang bergolak berikutan eksekusi terhadap Syekh Nimr al-Nimr, seorang ulama Muslim Syiah ternama, pengkritik utama terhadap keluarga bangsawan Arab Saudi, sekaligus partisipan dalam protes-protes yang meletus di Arab Saudi dalam periode Arab Spring sampai akhirnya ia ditangkap pada tahun 2012.

Washington mengamati situasi ini dengan perasaan campur-baur: berjaga-jaga dan tiada upaya. Jurucakap di Jabatan Luar Negeri AS (US state department), John Kirby, menyampaikan: “Kami akan terus mendesak para pemimpin di seluruh wilayah [Timur Tengah] untuk mengambil langkah-langkah afirmatif demi meredakan semua ketegangan. Kami percaya bahwa pendekatan yang bersifat diplomatik dan pembicaraan langsung masih menjadi perkara yang amat penting.”

Namun sementara Washington mendakwah agar bersikap manis dan lemah lembut, kawan-kawan dan para sekutunya di Riyadh sedang menyiram bergalon-galon minyak petrol ke api yang menjilati kawasan yang sudah sedia membara ini. Kata-kata Kirby adalah seperti ucapan yang disampaikan oleh seorang vegetarian di jamuan makan malam tahunan para kanibal. Satu-satu perbezaannya adalah orang yang menyampaikannya itu adalah perwakilan dari negeri yang paling kanibalistik di atas muka bumi.

Api yang marak membakar seluruh Timur Tengah adalah konsekuensi terus daripada jenayah pencerobohan terhadap Iraq dan campur tangan berterusan oleh Imperialisme AS di wilayah yang kucar-kacir ini. Setelah meluluh-lantakkan dan membumi hanguskan Iraq, Amerika dan sekutu-sekutunya membantu dan bersekutu dengan kekuatan-kekuatan reaksionari di Syria yang sekarang menjadi ancaman serius bagi kepentingan mereka. Namun apa yang disebut-sebut “perang melawan teror” yang dikobarkan oleh AS dan para sekutunya selama tahun-tahun belakangan ini di Iraq tidak pernah mencapai apa-apa. Dakwaan bahawasanya tentara Iraq yang lemah dan pengecut, yang dibawah kendalian AS itu, yang katakan telah merebut kembali Ramadi dari tangan ISIS, ternyata hanyalah dusta belaka.

Saat saya menulis baris-baris ini, kaum Jihadis masih menguasai sebahagian besar kota itu (atau apapun yang tersisa darinya) dan pertempuran masih berlangsung. Tanpa diragukan lagi tentara Irak akhirnya akan berhasil merebut penguasaan terhadap sisa-sisa runtuhan itu. Namun “kemenangan” di Ramadi hanya berfungsi untuk semakin mendedahkan bahwa tentara Irak adalah sebuah instrumen yang tak berguna. Ketololan yang memalukan ini mendedahkan kekosongan gembar-gembur Pentagon, yang membayar gaji dan meletakkan senjata di tangan mereka, yang akan mereka campak pada bila-bila masa jika dihidangkan peluang.

Amerika, Rusia, dan Iran

Setelah akhirnya menyedari bahawa bahaya dari kekuatan-kekuatan yang telah terlepas dari kawalan mereka, Amerika dengan secara terdesak mencari-cari siapa sahaja yang bisa membantu mereka meredakan api yang mereka nyalakan sendiri. Namun siapakah dia? Secara liat, dan menggerutu, Amerika akhirnya terpaksa berpaling pada sekutu yang paling tidak diduga-duga dan tidak disangka-sangka, iaitu Rusia dan Iran.

Tidak beberapa lama dulu, Amerika dan para sekutu NATOnya terus menerus mengulang slogan yang sama: “pulaukan Rusia.”. Oh ya! “Rusia dipulaukan secara internasional.” Itulah mantranya, yang terus mereka ulang-ulang, siang dan malam. Namun sekarang, seperti satu keajaiban , Rusia tidak terpulau sama sekali, namun didekati, dijamu, dan dihujani puja-puji, meskipun disampaikan dengan wajah yang menggeram dan menggerutu. “Kami tidak punya niat untuk memulaukan Rusia”, “Kita harus mencapai persefahaman dengan Rusia”, ini yang terus-menerus mereka ulangi sekarang, dengan harapan tidak ada seorang pun yang perasan tentang perubahan pada nada mereka.

Ini bukan satu-satunya lompatan jungkir-balik maut yang dilakukan oleh Washington di tahun 2015. AS juga melakukan akrobat yang amat mengkagumkan didalam sarkas diplomatiknya terhadap Iran. Iran yang sama, seperti Rusia sebelumnya, yang dikutuk menjadi paria dunia, yang dikenakan pelbagai sekatan, bahkan sempat diintimidasi Angkatan Udara AS, kini telah menjadi teman AS. Seperti yang kita semua tahu, kawan disaat memerlukan adalah kawan yang sebenar-benarnya kawan!

Sebab kepada aksi-aksi akrobat diplomatik yang mengejutkan ini tidaklah sulit dilihat. Satu-satunya aksi militer yang serius melawan kaum Jihadis di Syria adalah yang dijalankan oleh Rusia dengan kolaborasi bersama angkatan tentara Syria Bashar Al-Assad. Dan satu-satunya aksi militer yang serius terhadap ISIS di Iraq (selain daripada Kurdis yang hanya akan bertempur di daerah-daerah mereka) dijalankan, bukan oleh apa yang disebut-sebut sebagai angkatan tentara Iraq dan kumpulan-kumpulan lain yang ditaja AS, tapi oleh militia Syiah yang ditaja oleh Iran dan elemen-elemen dari ketenteraan Iran.

Didalam praktek, Amerika sebenarnya telah dipaksa untuk mengakui hal ini dan menerima tuntutan-tuntutan Rusia dan Iran bahawasanya Bashar Al-Assad mesti tetap ditampuk kekuasaan buat masa sekarang dan hari-hari yang mendatang. Suatu laporan didalam the London Review of Books oleh jurnalis penyiasatan Amerika, Seymour Hersh, mengatakan bahawa, “Staf Militer Gabungan Amerika menyalurkan Tentera Syria dengan maklumat-maklumat keselamatan melalui Jerman, Rusia, dan Israel.”

Ini selari dengan pernyataan-pernyataan yang dibuat oleh mantan Pengarah kepada Defence Intelligence Agency (DIA) atau Agensi Intelijen Pertahanan, Michael Flynn, yang memberitahu pada majalah yang sama bahawa diantara 2012 dan 2014 agensinya telah mengirim sejumlah mesej-mesej peringatan mengenai impak daripada penggulingan rejim Assad. Agensinya kemudian mula menyediakan rejim dengan informasi intelijen (tampaknya tanpa persetujuan para ahli politik) untuk melanjutkan perangnya melawan “musuh bersama”.

Amerika dan para sekutunya terpaksa oleh keadaan dan kondisi agar mengabaikan mitos bodoh “oposisi Islamis moderat” di Syria. “Oposisi moderat” ini, seperti yang sekarang diketahui semua orang, adalah terdiri daripada kelompok-kelompok Jihadis seperti Jabhat Al-Nusra, yang telah didukung oleh Amerika, adalah merupakan cabang Al-Qaeda di Syria. Satu bahagian dari Imperialisme AS, yaitu CIA, masih ingin meneruskan polisi ini, namun ini berkontradiksi secara langsung dengan perubahan polisi Pemerintah terhadap Rusia dan Iran. Sementara itu, Rusia terus mengebom pasukan-pasukan Jihadi sesuka hatinya, tanpa sedikitpun mempedulikan raungan protes dari Washington.

Saudi dan Turki

Perpecahan-perpecahan di Washington ini menimbulkan riak-riak kebingungan dan kegoyahan, yang dicerminkan dalam diri Presiden Obama. Tak diragukan lagi bahawa penembakan jatuh sebuah pesawat Rusia oleh Turki adalah provokasi yang sengaja oleh Erdogan, yang berniat untuk mewujudkan garis pemisah diantara Amerika dan Saudi. Sebagaimana kita jangkakan, langkah manuver ini menemui kegagalan.

Eksekusi atau hukuman mati terhadap Nimr Al-Nimr, pembunuhan judisial dibawah arahan klik bangsawan Saudi, adalah hal yang sama. Ini adalah provokasi yang sengaja untuk memicu perbalahan sektarian antara Syiah dan Sunni serta mendorong pemerintahan Tehran untuk melakukan aksi militer terhadap Arab Saudi, yang kemudiannya akan dijadikan alasan oleh Saudi untuk meminta bantuan Amerika.

Reaksi segera terhadap apa yang secara jelasnya adalah merupakan pembunuhan judisial tersebut adalah penyerbuan keatas kedutaan Saudi di Teheran. Arab Saudi secara pantas memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran. Ini semua telah diperhitungkan dan direncanakan secara rapi. Semuanya bergerak selangkah demi selangkah seperti penari balet. Namun balet ini adalah tarian maut. Ini adalah tindakan terdesak oleh satu rejim yang menyedari bahawa ia telah terjerumus ke dalam masalah yang maha besar dan sedang menghadapi risiko digulingkan.

Gangster-gangster Saudi telah membuat perhitungan yang salah di Yaman, dimana mereka telah terlibat didalam perang yang tidak akan mereka menangi. Sekarang mereka telah mengapikan kemarahan umat Syiah yang tersiri daripada sekurang-kurangnya dua puluh peratus populasi Saudi dan merupakan antara lapisan-lapisan rakyat yang paling miskin dan paling tertindas. Demonstrasi-demonstrasi massa telah meletus di berbagai kota di Saudi dengan slogan-slogan seperti “Mampuslah Bangsawan Saudi!” Klik penguasa Saudi telah menabur angin dan kini mereka sedang menuai badai.

Krisis Pelarian

Eric Hobsbawm, sang revisionis sekaligus Marxis-jelmaan, melaungkan gagasan yang sebenarnya telah dipaparkan oleh Kautsky dengan jauh lebih baik, bahawasanya dizaman globalisasi, batasan-batasan nasional tidak akan lagi memiliki erti dan peperangan akan menjadi perkara masa lalu. Namun kenyataannya, abad ke-21 telah ditandai oleh peperangan, kekerasan, dan segala macam konflik-konflik nasional yang tidak berkesudahan. Timur Tengah hanyalah salah satu daripada contohnya.

Kekacauan berdarah di Syria mengakibatkan migrasi yang sangat besar, yang mungkin tidak pernah disaksikan semenjak berakhirnya Perang Dunia kedua. Ribuan demi ribuan pelarian yang kesejukan, keletihan, dan kelaparan, memukul pagar-pagar kawat duri yang ditegakkan oleh aparatus-aparatus hukum dan ketertiban Eropah yang dikatakan bertamadun itu. Tak ada yang bisa menggambarkan kemunafikan yang dingin dan sinis dari borjuasi Eropah selain reaksi mereka terhadap krisis pelarian ini.

Selama bertahun-tahun rakyat Eropah dan Amerika disuapkan kebohongan bahawasanya setiap pencerobohan Imperialis didorong oleh kepedulian kemanusiaan yang suci. ‘Kepedulian-kepedulian’ ini nyatanya telah mengakibatkan bencana kemanusiaan terbesar sejak Perang Dunia Kedua. Setelah memberi sumbangan yang amat besar terhadap kekacauan di Syria, pemerintah-pemerintah Eropah kini sibuk mencari jalan terbaik bagaimana untuk menutup pintu mereka terhadap korban-korban peperangan yang lemah.

Situasinya tidak juga lebih baik di seberang sana Samudera Atlantik. Seratus tahun yang lalu Amerika mematrikan kata-kata mutiara berikut di Patung Liberty:

“Berilah aku orang-orangmu yang letih dan miskin,
Massa yang berhimpit-himpit yang ingin bernafas lega,
Mereka yang sengsara yang kau tolak di dataranmu yang penuh sesak,
Kirimkanlah mereka, yang tak berumah, yang diombang-ambingkan badai, padaku:
Ku angkat pelitaku, disamping pintu emas ini.”

Kini kata-kata ini kedengaran seperti satu ironi yang kejam. Amerika yang sama yang mendirikan pagar-pagar yang tinggi untuk mencegah masuknya rombongan kaum miskin dari seberang sungai Rio Grande. Bakal calon Presiden dari Parti Republikan terang-terangan menyeru larangan terhadap semua Muslim yang ingin memasuki AS. Inilah suara sejati dari kapitalisme Abad 21: suara reaksi gelap, chauvinisme, xenophobia, dan rasisme.

Alih-alih utopia revisionis tentang dunia tanpa perbatasan, namun perbatasan-perbatasan nasional telah dipacak kembali dimana-mana. Pos-pos kawalan sempadan sedang didirikan kembali bukan hanya pinggir-pingir sempadan Eropah tapi juga diantara negara-negara anggota Perjanjian Schengen. Sweden yang baik dan demokratik kini juga menerapkan pengawasan dan pemeriksaan ketat terhadap para pengunjung dari Denmark yang baik dan demokratik. Tak ada yang tersisa dari mimpi Eropah yang bersatu, yang selamanya tidak mungkin didirikan di atas tapak kapitalisme.

Eropah dalam Krisis

Eropa sedang suram. Tahun 2015 meninggalkan luka di awal dan di akhirnya dengan dua serangan teroris berdarah di Paris. Warga di Munich dan Brussels bahkan tidak bisa merayakan Tahun Baru kerana takut akan serangan-serangan teroris yang baru. Di Paris pertunjukan bunga api terpaksa ditunda. Ketakutan dan ketidakpastian dimana-mana.

Semua pakar-pakar ekonomi yang serius mengandaikan bahawa ekonomi global akan memasuki satu lagi kemerosotan, yang mungkin dimulai di Asia sebagai akibat daripada kelempapan yang tajam dari ekonomi China. Namun ini juga bisa dimulai di Eropah. Jerman, yang dulunya kepala kepada pertumbuhan ekonomi Eropa, telah terhenti dan terjerumus ke dalam krisis dengan ketibaan lebih dari satu juta pelarian dari Timur Tengah dan zon-zon perang lainnya.

Euro, yang, bersama dengan Perjanjian Schengen, sepatutnya menjadi tapak kepada integrasi ekonomi lebih lanjut, namun menjadi sebaliknya. Jurang yang lebar dan dalam telah muncul di antara Jerman dan negara-negara Eropa Selatan, sementara di sisi lain krisis pelarian telah mendorong jurang antara Jerman dan negara-negara di timurnya. Penderitaan Greece akan terus berlanjut kerana tak ada satu hal pun yang telah diselesaikan. Keluarnya Greece dari Kesatuan Eropah hanyalah menanti detik dan waktu.

Ini akan menyebabkan penderitaan yang semakin besar bagi rakyat Greece, dan bisa bertindak sebagai pemicu untuk  mendorong negara-negara lain di Eropah untuk keluar pula. Britain akan mengadakan referendum yang bisa diakhiri dengan United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah. Sentimen anti-KE juga semakin meningkat di Perancis dan di negara-negara lain. Bukan hanya masa depan Euro tapi juga masa depan Kesatuan Eropah sendiri menjadi persoalan.

Pergolakan Politik

Pesimisme dari kaum borjuasi memang cukup alasannya. Namun itu hanya satu sisinya saja. Krisis kapitalisme tidak dapat tidak akan melahirkan keterbalikannya: yakni lahirnya semangat perlawanan yang bisa menyediakan kemanusian dengan harapan bagi masa depan. Perlahan-lahan tapi pasti kesedaran massa sedang bangkit. Jika tunas-tunas muda pemulihan ekonomi hanyalah imajinasi para ekonomis, maka gejala-gejala pertama kebangkitan semangat revolusionari adalah hal yang nyata.

Ini adalah proposisi dasar dari dialektika materialisme, bahawasanya kesedaran manusia selalu tertinggal dibelakang peristiwa-peristiwa. Namun cepat atau lambat akan mengejar dengan lompatan-lompatan. Itulah sebenarnya revolusi. Apa yang sedang kita saksikan di Britain adalah permulaan dari sebuah revolusi politik. Dalam masa yang singkat seluruh keseimbangan telah berubah. Itu sendiri adalah merupakan sebuah gejala dari perubahan-perubahan mendalam yang sedang berlangsung didalam masyarakat. Belokan-belokan tajam dan perubahan-perubahan mendadak tersirat dalam situasi hari ini.

Benar bahawa kesedaran dibentuk sebagian besarnya oleh memori-memori dari masa lepas. Ia akan mengambil sedikit waktu untuk ilusi-ilusi reformisme lama dibersihkan dari kesedaran massa. Namun di bawah hentaman-hentaman serangkaian peristiwa, akan ada perubahan-perubahan yang tajam dan mengejut di dalam kesadaran massa. Terkutuklah mereka yang masih menyandarkan diri pada kesedaran masa lalu yang sudah hilang dan tak akan kembali! Kaum Marxis harus berdiri di atas proses yang  hidup dan perspektif untuk periode yang akan datang, yang tidak akan sama dengan apa yang telah kita alami sebelum ini.

Dalam usahanya untuk mencari jalan keluar dari krisis, massa akan menguji parti satu persatu. Para pemimpin dan program-program lama dianalisis, dinilai, dan ditinggalkan. Parti-parti yang terpilih namun mengkhianati harapan rakyat, yang menjalankan pemotongan belanjawan, yang melanggar janji-janji pilihanraya mereka akhirnya secara pantas akan kehilangan kepercayaan daripada massa. Apa yang sebelumnya dianggap ideologi arus perdana kini dicela. Para pemimpin yang popular jadi dibenci. Perubahan-perubahan tajam dan mengejut adalah apa yang sedang berlaku dimasa kini.

Ada kemarahan yang semakin membuak terhadap elit-elit politik: terhadap kaum kaya-raya, terhadap kaum penguasa dan kelas atasan. Reaksi melawan terhadap status quo ini, yang mengandung benih-benih embrionik perkembangan revolusionari, dan bisa bertahan melampaui titik dimana ekonomi mulai menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Rakyat tidak lagi percaya apa yang dikatakan atau dijanjikan oleh para politikus. Ada kekecewaan yang semakin meninggi terhadap institusi-institusi politik dan parti-parti politik pada umumnya. Ada kelesuan ekonomi yang meluas dan mendalam di masyarakat. Namun tidak ada kenderaan atau organisasi yang mampu memberikan kekecewaan ini sebuah ekspresi yang terorganisir.

Di Perancis, dimana Parti Sosialis menang majoriti di pilihanraya lalu, Francois Hollande kini memiliki tingkat dukungan terendah dari semua Presiden Prancis sejak 1958. Di Greece kita menyaksikan runtuhnya PASOK dan bangkitnya SYRIZA. Di Sepanyol kita mendapati bangkitnya PODEMOS, yang memenangkan bersama gabungannya 69 kursi di Parlimen Sepanyol dan menjadi satu-satunya parti oposisi sejati.

Kita menyaksikan proses yang sama terjadi di Ireland dengan referendum baru-baru ini. Selama berabad-abad, Ireland adalah salah satu negara paling Katolik di Eropah. Tidak berapa lama dulu, Gereja mendominasi setiap aspek kehidupan. Namun referendum mengenai perkahwinan sesama jenis di Ireland yang dimenangi dengan 62% undi dan ini menjadi pukulan telak bagi Gereja Roman Katolik. Ini adalah merupakan satu protes yang besar terhadap kekuasaan dan campur tangan Gereja Katolik dalam politik dan kehidupan rakyat. Ini mencerminkan suatu perubahan fundamental dalam masyarakat Ireland.

Sedangkan di Britain, tanpa diduga, Jeremy Corbyn menang mutlak dalam pemilihan pimpinan Parti Buruh. Ini adalah gempa politik yang mengubah semua situasi di Britain dalam tempoh masa satu malam. Perkembangan ini telah diantisipasi dengan peristiwa-peristiwa di Scotland, dimana pembangkangan terhadap penguasa tercermin dalam tumbuh pesatnya Scottish Nationalist Party (SNP) atau Partai Nasionalis Scotland. Ini bukanlah gerakan ke kanan namun ke kiri. Ini bukan ekspresi nasionalisme namun kemarahan membara terhadap para elit penguasa di Westminster. Parti Buruh, akibat kebijakan kolaborasi kelas para pemimpinnya yang pengecut, dipandang sebagai sebahagian daripada penguasa tersebut.

Selama berdekad Parti Buruh di bawah kepemimpinan sayap kanan adalah penopang sistem yang ada hari ini. Kelas penguasa tidak akan membiarkan Parti Buruh lepas tanpa perlawanan sengit. Garis pertama dari pertahanan sistem kapitalis adalah Parti Buruh Parlimentar itu sendiri. Majoriti anggota parlimen Blairite (sayap kanan Parti Buruh) adalah agen-agen kelas kapitalis dan kaum banker. Ini menjelaskan kedegilan mereka yang fanatik untuk menyingkirkan Jeremy Corbyn dengan apa cara sekalipun. Medan perjuangan kini tengah disiapkan untuk perpecahan Parti Buruh yang akan menciptakan situasi yang sepenuhnya baru di Britain. Semua ini adalah ekspresi ketidakpuasan yang mendalam dikalangan masyarakat, yang sedang mencari saluran politik. Di seluruh penjuru Eropa ada ketakutan bahawa polisi pemotongan anggaran atau perbelanjaan tidak akan menjadi penyesuaian sementara namun menjadi serangan yang kekal terhadap taraf hidup. Di negeri-negeri seperti Greece, Portugal, dan Ireland, polisi-polisi ini telah mengakibatkan pemotongan tajam dalam upah nominal dan pencen tanpa menyelesaikan permasalahan defisit perbelanjaan. Oleh karena itu semua penderitaan dan pencatuan terhadap rakyat telah menjadi sia-sia saja. Dimana-mana yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya.

Proses-proses ini tidak hanya terhad di Eropah. Pemilihan presiden AS menampilkan perkembangan yang amat menarik. Tentu saja mustahil untuk menjangka hasil pilihanraya ini dengan secara kepastian, akibat situasi politik AS yang sangat tidak stabil dan meledak-ledak. Media massa di AS fokus hampir sepenuhnya pada bakal calon Presiden dari Parti Republik iaitu Donald Trump. Tampaknya meragukan bahawa kelas penguasa AS akan menaruh kepercayaannya pada badut yang satu ini. Namun mereka telah melakukan setidaknya dua kali di masa lalu. Kelihatannya, dari sudut pandang kelas penguasa, Hilary Clinton jauh lebih selamat.

Namun apa yang lebih signifikan dari Trump ataupun Clinton adalah sokongan besar untuk Bernie Sanders yang terang-terangan berbicara sosialisme. Munculnya Bernie Sanders sebagai seorang penentang didalam daftar bakal calon Presiden dari Parti Demokrat adalah sebuah gejala dari ketidakpuasan dan pergolakan yang mendalam di masyarakat. Serangan-serangannya terhadap kelas Billioner dan seruan “revolusi politik”nya bergema di telinga jutaan rakyat, dimana puluhan ribu orang menghadiri ceramah-ceramahnya.

Perkataan “sosialisme” kini digunakan lebih kerap di media massa arus perdana. Jajak pendapat 2011 menunjukkan 49% orang berusia 18 hingga 29 tahun punya pandangan positif tentang sosialisme dibandingkan hanya 47% yang punya pandangan positif atas kapitalisme. Jajak pendapat terkini dari Jun 2014 menunjukkan 47% rakyat Amerika akan memilih seorang sosialis, dengan 69% dari mereka berusia di bawah 30 tahun.

Banyak orang, khususnya kaum muda, tertarik untuk mendengar mesej Sander. Benar kalau mesejnya lebih mirip kepada Sosial Demokrasi ala Skandinavia daripada sosialisme sejati. Meskipun demikian ini adalah gejala yang paling signifikan bahwa ada sesuatu yang sedang berubah di AS.

Situasi di Rusia telah menunjukkan perbezaan dengan seluruh Eropah. Di permukaan tampaknya paradoks bahawa Putin tampil sebagai semakin kuat akibat krisis di Ukraine dan Syria. Usaha-usaha Barat untuk mengisolasikannya (memulaukan) telah gagal secara total. Di Syria Putin lah yang memegang kendali. Dan bahkan bila AS seperti mempertahankan sekatan-sekatannya atas isu Crimea dan Ukraine, kita bisa dengan  yakin memprediksikan bahawa sekutu-sekutu Eropahnya justru akan mencabutnya dengan diam-diam. Ekonomi Eropah yang tenat akibat krisis memerlukan pasaran Rusia dan gas Rusia sama terdesaknya seperti borjuasi Eropah memerlukan Rusia untuk membersihkan kekacauan di Syria, dan (insyaallah) menangani kebanjiran pelarian yang tiada akhir.

Namun jika kita menilik dengan mendalam akan situasi ini situasi ini, akan jelas bahawa ia tidaklah sestabil seperti yang kelihatan . Ekonomi Rusia terus menjunam, ditimpa oleh jatuhnya harga minyak dan sekatan-sekatan Barat. Gaji sebenar terus merosot. Kelas menengah Rusia tidak lagi mampu bercuti dan bersenang-senang dihujung minggu di London dan Paris. Mereka menggerutu tapi tidak berbuat apa-apa. Kaum buruh Rusia terpengaruh oleh propaganda pemerintah tentang Ukraine. Mereka geram menyaksikan apa yang dilakukan oleh kaum fasis dan ultra-nasionalis Ukraine dan Putin berhasil menangguk keuntungan dari simpati mereka terhadap saudara-saudarinya di timur Ukraine.

Putin mungkin mampu untuk mempertahankan cengkaman kekuasaannya untuk sementara, namun segalanya ada batasnya dan pada akhirnya sejarah akan datang menuntut bayaran. Krisis ekonomi telah membawa kepada kemerosotan tajam dalam taraf hidup banyak pekerja-pekerja Rusia, khususnya di luar Petersburg dan Moskow. Massa memang sabar, namun kesabaran mereka ada batasnya. Kita saksikan ini pada akhir tahun 2015 ketika para pemandu lori jarak jauh melakukan aksi mogok. Sebuah gejala kecil mungkin, tetapi ini tetap adalah sebuah tanda bahawa cepat atau lambat ketidakpuasan buruh Rusia akan menemui ekspresinya didalam bentuk protes-protes serius.

Pandangan Suram

Pada dasarnya, semua fenomena ini mencerminkan fakta bahawa sistem kapitalis telah mencapai batas-batasnya. Globalisasi, setelah memenatkan dirinya sendiri, telah berubah menjadi kebalikannya. Dari menjadi faktor kuat yang mendorong pertumbuhan ekonomi, kini globalisasi menyeret runtuh semua bangunan yang rawan ini. Apa yang disebut-sebut sebagai pemulihan – yang bukan pemulihan sama sekali – sangatlah lemah dan rapuh, sehingga setiap hantaman, baik di bidang ekonomi, politik, ataupun militer, akan cukup untuk menghentikan semua pemulihan ini.

Kelembapan ekonomi China telah mengancam seluruh dunia. China mengimport komoditi dalam jumlah yang besar dari negara-negara seperti Brazil. Kini ekonomi Brazil sedang menguncup sebanyak 4.5%. Banyak negara-negara anggota BRICS lainnya juga berada dalam posisi serupa. Segala ramalan-ramalan para juru bicara Kapital semakin pesimistik mengenai masa depan. The Wall Street Journal memuat kata-kata Adam Parker, sang ahli strategi bursa saham AS: “Kami pikir kemungkinan besar kita akan mengarah ke tahun yang penuh gejolak dengan keuntungan yang rendah, dan rasanya banyak pihak lain juga berpikir yang sama”.

Eksekutif atasan Hyundai Motor telah mengatakan pandangan untuk tahun ini “tidaklah cerah”. Pengerusi kumpulan Chung Moong-Koo mengatakan kepada para kepala unit perusahaan kenderaan bermotor di luar negeri bahawasanya pertumbuhan di tahun 2015 terhalang oleh ekonomi global yang lemah, kelembapan ekonomi di China – pasaran kenderaan bermotor kedua terbesar di dunia – dan penurunan permintaan dari pasaran-pasaran yang sedang berkembang. “Mempertimbangkan banyak indikator penentu, pandangan untuk pasaran kenderaan bermotor tahun depan tidaklah cerah,” katanya. Contoh-contoh pernyataan serupa dari perusahaan lain bisa diulang sebanyak mungkin, terserah kita.

Didalam artikel yang kami nyatakan permualaan diatas, Gideon Rachman meletakan kesimpulan yang paling pesimistik:

Kelesuan global membuat sistem politik internasional seperti seorang pesakit yang masih berjuang untuk pulih dari sakit yang parah yang dimulai dari krisis kewangan tahun 2008. Jika tidak ada gegaran buruk yang selanjutnya, pemulihan seharusnya berjalan secara gradual dan segala gejala-gejala politik terburuk akan reda. Bagaimanapun, pesakitnya amat rapuh. Satu lagi gegaran yang parah, seperti serangan teroris yang besar atau kejatuhan ekonomi yang serius, bisa menjelma jadi masalah yang cukup serius.”

Ini adalah suara sebenar dari para ahli strategi Kapital. Mereka memandang ke arah masa depan dengan rasa takut. Dari perspektif kelas mereka sendiri, mereka tidak salah. Tahun 2016 akan menghasilkan lebih banyak taufan badai, krisis ekonomi dan serangan-serangan terhadap taraf hidup rakyat, ketidaksamarataan dan ketidakadilan yang semakin parah, serta semakin banyak pertumpahan darah dan kekacauan.

Tahun Baru akan mengulang apa yang terjadi pada tahun sebelumnya, tetapi dengan intensiti yang lebih besar. Perang-perang di Timur Tengah, Afrika, dan Asia akan menghasilkan tsunami penderitaan manusia yang sama yang akan terus mengalir ke Eropah, dimana ia akan dihadapi dengan pagar-pagar berduri dan tanpa perikemanusiaan.

Terorisme, yang sedang tersebar luas ke seluruh muka bumi seperti wabak yang tak terkawal, adalah suatu gejala dari sakitnya kapitalisme abad ke 21. Aksi-aksi terorisme lebih lanjut akan tidak dapat dihindarkan. Teroris-teroris tidak bisa dimusnahkan dengan cara-cara polis. Tidak ada cukup anggota polis di dunia untuk menghadapi sejumlah besar orang fanatik yang nekad yang ingin melakukan aksi pembunuhan terhadap rakyat awam tak bersenjata dan tak berdaya.

Ketika Lenin menulis bahawasanya kapitalisme itu adalah kengerian tanpa noktah, beliau sedang bercakap benar. Tak ada gunanya berkeluh kesah mengenai kengerian ini, seperti halnya berkeluh kesah mengenai rasa sakit saat melahirkan anak. Tugas-tugas kaum Marxis bukan mengeluh tentang konsekuensi-konsekuensi pembusukan kapitalis. Biarkanlah itu dilakukan oleh kaum pasifis dan para pendakwah.

Tugas kita adalah bekerja tanpa henti untuk menunjukkan kepada kelas pekerja dan kaum pemuda sebab-musabab sebenarnya kengerian-kengerian ini dan menjelaskan bagaimana caranya permasalahan ini bisa dihapuskan sampai tuntas selamanya. Permasalahan yang drastik menuntut solusi yang drastik. Hanya revolusi sosialis yang bisa memecahkan permasalahan yang dihadapi oleh manusia. Itulah satu-satunya cita-cita yang wajib kita perjuangkan hari ini.

London, 4 Januari 2016.

Artikel asal didalam bahasa Inggeris

2016: Dunia di Hujung Tanduk

Tiada Tempat Selamat Buat Mahasiswa: Samseng Menyerang dikampus!

Berita tentang serangan fizikal keatas salah seorang pemimpin gerakan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah tersebar dengan luas dilaman-laman sosial dan media internet. Namun seperti biasa, organ-organ media kerajaan seperti tidak memandang kejadian, ini yang boleh difahami demi menjaga aib birokrasi pentadbiran universiti. Kejadian yang melibatkan keselamatan mahasiswa seperti ini bukan pertama kali dan bukan jarang berlaku. Piliharaya kampus tidak pernah sunyi daripada kejadian-kejadian seumpama ini dan ia melontarkan satu soalan; dimana jaminan keselamatan untuk mahasiswa kita dikampus?

Pilihanraya kampus yang secara idealnya bagi kelas pemerintah, merupakan lapangan latihan buat mahasiswa sebelum mereka keluar bergelumang dengan medan politik sebenar selepas tamat pengajian. Namun ironinya, ia menjadi satu refleksi tepat terhadap tahap kebobrokan dan kemunduran budaya politik yang diamalkan diluar pagar kampus oleh politikus elit yang mewakili kapitalis dan sistemnya. Politik kampus, yang sepatutnya melatih mahasiswa dengan budaya demokrasi tulen dan berpegang kepada asas-asas hak asasi manusia dan ketinggian moral dan budaya sebaliknya menjadi medan dimana mereka diajari tentang politik samseng, mengugut dan segala kelakuan-kelakuan rendah moral. Seperti apa yang kita lihat disetiap kali pilihanraya umum diluar, begitu juga pilihanraya kampus. Mereka ada bendera, banner, ceramah dan rapat umum dan pelbagai program demi meraih undi. Namun begitu juga dengan budaya samseng dan ugut mengugut. Maka tidak heranlah jika ada yang bertekak, memaki hamun, label-melabel, bertumbuk gaduh kerana ingin mempertahankan perjuangan parti sendiri. Malahan apa yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia, ada yang sanggup mengupah “gangster”!! Ini benar-benar terjadi kepada saudara Shahir selaku Presiden Gerakan Mahasiswa UKM apabila beliau diserang “samseng upahan” hingga mengalami kecederaan fizikal.

Apa yang paling penting disini yang harus disedari oleh mahasiswa adalah kenyataan bahawa pihak birokrasi universiti di Malaysia telah gagal untuk menyediakan ruang untuk perbincangan dan pendebatan idea-idea dan idelogi-ideologi yang berbeza. Yang lebih penting, adalah kegagalan universiti untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua pelajar tanpa mengira fahaman politik dan ideologi yang dianuti mereka. Perkara ini berlaku bukan secara rawak atau tidak sengaja. Ia merupakan hasil daripada kerja-kerja sistematik oleh birokrasi universiti yang patuh kepada rejim pemerintah demi mengongkong gerakan mahasiswa dan akhirnya demi melahirkan pelajar yang sudah lengkap ‘diprogram’.

Kekhuatiran rejim pemerintah terhadap gerakan mahasiswa ada sebabnya. Harus diingat bahawa majoriti pelajar yang merupakan kaum muda adalah segmen yang paling radikal didalam sesuatu masyarakat. Lenin menyebut “siapa yang punya anak muda akan menggenggam masa depan”! Mahasiswa dan anak muda dimasa sekarang sedang berada diambang radikalisasi hidup. Setiap daripada mereka apabila tamat pengajian nanti akan memulakan kehidupan mereka dengan siap berbekalkan dengan hutang walaupun masih belum berjaya mencari pekerjaan. Mereka ini adalah generasi runsing! Keadaan ini adalah resepi lengkap buat proses radikalisasi dan seterusnya mencari jalan untuk merubah masyarakatnya. Ditambah pula dengan cuaca ekonomi dunia dimana sistem kapitalis sedang menjunam kedalam krisis yang terburuk didalam sejarah pembangunan kapitalisme, kita semua sedang menuju kepada dunia dimana pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan sebagainya adalah kenyataan kekal.

PEMBEBASAN melihat perkara ini secara serius dan mengutuk sekeras-keranya tindakan pengecut yang tidak berperikemanusiaan keatas saudara Shahir. Lalu harus ditegaskan disini bahawa daripada sudut pandangan Marxis, tiada jalan lain untuk melawan kekejaman yang sistematik keatas pelajar, institusi pengajian dan sistem pendidikan secara umumnya, melainkan dengan melihat setiap kebobrokan ini sebagai suatu perkara yang sebati dengan sistem kapitalisme secara keseluruhannya. Perjuangan kebebasan akademi dan pelajar tidak boleh terpisah daripada perjuangan kelas terhadap sistem yang menindas diseluruh pelusuk dunia ini.

Dengan ini PEMBEBASAN menuntut:

Siasatan segera keatas kejadian serangan fizikal terhadap saudara Shahir!

Jaminan keselamatan untuk setiap warga didalam premis institusi pengajian!

Kebebasan bersuara tanpa gangguan dan ugutan!

Pilihanraya kampus yang bebas dan adil!

Tentang penindasan keatas mahasiswa!

Lawan kapitalisme!

Bangunkan Sosialisme!

Tiada Tempat Selamat Buat Mahasiswa: Samseng Menyerang dikampus!

150 Tahun Semenjak Terasasnya Internasional Pertama: Kelas Pekerja perlukan satu revolusionari Antarabangsa

Ditulis oleh Alan Woods, 29 September 2014

Pada tanggal 28 September 1864, deligasi daripada pelbagai negara berkumpul di St. Martin’s Hall di London. Ini adalah percubaan yang paling serius ketika itu untuk menyatu dan memajukan lapisan-lapisan dikalangan kelas pekerja diatas satu skala antarabangsa. Perjumpaan tersebut adalah merupakan hasil daripada solidariti antarabangsa terhadap kebangkitan di Poland pada tahun 1863.

thumb_1st-int-anniversaryPerjumpaan itu secara sebulat suara telah memutuskan untuk menubuhkan Pertubuhan Pekerja Antrabangsa atau International Workingmen’s Association (IWA), yang kemudiannya dikenali sebagai Internasional Pertama atau the First International. Pusatnya telah diletakkan di London, diarahkan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada 21 orang, yang ditugaskan untuk menderaf sebuah program dan perlembagaan. Tugas ini telah diamanahkan kepada Karl Marx, yang sejak ketika itu dan dihari yang mendatang telah memainkan peranan kepimpinan yang amat penting didalam Internasional tersebut.

Jika ditinjau kembali, kita boleh mengatakan bahawa tugas bersejarah Internasional Pertama adalah untuk mewujudkan prinsip-prinsip utama, program, strategi dan taktik revolusionari Marxisme didalam skala dunia. Walau bagaimanapun, internasional baru tersebut tidak terus terbentuk dan dilengkapi “senjata” sepenuhnya, seperti Athena dari kepala Zeus. Pada permulaannya, ia bukanlah internasional Marxis, tetapi organisasi yang terdiri daripada kepelbagaian pemikiran daripada tendensi-tendensi yang berlainan.

Walau bagaimanapun, para pengasas sosialisme saintifik adalah sangat berbeza daripada jenama sektarianisme yang mencuba untuk mencari sebuah organisasi kelas pekerja yang tulen dan suci, sesuatu yang tidak pernah wujud dan tak akan pernah wujud. Marx dan Engels memahami akan kepentingan untuk melakukan kerja-kerja didalam arena yang luas bersama akar umbi massa dikalangan kelas pekerja. Didalam pengertian ini, penyertaan oleh kesatuan-kesatuan sekerja British pada ketika itu adalah sangat penting.

Daripada permulaan Marx dan Engels melancarkan perjuangan yang sangat “degil” demi penjelasan ideologikal didalam Internasional. Tetapi mereka ketika itu benar-benar faham bahawa untuk menawan massa dengan idea-idea sosialisme saintifik, maka adalah merupakan satu keperluan untuk menjalankan kerja secara sabar didalam organisasi-organisasi proletariat yang telah ditentukan sejarah akan kewujudannya berakar umbi didalam kelas pekerja. Buat pertama kalinya IWA telah menyediakan mereka dengan rangka kerja didalamnya untuk menguji dan berdebat idea-idea mereka diluar skop lingkaran kecil revolusionari yang telah wujud ketika itu.

marx-eng5Pada permulaannya Marx dan Engels telah menghadapi kesukaran yang amat kuat. Di kebanyakan negara gerakan pekerja ketika itu masih di awal permulaan. Ia masih didalam peringkat pembentukan dan kebiasaannya dipengaruhi oleh borjuis liberal dan idea-idea demokratik. Di kebanyakan negara, gerakan kelas pekerja masih tidak mampu memisahkan gerakan mereka dengan parti borjuis.

Dizaman Marx dan Engels, majoriti besar di Eropah adalah petani atau segelintir tukang, bukan pekerja bergaji. Hanya di Britain dimana kelas pekerja merupakan majoriti didalam masyarakat, tetapi para pemimpin kesatuan sekerjanya diketika itu berada dibawah pengaruh liberal. Di Perancis, para Proudhonis telah menentang mogok, dengan menjulang idea-idea utopian mereka iaitu “mutualisme”. Mereka juga ketika itu menentang penyertaan pekerja didalam perjuangan politik.

Akhirnya, dengan menggabungkan ketegasan prinsip bersama fleksibiliti yang besar didalam taktikal, Marx dan Engels secara beransur-ansur telah memenangi majoriti. Dibawah bimbingan Majlis Am (General Council) yang diketuai oleh Marx dan Engels, Internasional meletakkan rangka kerja untuk pembangunan gerakan pekerja di Eropah, Britain dan Amerika. Ia lantas mewujudkan akar yang dalam di negara-negara Eropah yang utama.

Sosialisme dan internasionalisme

Sosialisme adalah internasionalis, atau ia kosong. Semenjak daripada awal gerakan kita, didalam laman Komunis Manifesto, Marx dan Engels telah menulis kata-kata yang mashur :“ Para pekerja tidak punya negara.” Internasionalisme Marx dan Engels bukan sebuah perubahan fikiran, atau hasil daripada pertimbangan sentimental. Ia daripada fakta yang menunjukkan kapitalisme berkembang sebagai sebuah sistem dunia – daripada ekonomi-ekonomi nasional yang berbeza, disitu bangkit sebuah ekonomi tunggal, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung dengan keseluruhannya – pasaran dunia.

Hari ini ramalan pengasas Marxisme telah secara jelas menunjukkan, didalam hampir gaya makmal. Dominasi pasaran dunia yang menghancurkan adalah fakta yang teramat penting pada zaman kita. Tiada satu negara pun, tidak kira betapa besar dan berkuasa – bukan Amerika Syarikat, bukan China, bukan Russia – dapat berkecuali daripada tarikan hebat pasaran dunia.

Tiada lagi buku yang lebih moden daripada Manifesto tulisan Marx dan Engels. Ia menjelaskan pecahan masyarakat kepada kelas-kelas; ia menjelaskan fenomena globalisasi, krisis produksi berlebihan secara global, sifat negara dan kuasa-kuasa motor yang menjadi asas kepada perkembangan sejarah. Marx dan Engels telah sedia aktif didalam Liga Komunis, yang daripada permulaannya, sebuah organisasi antarabangsa, tetapi penubuhan IWA menyerlahkan langkah kedepan yang kualitatif.

Internasional lalu tumbuh dan berkembang didalam tempoh sebelum Komune Paris. Ia tidak terpisah daripada masalah-masalah harian kelas pekerja. Sebaliknya, ia sentiasa terlibat didalam kerja praktikal didalam gerakan pekerja. Internasional tertulis pada banner nya perjuangan untuk kesaksamaan dan berjuang untuk pembaikan kondisi wanita dan orang muda yang menderitai penindasan yang dasyat dibawah kapitalisme. Pada mulanya IWA punyai hampir kesemuanya ahli nya adalah lelaki, tetapi pada April 1865 keahliannya dibuka untuk wanita dan Internasional telah membangunkan siri-siri permintaan untuk pekerja wanita.

Ibu Pejabat Majlis Am adalah di London dan beberapa kesatuan sekerja bergabung dengannya. Ia menyertai banyak permogokan dan lain-lain pertelingkahan pekerja. Internasional berniat untuk menghalang pengimportan pelanggar mogok dari luar dan memungut wang untuk memberi bantuan terus kepada pemogok dan keluarga mereka. Ia membuatkan organisasi baru ini sangat popular dikalangan pekerja, yang mula menyedari bahawa Internasional adalah juara kepada proletariat, dan telah berjuang untuk mempertahankan kepentingan nya.

Namun segala kejayaan, atau lebih tepat kerananya, kesatuan sekerja reformis semakin cemas dengan peningkatan pengaruh Internasional di Britain. Mereka menerima pertolongannya tetapi tiada sebarang simpati terhadap idea sosialis dan revolusionari nya. Walau bagaimanapun, Internasional sangat popular dikalangan gerakan kelas pekerja di Britain. Persidangan kesatuan sekerja di Sheffield menerima satu resolusi berterima kasih kepada IWA terhadap usaha untuk menyatukan semua pekerja dari semua negara didalam satu liga persaudaraan, dan menyarankan supaya kesatuan sekerja diwakili didalam persidangan untuk menyertai Internasional.

Perjuangan menentang sektarianisme

Marx dan Engels diketika itu harus melawan pada dua sudut: disatu sudut, mereka terpaksa memerangi idea-idea reformis daripada kepimpinan kesatuan sekerja yang oportunis yang sentiasa cenderong kearah kerjasama kelas dan pakatan bersama borjuis liberal. Disatu sudut lagi, mereka terpaksa untuk melancarkan pertempuran yang berterusan melawan tendensi ultraleft dan sektarian. Situaisi ini tidak pernah banyak berubah dihari ini. Tendensi Marxis telah dihadapkan dengan masalah yang sama dan harus melawan musuh-musuh yang sama. Nama-nama mungkin sudah bertukar tapi isinya tetap sama.

Sejarah Internasional Pertama telah dibentuk terutama sekali oleh perjuangan diantara dua trend yang tidak bersesuaian antara satu sama lain: disatu sudut adalah sistem sektarian dan utopian yang pada mulanya mendominasi didalam gerakan kelas pekerja dan, disatu sudut lain, adalah sosialisme saintifik, yang diwakili oleh Karl Marx.

Internasional Pertama, selain daripada Owenites dan kesatuan sekerja reformis, terdapat juga Proudhonis dan Blanquis, pengikut pengikut kepada nasionalis sederhana di Italy, anarkis Russia, dan trend-trend yang lain. Didalam surat kepada Engels, Marx menulis: “ia adalah amat sukar untuk membentuk perkara supaya pandangan kita boleh disampaikan didalam bentuk yang boleh diterima daripada yang pendirian sekarang didalam gerkan pekerjs. (…) ia akan mengambil masa sebelum kebangkitan semula gerakan membenarkan kejituan yang lama didalam ucapan. Ia akan menjadi kewajipan untuk menjadi fortiter in re, suaviter in modo (sederhana didalam cara dan berani didalam isi).”

Pihak anaskis, kedua-dua trend Proudhonis dan Bakunis, ketika itu menentang penyertaan kelas pekerja kedalam perjuangan politikal, walaupun dari sudut pandangan yang berbeza. Proudhonis menyarankan supaya para pekerja untuk mencapai emansipasi mereka melalui langkah-langkah ekonomi kecil-kecilan, turutama sekali melalui organisasi kredit percuma dan pertukaran yang samsama dikalangan pengeluar.

Dipihak yang satu lagi Bakunis menganjurkan “propaganda amalan” atau didalam bahasa Inggerisnya “propaganda of the deed”, yang membawa kepada keganasan individual dan pemberontakan kecil-kecilan, yang kononnya untuk menyiapkan lapangan buat kebangkitan umum demi mencapai revolusi sosial sekaligus. Ketika Proudhon dipamerkan didalam bentuk bojuis kecil-kecilan seperti pemegang kecil dan tukang-tukang bebas, Bakunin menyerlahkan proletariat lumpen dan pemberotakan petani.

Idea-idea palsu ini merupakan masalah yang serius diketika massa pekerja sedang meningkat kesedaran terhadap satu kehidupan baru. Pulih daripada kekalahan teruk yang mereka alami selepas revolusi 1848, para pekerja Perancis secara nalurinya menyatakan pemberontakan mereka terhadap perhambaan ekonomi didalam permogokan, ketika secara politiknya mereka sedang mempersiapkan perjuangan untuk menumbangkan rejim Bonapartis. Tetapi Proudhonis ketika itu menentang permogokan dan menawarkan palliatif kecil-kecilan dengan watak utopian.

Daripada meletakkan diri mereka didalam gerakan sebenar kelas pekerja dan meningkatkan massa ketahap yang lebih tinggi, semua sektarian berusaha untuk menyumbat doktrin-doktrin tertentu mereka. Satu perjuangan ideologi yang bernas dan “keras kepala” adalah perlu untuk membersihkan Internasional daripada sektarinisme dan memperlengkapkannya dengan asas ideologi yang kukuh. Marx terpaksa meluangkan masa yang amat banyak dan usaha demi perjuangan menentang sektarianisme didalam semua bentuk.

Komune Paris

Pada hari itu, berjuasi gementar terhadap ancaman komunisme dalam bentuk antarabangsa. Tetapi peristiwa besar sedang dipersiap yang akan merintangi perkembangannya. Sementara perjuangan ideologikal sedang berlangsung didalam Internasional, satu situasi dramatik sedang berlaku di Benua Eropah.

paris-commune2Pada Julai 1870 perang telah tercetus antara Bonapartis Perancis dan Jerman Bismarck. IWA mengambil posisi Internasionalis terhadap perang. Majlis Am mengeluarkan manifesto membantah perperangan, dan meletakkan kesalahan itu bersama kedua-dua Napoleon dan Kerajaan Prussian. Sementara menyatakan bahawa untuk Jerman perperangan mempunyai watak pertahan, manifesto memberi amaran kepada pekerja-pekerja Jerman bahawa jika mereka benarkan perang ini menjadi perang penaklukan, ini akan mendatangkan bencana kepada proletariat sama ada ia berakhir dengan kemenangan atau kekalahan.

Kekalahan besar tentera Perancis pada 4 September 1870, membawa kepada beberapa siri peristiwa yang mejurus kepada pemberontakan oleh proletariat dan penubuhan negara pekerja buat pertama kalinya dalam sejarah: Komune Paris. Dalam kata-kata Marx, para pekerja di Paris “menyerbu syurga.” Komune bukanlah sebuah parlimen dari jenis yang lama, tapi adalah sebuah badan yang berkerja dengan eksekutif dan juga punya fungsi-fungi legislatif atau perundangan. Badan-badan kerajaan dan pegawai-pegawai, yang selama ini hanya menjadi alat kerajaan dan instrumen kegunaan dibawah kawalan kelas pemerintah, telah digantikan dengan badan perwakilan yang terdiri daripada orang yang dipilih oleh semua pengundi yang layak, dan tertakluk kepada penarikan semula jawatan pada bila-bila masa.

Ini bukan tempatnya untuk menceritakan sejarah terperinci tentang Komune Paris. Cukup untuk dikatakan bahawa kelemahan Komune adalah kelemahan kepimpinannya. Komune tidak mempunyai sama ada program yang pasti atau taktik pertahanan atau menyerang yang jelas. Didalam Komune itu sendiri, Internasionalis merupakan minoriti. Hanya tujuh belas orang daripada jumlah keseluruhan ahli iaitu sembilan puluh dua. Didalam ketiadaan satu kepimpinan yang berkesedaran, Komune tidak berupaya untuk membentangkan persepktif yang luas kepada para pekerja dan petani yang jika disebaliknya sudah tentu dapat menamatkan isolasi para pekerja di Paris.

Walupun mencapai pencapaian yang besar, Komune telah melakukan kesilapan. Khususnya, Marx menunjukkan kepada kegagalan untuk memiliknegarakan Bank of France dan mara kearah pusar kaunter-revolusi di Versailles. Kelas pekerja terpaksa membayar dengan harga yang amat berat untuk kesilapan-kesilapan tersebut. Kerajaan di Versailles telah diberikan masa untuk menyiapkan tentera kaunter-revolusi yang mara ke Paris dan menghancurkan Komune dengan penuh kekejaman.

Setelah melemaskan Komune dengan darah, akhbar-akhbar borjuis menganjurkan kempen fitnah yang busuk terhadapnya. Marx mempertahankan Komune sekeras-kerasnya. Dengan nama Majlis Am beliau menulis sebuah manifesto yang kemudiannya dikenali sebagai Perang Saudara di Perancis, yang didalamnya beliau menerangkan kepentingan sejarah yang sebenar revolusi proletariat yang besar tersebut. Komune adalah bentuk pemerintahan politik oleh kelas pekerja, sebuah kediktatoran yang ditubuhkan oleh kelas yang tertindas keatas kelas yang menindas. Ia merupakan satu rejim peralihan yang berdiri demi transformasi ekonomi lengkap masyarakat. Ini lah yang dimaksudkan oleh Marx apabila beliau bercakap tentang kediktatoran proletariat.

Keruntuhan Internasional

Kekalahan Komune Paris merupakan pukulan maut terhadap IWA. Pesta tindak balas yang meletus membuatkan ia menjadi mustahil untuk berfungsi di Perancis, dan dimana-mana Internasional dianiaya. Tapi sebab yang sebenar yang menyebabkan kesukaran itu adalah kemajuan kapitalisme didalam skala global yang tercetus selepas kekalahan Komune. Ini kemudiannya memberikan kesan negatif terhadap Internasional.

Didalam keadaan-keadaan tersebut, dengan tekanan-tekanan kapitalisme keatas gerakan pekerja telah menyebabkan pertengkaran dalaman dan bersikap berpuak-puak. Disuapkan dengan suasana umum dengan kekecewaan dan berputus asa, komplot Bakunin dan para pengikutnya semakin giat. Kerana sebab-sebab ini, Marx dan Engels pada mulanya mencadangkan supaya ibu pejabat Internasional dipindahkan ke New York, namun akhirnya memutuskan bahawa adalah lebih baik membubarkan Internasional, sekurang-kurangnya buat seketika itu. IWA secara rasminya dibubarkan pada 1876.

IWA telah berjaya meletakkan asas-asas teori untuk revolusionari Internasional yang tulen. Namun ia tidak pernah bergerak sebagai Internasional pekerja massa yang sebenar. Ia merupakan satu jangkaan terhadap masa depan. Sosialis Antarabangsa (Internasional Kedua), dilancarkan pada 1889, bermula dimana Internasional Pertama tinggalkan. Berbeza dengan sebelumnya, Internasional Kedua bermula sebagai Internasional yang mengorganisasikan jutaan pekerja. Ia mempunyai parti-parti massa dan kesatuan-kesatuan sekerja di Jerman, Perancis, Britain, Belgium, dan lain-lain. Tambahan pula, ia berdiri, sekurang-kurangnya dengan kata-kata, diatas dasar revolusionari Marxisme. Masa depan sosialisme dunia tampak seperti pasti.

Walau bagaimanapun, nasib malang Internasional Kedua adalah ia dibina ketika kemajuan kapitalisme yang panjang. Ini telah meninggalkan kesan keatas mentaliti lapisan kepimpinan parti-parti Sosial Demokratik dan kesatuan-kesatuan sekerja. Tempoh diantara 1871-1914 merupakan zaman klasik Sosial Demokrasi. Diatas dasar tempoh pertumbuhan ekonomi yang panjang, ia memungkinkan untuk kapitalism untuk memberi konsesi-konsesi kepada kelas pekerja, atau, lebih tepat lagi, kepada lapisan teratasnya. Ini merupakan bahan asas kepada degenerasi atau kemorosotan reformis-nasional buat Internasional Kedua (Sosialis), yang secara kejamnya terdedah dalam 1914, apaila para pemimpin Internasional memberi undi untuk kredit perang dan menyokong borjuasi “mereka” dalam penyembelihan imperialis ketika Perang Dunia Pertama.

International Ketiga

Bencana yang dasyat Perang Dunia Pertama telah menyediakan benih kepada Revolusi Russia, yang pada 1917 telah membawa para pekerja kepada kekuasaan dibawah kepimpinan Parti Bolshevik yang dikepalai oleh Lenin dan Trotsky. Namun Bolshevik tidak pernah melihat Revolusi Russia sebagai semata-mata aksi nasional tapi merupakan aksi pertama kepada revolusi sosialis dunia. Sebab itu dalam 1919 mereka menubuhkan revolusionari Internasional.

Internasional Ketiga (Komunis), secara umumnya dikenali sebagai Komintern, berdiri diatas satu tahap yang lebih tinggi secara kualitatifnya jika dibandingkan dengan kedua-dua pendahulunya. Seperti IWA Internasional Ketiga, pada tahap tertinggi pembangunannya, berdiri untuk satu revolusi yang jelas, program internasionalis. Seperti Internasional Kedua, ia mempunyai jutaan massa. Sekali lagi, ia menampakkan nasib revolusi dunia berada didalam genggaman tangan.

Lenin-Trotsky_1920-05-20_Sverdlov_Square-highlightDibawah kepimpinan Lenin dan Trotsky, Komunis Internasional mengekalkan garis revolusi yang tepat. Walau bagaimanapun, isolasi Revolusi Russia dibawah kondisi-kondisi dimana kemunduran dari segi material dan kebudayaan yang menyebabkan degenerasi atau kemerosotan yang birokratik terhadap revolusi. Puak birokratik yang diketuai oleh Stalin akhirnya semakin menguasai, terutama sekali selepas kematian Lenin pada 1924.

Leon Trotsky dan Oposisi Kiri cuba untuk mepertahankan tradisi bersih revolusi Oktober daripada reaksi Stalinis – tradisi Leninis demokrasi pekerja dan internasionalisme proletairat. Namun mereka pada hakikatnya sedang berenang melawan arus. Para pekerja Russia sedang kepenatan oleh perang yang bertahun-tahun, revolusi dan perang saudara. Manakala di satu sudit lain, birokrasi semakin berkeyakinan, menolak pekerja ketepi dan mengambil alih parti.

Kebangkitan Stalinisme di Russia menyekat potensi besar Internasional Ketiga. Degenerasi Stalinis di Kesatuan Soviet membawa malapetaka dengan barisan kepimpinan parti-parti komunis di luar negara masih belum menampakkan kematangan. Manakala Lenin dan Trotsky melihat kepada revolusi pekerja seluruh dunia sebagai satu-satunya jaminan masa depan revolusi Russia dan negeri Soviet, Stalin dan para pengikutnya tidak mengambil peduli tentang revolusi dunia. “Teori” sosialisme didalam satu negara menampakkan keterbatasan nasional terhadap birokrasi, yang melihat Komunis Internasional tidak lebih sebagai sebuah alat dasar luar negara bagi Moscow. Setelah menggunakan Komintern untuk tujuannya yang sinis, Stalin membubarkannya pada tahun 1943 tanpa persetujuan walaupun sebuah kongres yang palsu.

Internasional Keempat

trotsky_1918_deskDiusir dan dibuang, Trotsky mencuba untuk mengumpul kembali kumpulan kecil yang tetap setia kepada tradisi Bolshevisme dan revolusi Oktober. Didalam keadaan-keadaan yang amat sukar, difitnah oleh para Stalinis dan dianiaya oleh GPU, beliau menjulang tinggi panji Oktober, Leninisme, demokrasi pekerja dan internasionalisme proletariat.

Malangnya, diatas kekuatan yang kecil, ramai pengikut Oposisi Kiri didalam kekeliruan dan hilang arah, dan banyak kesilapan telah dibuat, khususnya yang bersifat sektarian. Ini mencerminkan sebahagianya adalah isolasi Trotskyis daripada gerakan massa. Sektarianisme ini wujud pada hari ini didalam kebanyakan kumpulan yang mendakwa sebagai mewakili Trotskyisme, tetapi telah gagal untuk memahami idea-idea yang paling asas yang dipertahankan oleh Trotsky.

Trotsky melancarkan Internasional Keempat pada tahun 1938 atas dasar perspektif yang pasti. Walau bagaimanapun, perspektif ini telah dipalsukan oleh sejarah. Pembunuhan Trotsky oleh assasin yang dihantar oleh Stalin pada tahun 1940 telah memberi pukulan maut terhadap gerakan. Pemimpin-pemimpin Internasional Keempat yang lain terbukti benar-benar tidak layak untuk tugas-tugas yang ditimbulkan oleh sejarah. Mereka mengulangi kata-kata Trotsky tanpa pemahaman kaedah Trotsky. Kesannya, mereka telah melakukan kesilapan yang amat serius yang membawa kepada karamnya kapal Internasional Keempat. Para pemimpin Internasional Keempat sama sekali tidak mampu untuk memahami situasi baru yang timbul selepas 1945. Perpecahan dan serpihan gerakan Trotskyis telah berakar umbi didalam tempoh tersebut.

Adalah tidak berkemungkinan disini untuk memperincikan tentang kesilapan-kesilapan barisan kepimpinan Internasional Keempat, tetapi adalah mencukupi dinyatakan bahawa Mandel, Cannon dan lain-lain, telah hilang penunjuk arah mereka selepas Perang Dunia Kedua dan ini telah membawa kepada pegabaian total Marxisme yang tulen. Apa yang dipanggil Internasional Keempat telah merosot setelah kematian Trotsky menjadi mazhab borjuis kecil secara organik. Ia tidak punya sebarang persamaan dengan idea-idea pengasasnya atau tendensi Bolshevisme-Leninisme tulen.

Gerakan telah terperosot kebelakang

Internasional Kedua dan Ketiga merosot menjadi organisasi-organisasi reformis, tapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai massa. Trotsky, didalam buangan, tidak mempunyai satu organisasi massa, tetapi beliau mempunyai program yang betul dan dasar dan panji yang bersih. Beliau dihormati oleh pekerja seluruh dunia dan idea-idea beliau didengari. Hari ini, apa yang dipanggil Internasional Keempat tidak wujud sebagai satu organisasi. Mereka yang bercakap diatas namanya (dan terdapat sebahagian kecil daripada mereka) tidak mempunyai sama ada massa, atau idea-idea yang betul, mahupun panji bersih. Mereka telah merosot kepada sejenis sektarianisme mandul yang Marx perangi didalam Internasional Pertama. Semua cakap-cakap untuk mengembalikan Internasional Keempat atas dasar ini sememangnya dikecualkan.

Kita mesti menghadapi kenyataan. Hari ini, 150 tahun selepas penubuhan Internasional Pertama, dengan kombinasi keadaan-keadaan, objektif dan subjektif, gerakan revolusi telah terperosot kebelakang, dan kuasa-kuasa Marxisme tulen telah dikecilkan menjadi minoriti. Itu lah kebenarannya, dan sesiapa saja yang menafikannya hanyalah menipu dirinya sendiri dan menipu orang lain. Sebab-sebab untu ini boleh ditemui sebahagiannya didalam kesilapan yang dilakukan pada masa lampau. Tetapi faktor yang paling penting yang membawa kepada isolasi dan kelemahan barisan revolusi Marxisme boleh ditemui didalam situasi objektif.

Pertumbuhan ekonomi berdekad dinegara-negara kapitalis maju telah menimbulkan kemorosotan yang cepat dikalangan organisasi-organisasi massa kelas pekerja. Ia telah mengisolasikan arus revolusi, yang dimana-mana telah dikecilkan menjadi minoriti. Keruntuhan Kesatuan Soviet telah berperanan untuk menyemaikan kekeliruan dan kehilangan arah didalam gerakan, dan merupakan tirai penutup kepada degenerasi bekas para pemimpin Stalinis, ramai yang telah disalurkan kepada kem reaksi kapitalis.

Ramai yang membuat kesimpulan yang pesimis daripada perkembangan ini. Kepada mereka kita katakan: ini bukan kali pertama kita menghadapi kesukaran, dan kita tidak akan takut dengan pa-apa kesukaran. Kita mengekalkan keyakinan yang teguh terhadap ketepatan Marxisme, didalam potensi revolusionari kelas pekerja dan didalam kejayaan terakhir sosialisme. Krisis hari ini mendedahkan peranan reaksionari kapitalisme, dan meletakkan keatas aturan hari ini kebangkitan sosialisme antrabangsa. Telah terdapat permulaan kepada pengumpulan semula kekuatan-kekuatan diperingkat antarabangsa. Apa yang diperlukan oleh pengumpulna semula ini adalah sebuah ekspresi yang teratur dan sebuah program jelas, perspektif dan dasar.

Hanya satu jalan keluar

Tugas-tugas yang sedang kita hadapi adalah lebih kurang sama dengan apa yang dihadapi oleh Marx dan Engels diketika penubuhan Internasional Pertama. Seperti yang kita terangkan diatas, bahawa organisasi bukan homogen tetapi terdiri daripada pelbagai tendensi-tendensi yang berbeza. Walau bagaimanapun, Marx dan Engels tidak putus semangat kerananya. Mereka menyertai gerakan umum kepada International kelas pekerja dan bekerja secara sabar untuk menyediakannya dengan sebuah ideologi saintifik dan program. Mereka telah menghadapi kesukaran. Pada hari-hari terakhir kehidupannya Engels menulis: “ Marx dan saya berada didalam minoriti sepanjang hidup kami, dan kami bangga menjadi minoriti.”

Seperti Marx dan Engels, selama berdekad kita bertanggung jawab untuk berenang melawan arus. Tetapi sekarang arus sejarah telah mula berpusing. Krisis ekonomi global 2008-9 telah menandakan titik perubahan didalam situasi dunia dan ahli strategi kapitalis tidak nampak jalan keluar. Mereka meramalkan 10 ke 20 tahun pemotongan dan langkah penjimatan. Ini telah menjadikan “pemulihan” yang paling lembab didalam sejarah kapitalisme dan mana-mana pemulihan yang wujud sama sekali tidak memberi manfaat kepada majoriti daripada populasi.

Mekanik elementari memberitahu kita bahawa setiap aksi mempunyai satu reaksi berlawanan yang setimpal. Krisis kapitalisme sedang memprovokasi reaksi oleh para pekerja dan anak muda. Dimana-mana, dibawah permukaan yang tenang, disana terdapat arus bawah dengan kemeluatan, kemarahan, rasa tidak puas hati, dan yang paling penting adalah kekecewaan terhadap keadaan didalam masyarakat dan politik. Disatu negara ke satu negara yang lain, massa telah bangkit didalam arena dengan kekuatan elemental: Tunisia, Mesir, Turkey, Brazil, Greece, Sepanyol dan Portugal. Malah di America Syarikat terdapat rasa tidak puas hati yang meluas dan pertanyaan tentang situasi dan keadaan semasa, yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Hari ini idea-idea Marx adalah lebih sah dan lebih diperlukan berbanding sebelum ini. Selepas enam tahun krisis ekonomi yang mendalam, terdapat pengangguran yang berleluasa, kemerosotan taraf hidup, serangan berterusan terhadap negara berkebajikan dan hak-hak demokratik. Kita punya skandal pengurus-pengurus bank, yang telah memusnahkan sistem kewangan dunia melalui ketamakan, spekulasi dan penipuan, bebas sambil menerima bonus yang besar. Oxfam mengeluarkan satu statistik yang telah menunjukkan bahawa 66 orang terkaya dunia mempunyai kekayaan terkumpul melebihi apa yang dimiliki oleh 3.5 billion yang termiskin, separuh daripada keseluruhan umat manusia. Marx meramalkan semua ini didalam halaman Kapital dan Manifesto Komunis.

Ahli-ahli ekonomi dan para politikus tidak ada sebarang solusi terhadap krisis, diatas sebab-sebab yang mereka sendiri tidak dapat fahami. Mereka merujuk kepada krisis sebagai krisis lebihan kapasiti global (global overcapacity), namun didalam realiti mereka menggunakan terma-terma tersebut kerana mereka sangat takut untuk memanggil sesuatu benda dengan nama sebenarnya. Apa yang mereka maksudkan adalah produksi berlebihan (overproduction), yang telah diterangkan oleh Marx didalam tahun 1848. Ini adalah merupakan kontradiksi ataupun percanggahan yang paling asas didalam kapitalisme, sesuatu yang tidak pernah dialami oleh masyarakat-masyarakat yang sebelumnya. Satu-satunya cara untuk menghapuskan kontradiksi ini adalah melalui pembebasan kuasa-kuasa produktif daripada genggaman pemilikan swasta dan negara bangsa.

Kelas pekerja dan anak muda tidak perlu diberitahu bahawa terdapatnya krisis ekonomi; apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan menghidupkan televisyen. Ketika rasa tidak selamat meningkat pada satu tiang, kekayaan mengumpul pada satu tiang yang lain. Produktiviti, jumlah kekayaan yang dihasilkan setiap jam berkerja, telah meningkat melebihi 50 peratus semenjak 1970an dikebanyakan negara-negara Barat, namun sebenar telah berhenti berkembang dalam tempoh yang sama. Nilai lebihan (surplus value) yang amat besar yang dihasilkan oleh kelas pekerja dimiliki oleh golongan terkaya dalam masyarakat, apa yang gerakan Occupy panggil sebagai golongan 1%.

Satu-satunya jalan untuk menghentikan anarki kapitalis adalah melalui kelas pekerja mengambil kuasa kedalam tangan mereka sendiri, merampas bank-bank dan syarikat-syarikat besar dan memulakan ekonomi diatas garis sosialis demokratik. Apabila golongan majoriti didalam masyarakat – mereka yang sebenarnya menghasilkan kekayaan – dapat menentukan keutamaan-keutamaan, mereka akan memastikan yang sumber-sumber yang dimiliki oleh masyarakat digunakan demi memenuhi keperluan manusia yang sebenar bukan keuntungan peribadi. Ia akan memungkinkan untuk menyediakan perumahan yang layak diduduki dan penjagaan kesihatan, pendidikan percuma disemua peringkat, dan pada masa yang sama meningkat produktiviti tenaga kerja secara besar-besaran.

Masyarakat sosialis yang baru ini akan meletakkan asas kepada penghapusan kelas. Didalam kata-kata Marx: “Ditempat masyarakat borjuis lama, dengan kelas-kelasnya dan percanggahan kelas, kita hendaklah mempunyai persatuan, dimana pembangunan bebas setiap (daripada mereka) adalah merupakan syarat untuk pembangunan bebas untuk semua.”

Tendensi Marxis Antarabangsa-TMA (International Marxist Tendency-IMT)

Diatas sebab-sebab yang telah kita terangkan, tidak ada Internasional massa tulen yang wujud dimasa ini. Internasional Keempat telah dimusnahkan oleh kesilapan-kesilapan para pemimpin selepas pembunuhan Trotsky, dan kesannya ia hanya hidup didalam idea, kaedah-kaedah dan program yang dipertahankan oleh Tendensi Marxis Antarabangsa.
Manusia dimana-mana telah bosan dan letih dengan situasi sekarang. Terdapat keinginan yang membara terhadap perubahan. Protes besar-besaran seperti Occupy adalah merupakan bentuk ekspresinya, namun didalam masa yang sama ia mendedahkan keterbatasan gerakan-gerakan yang spontan. Pihak bank dan kapitalis mengekalkan kawalan yang kukuh terhadap negara, protes mati secara perlahan dan segalanya kekal seperti sebelumnya.

Masalah utama boleh sahaja dinyatakan. Ia adalah masalah kepimpinan. Pada tahun 1938 Leon Trotsky menyatakan bahawa krisis kemanusian boleh disimpulkan kepada krisis kepimpinan proletariat. Yang benar-benar merumuskan keadaan sekarang. Ia merupakan satu ironi sejarah bahawa ketua-ketua parti-parti pekerja massa bergantung pada kapitalism yang usang dan pasaran walupun ia sedang tumbang didepan mata kita. Para pekerja dan anak muda telah melakukan segalanya yang mereka mampu untuk merubah masyarakat. Namun mereka tidak dapat mencari ungkapan teratur untuk usaha mereka. Pada setiap langkah mereka menemui jalan mereka disekat oleh birokratik lama organisasi-organisasi dan kepimpinan yang telah lama meninggalkan walupun kepura-puraan untuk berdiri demi sosialisme.

Apa yang membezakan Tendensi Marxis Antarabangsa (TMA) daripada tendensi-tendensi yang mendakwa sebagai Trotskyis adalah, pada satu sisi, adalah sikap menitik berat kepada teori, manakala pada sisi yang lain, pendekatan kita terhadap organisasi-organisasi massa. Berbanding dengan semua kumpulan-kumpulan lain kita mengambil sebagai titik permulaan dengan fakta bahawa apabila para pekerja bergerak kearah aksi, mereka tidak akan menuju kearah kumpulan-kumpulan kecil dipinggiran pergerakan Buroh. Didalam dokumen penubuhan gerakan kita Marx dan Engels menerangkan bahawa “ Komunis tidak menubuhkan parti berasingan yang berlawanan dengan parti-parti kelas pekerja yang lain”. Mereka menerangkan bahawa:

“Komunis berbeza daripada parti-parti kelas-pekerja yang lain hanya dengan perkara ini sahaja: 1. Didalam perjuangan proletariat peringkat nasional didalam negara-negara yang berbeza, mereka akan membawa dan mengemukakan kepentingan bersama seluruh kaum proletariat, secara bebas untuk semua nasionaliti. 2) Didalam pelbagai peringkat pembangunan dimana perjuangan kelas pekerja melawan borjuasi yang harus dilalui, mereka akan pada setiap masa dan tidak kira dimana sahaja akan mewakili kepentingan gerakan secara keseluruhannya.” (Manifesto Komunis, Proletariat dan Komunis)

Kata-kata ini kekal benar pada hari ini seperti ketika ia ditulis. Tugasan Marxis bukan untuk mengistiharkan parti revolusionari dan Internasional didalam kata-kata tetapi harus membinanya didalam praktis. Untuk itu, dua perkara adalah amat diperlukan: perjuangan untuk teori revolusionari dan pendidikan kader-kader Marxis dan orientasi kukuh terhadap kelas pekerja dan organisasi-organisasi massa.

Internasional tidak boleh ditubuhkan hanya dengan mengistiharkannya. Ia hanya boleh dibina diatas dasar peristiwa-peristiwa, seperti Komunis Internasional yang dibina diatas dasar pengalaman massa didalam tempoh huru-hara 1914-1920. Peristiwa-peristiwa besar adalah perlu untuk mendidik massa didalam keperluan transformasi revolusionari sebuah masyarakat. Tetapi disamping peristiwa, kita perlu mewujudkan sebuah organisasi dengan idea-idea jelas dan akar yang kukuh didalam massa pada skala dunia.

Tugasan kita adalah untuk menyertai perjuangan kelas berganding bahu dengan keseluruhan kelas kita, meredah segala pengalamannya dan pada setiap peringkat menjelaskan tentang keperluan untuk transformasi sosialis didalam masyarakat. Hanya dengan memenangi, pertama sekali elemen yang paling aktif dan berkesedaran didalam barisan proletariat dan anak muda memberikan kemungkinan untuk mencapai massa yang masih dibawah pengaruh birokrasi Buroh reformis. Pada tahun 1917, apabila mereka merupakan minoriti didalam Soviet, Lenin memberikan nasihat berikut kepada Bolsheviks: “Terangkan dengan sabar!” Itu adalah nasihat yang bagus.

Apa yang diperlukan adalah sesuatu yang lebih besar daripada kempen solidariti, demonstrasi dan Occupy. Apa yang diperlukan adalah pembinaan Internasional revolusionari yang mampu untuk memberikan ungkapan yang terurus dan petunjuk politik untuk perjuangan melawan imperialisme dan kapitalisme, demi sosialisme. Itu merupakan tugasan yang terpikul diatas bahu kita.

Daripada permulaan TMA/IMT kini beroperasi di lebih daripada 30 negara. Laman Web kami, http://www.marxist.com (In Defence of Marxism) adalah merupakan yang paling berjaya dan dibaca secara meluas didunia dengan jutaan pelawat setiap tahun. Dari Brazil ke Amerika Syarikat dan Kanada, dari Greece ke Vevezuela, dari Mexico ke Britain dan Perancis, TMA sedang membina kekuatan-kekuatan Marxisme. Di Pakistan, dibawah keadaan-keadaan yang amat sukar yang boleh dibayangkan, kita telah membina sebuah organisasi yang punyai ribuan pekerja-pekerja dan anak muda yang terbaik. Ini merupakan pencapaian yang besar tapi ia hanyalaha sebuah permulaan.

Kami merayu kepada setiap pekerja dan anak muda yang bersetuju dengan matlamat ini untuk membantu kami mencapai matlamat akhir kami: kejayaan sosialisme antrabangsa.

campaign-for-web-fp1_copy

Lawan kapitalisme dan imperialisme!
Demi transformasi sosialis dalam masyarakat!
Sertai Tendensi Marxis Antarabangsa (International Marxist Tendency)didalam perjuangan demi sosialisme antrabangsa!
Pekerja seluruh dunia bersatu!

Terbitan asal oleh In Defence of Marxism
London, 28 September 2014.

150 Tahun Semenjak Terasasnya Internasional Pertama: Kelas Pekerja perlukan satu revolusionari Antarabangsa

Krisis kelas pemerintah ditengah-tengah krisis kapitalisme- Jalan alternatif adalah sosialisme!

20124_1098959623453022_4054604834630282193_n

Ditulis oleh Pembebasan

6 Ogos 2015

Catatan pendek diterbitkan secara bercetak ini adalah kenyataan ringkas dan refleksi terhadap krisis politik Malaysia hasil daripada diskusi dikalangan penggiat Pembebasan. Konklusinya adalah, krisis politik dikalangan kelas pemerintah Malaysia adalah terjemahan krisis kapitalis yang terburuk didalam tempoh dua ratus tahun ini adalah merupakan bencana terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa. ‘Reform’ bukan jalan keluar daripada kemelut politik dan ekonomi ini. Jalan keluar buat Malaysia dan semua negara diseluruh dunia sekarang adalah sosialisme!

Krisis kelas pemerintah versi PDF

1294339_10151591419070952_398807301_o

Perpecahan dikalangan kelas pemerintah sampai kepada kemuncaknya apabila perdana menteri Najib Abdul Razak membuat penyusunan semula kabinet yang menyaksikan Muhyiddin Yassin, diberi notis untuk keluar meninggalkan pejabat timbalan perdana menteri. Perpecahan ini bukan sesuatu yang aneh dan bukan berlaku didalam tempoh masa satu malam. Krisis dikalangan elit politik dan kelas pemerintah yang merupakan nadi kepada kelas kapitalis di Malaysia tidak pernah surut semenjak penghujung 90-an sehingga kini. Malah bibit-bibit perpecahan ini boleh dikesan jauh lebih lama daripada itu. Perpecahan dikalangan kelas pemerintah disesuatu negara kapitalis adalah merupakan terjemahan daripada kontradiksi sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Lebih-lebih lagi versi kapitalisme yang berkembang di Malaysia, diawalnya melalui penjajahan kuasa imperialisme dan seterusnya diteruskan oleh birokrasi kelas pemerintah yang secara perlahan membiakkan korupsi dan kronisme, seperti kanser yang secara senyap telah membinasakan negara ini. Projek penswastaan industri-industri penting dalam ekonomi negara yang bermula sejak 80-an contohnya, adalah langkah kaum pemerintah dan kepentingan kapitalis untuk mengatasi kontradiksi didalam kapitalisme itu sendiri iaitu halangan dan kekangan daripada birokrasi negara atau state dengan cara menjual dan mengagih-agihkan industri-industri penting kepada tangan-tangan kelas kapitalis. Namun, didalam sistem kapitalisme, setiap usaha yang lakukan untuk mengatasi sesuatu kontradiksi akan menemui satu kontradiksi yang baru, dan yang lebih penting adalah ia merupakan pembuka jalan kepada krisis yang baru. Itu lah yang terjadi kepada Malaysia dimana proses penjarahan harta-harta awam ini berakhir dengan perpecahan dikalangan elitnya seperti layaknya penyamun yang bercakaran sesama sendiri demi merebut hasil daripada rompakan dan pencurian.

11782489_838380709573823_7423777405885831650_o

Apakah penyelesaiannya?

Adakah jalan keluar buat Malaysia didalam keadaan kapitalisme secara global sedang mengalami krisis? Tambahan pula parti-parti pembangkang juga sedang mengalami banyak masalah dalaman dan tidak berjaya menawarkan alternatif kepada rejim BN selain daripada reformasi. Didalam cuaca ekonomi global masa kini, segala bentuk reformasi dan konsesi adalah mustahil. Kapitalisme tidak boleh dijinak-jinakkan.

Malaysia memerlukan perubahan yang radikal. Jalan keluar buat Malaysia adalah dengan memastikan bahawa segala industri penting harus dinasionalisasikan kembali dan diuruskan demi kebaikan rakyat bersama, bukan sekadar untuk menjana keuntungan kepada segelintir parasit yang menunggang kelas elit politik. Hanya sosialisme boleh mengeluarkan Malaysia daripada kebuntuan sistem ini. Kearah masyarakat sosialis Malaysia dan seluruh dunia!

PEMBEBASAN

Sertai kami didalam diskusi idea-idea Marxist demi mencari alternatif kepada sistem yang sedia ada .

Apa yang kami perjuangkan?

Kearah sosialisme diMalaysia, Asia Tenggara dan seluruh dunia!

Dunia dimana segala sumber dan kekayaannya digunakan untuk kepentingan bersama adalah tidak mustahil!

Krisis kelas pemerintah ditengah-tengah krisis kapitalisme- Jalan alternatif adalah sosialisme!

Hari Pekerja 2015: Krisis Kapitalisme dan Pencarian Instrumen Perlawanan.

Ditulis oleh Pembebasan

Sabtu, 2 May 2015

Sempena sambutan hari pekerja sedunia 2015 Pembebasan menerbitkan sebuah analisa ringkas tentang hari pekerja dan sejarahnya, tentang keadaan tenat sistem kapitalisme global, proses radikalisasi kaum muda dan juga cadangan untuk membina sebuah parti revolusioner sebagai instrumen perlawanan kaum pekerja secara menyeluruh.

8dd67d8e713c74c4c4dafc4c58ef599f

Sambutan hari pekerja sedunia, yang disambut pada hari pertama bulan May saban tahun adalah merupakan perayaan bersejarah bagi kaum pekerja secara keseluruhannya. Ia merupakan sebuah lembaran sejarah kepada perjuangan kelas sejak lebih 100 tahun. Saban tahun, jutaan pekerja turun kejalanan menyertai perarakan, demonstrasi dan pelbagai acara, bagi menyuarakan solidariti terhadap kelas pekerja diseluruh dunia. Roxa Luxemburg, didalam tulisannya tentang asal usul hari pekerja atau May Day ini menyatakan bahawa sambutan perayaan kelas pekerja ini berasal daripada demonstrasi pekerja di Australia pada tahun 1856 menuntut lapan jam hari bekerja. Tahun-tahun berikutnya demonstrasi ini telah merebak ke Amerika dan Eropah. Begitulah secara ringkasnya sejarah perayaan ini yang telah tercatat dengan titis darah, keringat dan air mata kelas pekerja dan keluarga mereka dari dulu hingga ke hari ini.

Didalam keadaan sistem kapitalis global hari ini yang sedang mengidap penyakit ‘krisis organik’, di mana kelas pekerja diseluruh dunia sedang diheret bersama sistem ini, memasuki satu era zalim yang semakin barbarik. Diseluruh dunia, tanpa pengecualian, kelas pekerja di setiap negara sedang dihadapkan dengan pelbagai pemotongan perbelanjaan kerajaan atau lebih dikenali sebagai ‘austerity’, inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan. Ini secara langsung memberi kesan yang zalim terhadap pekerja dan keluarga mereka yang didalam masa yang sama tidak menerima sebarang peningkatan kadar upah atau pendapatan. Ini membuatkan sambutan hari pekerja dan sifat-sifatnya yang international menjadi semakin relevan pada hari ni.

Malaysia

Sebagai sebuah negara yang berada dan terikat didalam sistem kapitalis global, Malaysia juga tidak dapat terlepas daripada krisis. Awal tahun ini Najib Razak terpaksa mengumumkan semula ramalan pertumbuhan ekonomi dengan kadar 4.5 – 5.5 %, berbeza dengan ramalan asal yang berkadar 5-6%. Ramalan pertumbuhan in terpaksa diumumkan semula demi menyelaraskannya dengan penurunan mendadak harga minyak mentah dunia yang sekali gus memberi kesan terhadap pendapatan negara sebagai pengekspot bahan mentah tersebut. Penurunan harga minyak secara mendadak ini adalah merupakan satu refleksi terhadap krisis ekonomi kapitalis global yang dihadapi disaat ini. Salah satu punca yang meruntuhkan harga bahan mentah ini adalah kerana kesan penurunan permintaan yang mendadak dan ini pula merupakan satu tanda terhadap kelembapan dan kekakuan pertumbuhan ekonomi diserata dunia. China, negara yang dicanangkan sebagai ‘kilang dunia’ kini hanya mampu mencapai pertumbuhan sebanyak 7%.

8b9eceec643079945b0b266dcddbf2c2

Malaysia, memasuki era krisis ekonomi global ini dengan keadaan negara yang sudah dibebani dengan krisis dikalangan elit pemeritah. Krisis dikalangan elit politik kapitalis di Malaysia tidak pernah reda semenjak penghujung 90-an sehingga kini. Disamping korupsi dikalangan elit yang sampai ketahap diketawakan oleh massa rakyat seperti didalam kes “lembu”, Malaysia juga sedang menghadapi masalah hutang isi rumah yang antara tertinggi di Asia. Diatas segala krisis dan keperitan hidup rakyat selama ini, kini diperkenalkan pula Good and Service Tax (GST) yang kononnya bagi pengampu-pengampu elit pemerintah, tidak akan menaikan kos sara hidup rakyat?

Sambutan hari pekerja tahun ini semakin menjadi lebih relevan kerana bebanan yang terpaksa di tanggung oleh pekerja dan rakyat keseluruhannya kesan daripada krisis yang tidak dimulakan oleh mereka ini membuatkan tuntutan-tuntutan kelas pekerja secara keseluruhannya semakin mendesak. Dianggarkan 20,000 orang telah turun kejalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menyuarakan bantahan mereka yang secara umumnya adalah berkenaan kos sara hidup yang semakin mencekik darah. Ini adalah perayaan hari pekerja pertama setelah Good and Service Tax (GST) dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Jadi tidak menghairankan apabila GST menjadi tema utama sambutan hari pekerja 2015 di Kuala Lumpur.

Proses radikalisasi

Oleh kerana keadaan ekonomi kapitalis sedunia berada didalam keadaan yang kaku dan tiada jalan keluar daripada krisis ini dan kebuntuan ini diakui sendiri oleh beberapa ahli ekonomi kapitalis dan media mereka. Maka untuk hari-hari mendatang manusia seluruh dunia terpaksa menerima hakikat bahawa kemerosotan kualiti hidup yang dialami di saat ini akan menjadi sebuah normaliti yang akan melalui satu proses kemorosotan yang organik selagi sistem kapitalisme masih menjadi sistem tatanan sosial buat masyarakat manusia.

f7b7afdc6bac4e2959dae0ae695e845c

Peningkatan kos dan kemerosotan kualiti hidup yang semakin dirasai hanya akan menyediakan jalan kepada proses radikalisasi, terutama sekali dikalangan lapisan muda-mudi yang mungkin merupakan pelajar, penganggur atau pekerja yang merasa semakin tertindas dengan gaji yang rendah. Kenyataan ini boleh dilihat sendiri berapa ramai muda-mudi telah turun kejalan membantah GST dan kenaikan kos sara hidup didalam perarakan May Day hari ini. Muda-mudi hari ini semakin radikal dan sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat dan negara ini. Marxist melihat radikalisasi kaum muda tidak ubah seperti barometer yang boleh menunjukkan dengan jelas tentang kontradiksi yang wujud didalam sesebuah masyarakat tersebut. Ini kerana muda-mudi adalah lapisan yang paling sensitif didalam sebuah masyarakat. Tiada pekerjaan tetap, pengangguran dan bebanan hutang sebagai contoh adalah karektor penting yang boleh menjadi gambaran kepada golongan muda di Malaysia secara keseluruhannya.

Begitu juga lah kaum muda diseluruh dunia pada hari ini. Tiada pengecualian walaupun terhadap negara-negara maju seperti Britain dan negara-negara Eropah yang lain. Golongan ini terpaksa memikul beban yang paling berat hasil daripada krisis kapitalis. Mereka tidak lagi boleh berharap untuk merasai taraf hidup seperti ibu bapa mereka yang merupakan generasi baby boomers (generasi yang lahir selepas perang dunia ke-dua hingga 1964). Generasi hari ini tidak lagi mengenali program pembangunan selepas perang seperti yang berlaku di Britain dimana pelbagai kebajikan terpaksa disediakan oleh elit pemerintah. Hari ini, krisis kapitalis sedang membinasakan semua program-program kebajikan yang telah terbina didalam tempoh tersebut. Di Britain sebagai contoh sistem penjagaan kesihatan percuma (NHS) setiap hari diserang dengan idea-idea untuk menswastakannya. Realiti ini sama dirasai oleh generasi muda di Malaysia. Generasi muda hari ini tidak tahu apa-apa tentang kemajuan ekonomi Malaysia didalam tahun-tahun 70-an. Mereka kini adalah generasi pasca 4-5% (kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia) !

Krisis organik

Seperti yang dinyatakan pada awal tulisan ini, karektor krisis kapitalis global yang kita alami hari ini adalah ‘organik’. Karektor ‘organik’ pada krisis sekarang adalah bertentangan dengan tanggapan bahawa kita akan keluar daripada krisis ini dan semuanya akan kembali seperti zaman pra-krisis. Ini kerana tanggapan biasa sistem kapitalis itu harus sentiasa melalui proses kitaran naik dan turun atau boom and slump. Jadi secara idealnya selepas krisis ini kita semua akan kembali dapat merasai kenaikan gaji dan atau peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sepeti yang dilaungkan oleh elit kapitalis dan media mereka sebagai “recovery”.

Krisis ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kitaran boom and slum. Ini kerana krisis yang berlaku sekarang adalah krisis yang berkekalan!

Namun adakah ini merupakan krisis terakhir sistem kapitalis? Jawapannya tidak! Sistem ini akan terus berjalan walaupun terpaksa mengheret kaki dan akan menyebabkan penderitaan yang semakin kejam dan barbarik. Melainkan sistem ini dibuang oleh kaum pekerja dan membangunkan sosialisme. “Krisis kapitalisme adalah tidak bernombor, sama juga ia tidak menyatakan dari awal yang mana satu akan menjadi krisis yang terakhir”, jelas Trotsky.

Alternatif- kearah revolusi

Lalu apakah pilihan atau alternatif yang ada pada generasi muda dan kelas pekerja di Malaysia hari ini? Dengan pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) yang berada didalam keadaan menunggu jatuh untuk terberai, apakah kuasa perlawanan yang boleh rakyat harapkan?

fe48f7ef3533e53de5b2e0604362838b

Perbualan tentang revolusi semakin kedengaran dikalangan muda-mudi sekarang. Mereka tahu bahawa sistem yang ada sedang membusuk dan mesti dibuang. Namun bagaimana? Apakah instrumen yang kita perlu untuk membuang sistem yang mencekik ini? Apakah dengan cara pemberontakan dijalanan seperti idea sesetengah kumpulan dan individu?

Revolusi bukanlah satu babak dimana semua manusia keluar menyertai barisan dengan memakai topeng Guy Fawkes dan menewaskan penguasa seperti yang difantasikan oleh sesetengah kelompok. Revolusi mengikut Trotsky adalah saat dimana massa rakyat, lelaki dan wanita biasa, mula melibatkan diri didalam kancah politik demi menempatkan untung nasib mereka ditempat yang sepatutnya, iaitu didalam genggaman tangan mereka sendiri.

Instrumen yang paling ampuh buat kelas pekerja adalah organisasi yang berbentuk parti massa yang berprogramkan revolusi! Jadi, segala usaha, idea dan tenaga harus dikhususkan untuk membina parti yang boleh menjadi instrumen perjuangan kearah revolusi.

Maka Pembebasan, melalui perspektif Marxist percaya bahawa keutamaan kaum pekerja dan rakyat keseluruhannya di Malaysia disaat ini adalah penubuhan sebuah parti revolusioner yang bakal menjadi instrumen kelas pekerja untuk mencapai kuasa politik, mewujudkan kediktatoran mereka (menggantikan kediktatoran kaum borjuis sekarang), dan akhirnya membuka jalan kearah transformasi masyarakat kearah revolusi masyarakat sosialis yang dihubungkan dengan masyarakat sosialis seluruh dunia.

Kaum pekerja bersatu lah!

Hari Pekerja 2015: Krisis Kapitalisme dan Pencarian Instrumen Perlawanan.

Vladimir Ilyich Lenin : Tiga Sumber dan Tiga komponen Anggota dalam Marxisme

Artikel ini telah diterbitkan pada tahun 1913 dalam Prosveshcheniye No. 3, memperingati ulangtahun ketiga puluh kematian Marx.

Prosveshcheniye (Pencerahan) adalah  sosial, politik dan sastera Bolshevik bulanan yang disiarkan secara sah di St Petersburg dari Disember 1911 dan seterusnya. Penubuhannya telah dicadangkan oleh Lenin untuk menggantikan Bolshevik jurnal Mysl (Pemikiran), sebuah penerbitan Moscow yang diharamkan oleh kerajaan tsar. Lenin mengarahkan kerja jurnal dari luar negara dan telah menulis artikel berikut: “Masalah Asas Kempen Pilihan Raya”, “Keputusan Pilihan Raya”, “Catatan Kritikal pada Soalan Kebangsaan”, “The Right of Nations untuk diri Penentuan “, dan lain-lain.

Jurnal ini telah ditindas oleh kerajaan tsaris pada bulan Jun 1914, pada malam sebelum Perang Dunia Pertama. Penerbitan telah disambung semula pada musim luruh tahun 1917 tetapi hanya satu nombor dua muncul; nombor ini mengandungi dua artikel oleh Lenin: “Bolehkah pihak Bolshevik Mengekalkan Kuasa Negeri?” dan “Satu kajian semula Program Parti”.

Lenin-Trotsky_1920-05-20_Sverdlov_Square-highlight

Vladimir Ilyich Lenin : Tiga Sumber dan Tiga komponen Anggota dalam Marxism

Di seluruh dunia bertamadun, ajaran-ajaran Marx mengundang permusuhan dan kebencian oleh semua sains borjuasi (rasmi dan liberal), yang menganggap Marxsisme sebagai sejenis ‘kumpulan perosak”. Dan tidak ada sikap lain yang boleh diharapkan, kerana tidak ada sebarang sains sosial yang “tidak berpihak” didalam masyarakat yang berdasarkan perjuangan kelas. Dalam satu cara atau yang lain, semua sains rasmi dan liberal mempertahankan penghambaan-bergaji, manakala Marxsisme telah mengistiharkan peperangan tanpa henti pada penghambaan tersebut. Untuk mengharapkan sains untuk bersifat adil didalam masyarakat hamba-upah adalah seperti bodoh dan naif untuk mengharapkan keadilan daripada pihak usahawan didalam persoalan sama ada gaji pekerja tidak patut dinaikkan dengan mengurangkan keuntungan kapital.

Tetapi ini bukan segalanya. Sejarah falsafah dan sejarah sains sosial menunjukkan dengan jelas bahawa tidak terdapat apa-apa ciri yang menyerupai ‘sektarianisme” didalam Marxsisme, dalam erti kata yang ia menjadi kaku, doktrin menakutkan, satu doktrin yang timbul dari sudut terpencil daripada pembangunan tamadun dunia. Sebaliknya, kebijaksanaan Marx terdiri secara khususnya kerana beliau mempunyai jawapan yang dilengkapi terhadap soalan yang telah dibangkitkan oleh minda-minda terulung umat manusia. Ajaran nya muncul sebagai kesinambungan langsung dan penerusan segera ajaran wakil-wakil terbesar falsafah, ekonomi politik dan sosialisme.

Doktrin Marxsis adalah terulung kerana ianya adalah benar. Ia adalah komprehensif dan harmoni, dan memberikan manusia sesuatu pandangan dunia yang penting tidak dapat disamakan dengan mana-mana bentuk kepercayaan karut, reaksi, atau pembelaan terhadap penindasan borjuasi. Ia adalah pengganti yang sah untuk produk terbaik  yang dihasilkan manusia pada abad kesembilan belas, seperti yang diwakili oleh falsafah Jerman, ekonomi politik Inggeris dan sosialisme Perancis.

Ini adalah tiga sumber Marxsisme, yang juga bahagian-bahagian komponen yang kita akan gariskan secara ringkas.

 1

Falsafah Marxsisme adalah materialisme. Sepanjang sejarah moden Eropah, dan terutamanya pada akhir abad kelapan belas di Perancis, di mana perjuangan yang tegas telah dijalankan terhadap setiap jenis sampah zaman pertengahan, menentang penghambaan serfdom dalam institusi-institusi dan idea-idea, materialisme telah terbukti menjadi satu-satunya falsafah yang konsisten , benar kepada segala pengajaran sains semulajadi dan bermusuh kepada keghaiban, penipuan dan sebagainya. Musuh-musuh demokrasi telahi, oleh itu, sentiasa mengolah segala usaha mereka untuk “menafikan”, memandang rendah dan memfitnah materialisme, dan telah menyokong pelbagai bentuk idealisme falsafah, yang sentiasa, dalam satu cara atau yang lain, adalah sama dengan pertahanan atau sokongan terhadap  agama.

Marx dan Engels mempertahankan materialisme falsafah dalam cara yang paling tekun dan berkali-kali menjelaskan bagaimana mendalamnya kesilapan pada setiap pemesongan dari dasar ini. Pandangan mereka yang paling jelas dan menyeluruh dijelaskan dalam karya-karya Engels, Ludwig Feuerbach dan Anti-Dühring, yang, seperti Manifesto Komunis, adalah buku panduan untuk setiap pekerja berkesedaran kelas.

Tetapi Marx tidak berhenti pada materialisme abad kelapan belas: beliau membangunkan falsafah ke tahap yang lebih tinggi, ia diperkaya dengan pencapaian falsafah Jerman klasik, terutamanya sistem Hegel, yang pada gilirannya telah membawa kepada materialisme Feuerbach. Pencapaian utama adalah dialektik, iaitu doktrin pembangunan dalam bentuk sepenuhnya, terdalam dan paling menyeluruh, doktrin sifat relatif pengetahuan manusia yang memberikan kita pencerminan jisim yang sentiasa berkembang. Perjumpaan-perjumpaan terbaru sains semula jadi-radium, elektron, perubahan unsur-unsur-telah menjadi pengesahan yang luar biasa materialisme dialektik Marx meskipun ajaran ahli-ahli falsafah borjuasi dengan pengunduran “baru” mereka kepada idealisme lama.

Marx mendalami dan membangunkan materialisme falsafah sepenuhnya, dan meluaskan kognisi alam untuk memasukkan kognisi masyarakat manusia. Materialisme bersejarah beliau adalah satu pencapaian besar dalam pemikiran saintifik. Huru-hara dan sinambungan yang sebelumnya bermaharajalela dalam pandangan mengenai sejarah dan politik digantikan oleh teori saintifik yang penting dan harmonis, yang menunjukkan bagaimana, berikutan dengan pertumbuhan kuasa-kuasa produktif, daripada satu sistem kehidupan sosial yang lain dan sistem yang lebih tinggi berkembang -Bagaimana kapitalisme, misalnya, tumbuh daripada feudalisme.

Sebagaimana pengetahuan manusia mencerminkan alam (iaitu, perihal kemajuan), yang wujud secara bebas daripadanya, maka pengetahuan sosial manusia (iaitu, pelbagai pandangan dan doktrin-falsafah, agama, politik dan sebagainya itu) mencerminkan sistem ekonomi masyarakat. Institusi politik adalah struktur pada asas ekonomi. Kita lihat, misalnya, bahawa pelbagai bentuk politik di negara-negara Eropah moden telah membantu mengukuhkan penguasaan borjuasi ke atas proletariat.

Falsafah Marx adalah materialisme falsafah sempurna yang telah disediakan manusia, dan terutamanya kelas pekerja, dengan alat-alat pengetahuan yang mampan dan berkuasa.

 2

Setelah menyedari bahawa sistem ekonomi adalah dasar pada mana struktur mega politik terdiri, Marx menumpukan perhatian yang paling besar kepada kajian sistem ekonomi ini. Karya utama Marx, Capital, menumpukan perhatian kepada kajian sistem ekonomi masyarakat moden, iaitu masyarakat kapitalis.

Ekonomi politik klasik, sebelum Marx, berkembang di England, negara yang paling maju di antara negara-negara kapitalis. Adam Smith dan David Ricardo, melalui kajian-kajian mereka mengenai sistem ekonomi, mendedahkan dasar-dasar teori tenaga pekerja mengenai nilai (labour theory of value). Marx meneruskan usaha mereka; dia memberikan bukti teori dan dibangunkan secara konsisten. Dia menunjukkan bahawa nilai setiap komoditi adalah ditentukan oleh kuantiti masa bekerja yang diperlukan secara sosial yang digunakan dalam pengeluarannya.

Dimana ahli-ahli ekonomi borjuasi melihat hubungan antara benda (pertukaran satu komoditi kepada yang lain), Marx mendedahkan hubungan di antara manusia. Pertukaran komoditi-komoditi meluahkan hubungan di antara pengeluar-pengeluar individu melalui pasaran. Duit menandakan bahawa hubungan sedang menjadi semakin rapat, menyatukan seluruh kehidupan ekonomi pengeluar-pengeluar individu dalam satu sistem menyeluruh. Modal menandakan perkembangan seterusnya hubungan ini: kuasa tenaga pekerja manusia menjadi komoditi. Pekerja bergaji menjual kuasa tenaga pekerja kepada pemilik tanah, kilang dan peralatan bekerja. Pekerja menghabiskan satu sebahagian daripada sehari untuk meliputi kos membiayai dirinya dan keluarganya (gaji), manakala sebahagian yang lain pada hari tersebut dia bekerja tanpa ganti rugi, menciptakan ‘nilai-lebihan’ untuk kapitalis, sumber keuntungan, sumber kekayaan kepada kelas kapitalis.

Doktrin nilai-lebihan adalah batu asas kepada teori ekonomi Marx.

Modal, yang dihasilkan oleh tenaga buruh pekerja, menghancurkan pekerja, merosakkan pemilik kecil dan mewujudkan angkatan tentera yang menganggur. Dalam industri, kejayaan pengeluaran berskala besar adalah jelas dengan serta-merta, tetapi fenomena yang sama juga yang perlu diperhatikan dalam bidang pertanian, di mana keunggulan pertanian kapitalis besar-besaran dipertingkatkan, penggunaan jentera dan peningkatan ekonomi petani, terperangkap oleh wang-modal, kemerosotan dan jatuh ke dalam kehancuran di bawah beban tekniknya yang kemunduran. Kemerosotan pengeluaran berskala kecil berlaku dalam pelbagai bentuk dalam pertanian, tetapi kemerosotan itu sendiri adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.

Dengan menghapuskan pengeluaran berskala kecil, modal membawa kepada peningkatan dalam produktiviti tenaga pekerja dan kepada kewujudan posisi monopoli bagi pertubuhan-pertubuhan kapitalis besar. Pengeluaran itu sendiri menjadi semakin sosial-beratus-ratus ribu dan berjuta-juta pekerja menjadi terikat bersama-sama dalam tetapan organisma ekonomi- tetapi hasil tenaga pekerja secara kolektif ini dirampas oleh beberapa orang kapitalis. Anarki didalam pengeluaran, krisis-krisis, pengejaran ghairah menuju pasaran dan ketidak-stabilan didalam kewujudan rakyat jelata semakin menjadi-jadi.

Dengan meningkatkan pergantungan pekerja keatas modal, sistem kapitalis mewujudkan kuasa besar buruh yang bersatu padu.

Marx menggariskan perkembangan kapitalisme dari embrionik ekonomi komoditi , dari pertukaran ringkas, kepada bentuk-bentuk tertingginya, kepada pengeluaran berskala besar.

Dan pengalaman setiap negara kapitalis, lama dan baru, tahun ke tahun menunjukkan dengan jelas kebenaran doktrin Marxsis ini kepada peningkatan bilangan pekerja.

Kapitalisme telah berjaya di seluruh dunia, tetapi kejayaan ini adalah hanya permulaan untuk kejayaan buruh keatas modal.

3

Apabila feudalisme ditumbangkan dan masyarakat kapitalis ‘bebas’ muncul di dunia, ia sekali gus menjadi jelas bahawa kebebasan ini bermakna satu sistem penindasan yang baru dan eksploitasi terhadap manusia yang bekerja. Pelbagai doktrin sosialis dengan serta-merta muncul sebagai gambaran dan bantahan terhadap penindasan ini. Sosialisme awal, bagaimanapun, adalah sosialisme utopia. Ia mengkritik masyarakat kapitalis, ia mengutuk dan mengejinya, ia bermimpi kemusnahannya, ia mempunyai visi order yang lebih baik dan berusaha untuk meyakinkan yang kaya tentang eksploitasi yang tidak bermoral.

Tetapi sosialisme utopia tidak dapat menunjukkan penyelesaian sebenar. Ia tidak dapat menjelaskan sifat sebenar penghambaan-bergaji di bawah kapitalisme, ia tidak dapat mendedahkan hukum-hukum perkembangan kapitalis, atau menunjukkan kuasa sosial mana yang mampu menjadi pencipta sebuah masyarakat baru.

Sementara itu, revolusi-revolusi yang bergelora di mana-mana di Eropah, dan terutamanya di Perancis, disertai kejatuhan feudalisme, penghambaan serf, semakin banyak mendedahkan dengan jelas perjuangan kelas sebagai dasar dan daya penggerak bagi semua pembangunan.

Tidak satu pun kejayaan kebebasan politik ke atas kelas feudal dimenangi kecuali menentang rintangan terdesak. Tidak satu pun negara kapitalis berkembang pada dasar yang lebih atau kurang bebas dan demokratik kecuali dengan perjuangan hidup-dan-mati di antara pelbagai kelas dalam masyarakat kapitalis.

Genius Marx terletak pada beliau yang menjadi orang pertama menyimpulkan dari ini pelajaran sejarah dunia mengajar dan mengaplikasikan pengajaran itu secara konsisten. Ringkasan yang dibuat beliau adalah doktrin perjuangan kelas.

Manusia selalu menjadi mangsa kepada penipuan dan penipuan-diri-sendiri dalam politik, dan mereka akan sentiasa ditipu sehingga mereka belajar untuk meneliti kepentingan kelas tertentu atau lain-lain di belakang semua frasa moral, agama, politik dan sosial, perisytiharan dan janji-janji. Juara reformasi dan pembaikan sentiasa akan ditipu oleh pihak yang mempertahankan tatanan lama sehingga mereka menyedari bahawa setiap pertubuhan lama, bagaimana zalim dan reput ianya mungkin kelihatan, adalah berterusan digerakkan oleh kuasa-kuasa kelas-kelas pemerintah tertentu. Dan hanya ada satu cara untuk menghapuskan tentangan kelas-kelas tersebut, dan ia adalah dengan mencari, dalam setiap masyarakat yang mengelilingi kita, kuasa yang boleh dan, oleh keranan kedudukan sosial mereka, mesti mendirikan kuasa yang mampu menyapu bersih kuasa-kuasa yang lama dan mencipta yang baru, dan untuk memakrifatkan dan mengatur kuasa-kuasa untuk perjuangan.

Falsafah materialisme Marx dengan sendirinya telah menunjukkan proletariat jalan keluar dari penghambaan moral di mana setiap kelas yang ditindas telah terjerumus sehingga kini. Teori ekonomi Marx sendiri telah menjelaskan posisi sebenar proletariat didalam sistem kapitalisme secara umumnya.

Pertubuhan-pertubuhan bebas proletariat bercambah di seluruh dunia, dari Amerika ke Jepun dan dari Sweden ke Afrika Selatan. Proletariat semakin berkesedaran dan berpendidikan dengan melancarkan perjuangan kelas; ia sedang menghapuskan dari dirinya prasangka masyarakat borjuasi; ia memobilisasikan ahli-ahlinya dengan lebih rapat lagi dan sedang belajar untuk mengukur jarak kejayaannya; ia memperkasakan daya dan berkembang tanpa disekat lagi.

Sumber asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca disini: https://www.marxists.org/archive/lenin/works/1913/mar/x01.htm

Vladimir Ilyich Lenin : Tiga Sumber dan Tiga komponen Anggota dalam Marxisme

Krisis kapitalisme Malaysia – perspektif kearah revolusi

di tulis oleh Mat Hasan, 27 Januari 2015

Rejim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sedang berada didalam krisis! Pergolakan didalam bentuk serang-menyerang diantara puak Mahathir dan puak Najib adalah merupakan “rahsia” yang diketahui umum sejak akhir-akhir ini. Perang diantara kedua puak daripada kelas pemerintah ini atau “perbalahan diantara penyamun” jika dipinjam kata marxist Ireland, James Connoly, adalah merupakan cermin kepada krisis yang sedang berlaku didalam sistem ekonomi kapitalis global yang dianuti oleh kita semenjak Malaysia “merdeka”. Tambahan pula, penyamun dan lanun tidak mungkin bertelagah sesama sendiri kerana hal selain harta rompakan yang menjadi rebutan. Perdana Menteri Najib Abdul Razak baru-baru ini terpaksa membuat pengumuman pemotongan perbelanjaan didalam pindaan belanjawan yang sudah dibentangkan di parlimen dibulan Oktober lalu. Angka ramalan pertumbuhan ekonomi juga terpaksa diturunkan, menterjemahkan tahap kelesuan ekonomi dunia pada saat ini. Pemotongan perbelanjaan ini menurut Najib tidak mencerminkan bahawa Malaysia sedang berada didalam krisis. Malah menurutnya pemotongan perbelanjaan tersebut merupakan langkah berhati-hati dan juga demi menyelaraskan perbelanjaan dengan harga minyak dipasaran dunia yang turun dengan mendadak dan kelesuan ekonomi dunia yang merupakan “diluar kawalan kita”.

Terikat didalam sistem

Sesungguhnya, Najib berkata benar apabila beliau mengatakan kelesuan ekonomi dan runtuhan harga minyak adalah diluar kawalan kita. Namun beliau tidak menjelaskan kepada kita mengapa ia berada diluar kawalan dan siapa yang mengawalnya kalau bukan kita? Karl Mark ditahun 1847 (Manifesto Komunis) sudah menjelaskan bahawa setiap negara walaupun yang terkuat dan yang paling berkuasa akan terikat didalam satu sistem kapitalis global yang melahirkan ketidakadilan melalui konsentrasi kapital dan polarisasi atau jurang dikalangan kelas didalam masyarakat. Ini bermakna krisis yang melanda satu bahagian dunia akan merebak atau memberi kesan kepada satu bahagian yang lain. Jadi, memang benar didalam sistem kapitalis global, kawalan untung nasib bukan berada didalam tangan kita!

Gambaran globalisasi sebenarnya adalah krisis kapitalisme peringkat global. China yang sepatutnya menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi dunia, disaat ini mengalami kelesuan. (China digelar sebagai ‘kilang dunia’ kerana perananya didalam produksi setiap barangan yang diguna oleh seluruh dunia). Manakala negara-negara lain seperti Brazil dan India yang dipanggil BRICs (Brazil, Russia, India dan China) masing-masing sedang dilanda krisis. Secara ringkasnya, China mengeluarkan barangan yang dilambak dipasaran dan pengguna tidak mampu membelinya yang membuatkan produksi China terpaksa diperlahankan, dan negara-negara yang bergantung kepada kegiatan eksport bahan mentah untuk kegunaan produksi di China secara automatiknya akan mengalami kesulitan kerana kejatuhan nilai eksport mereka. Maka begitulah secara ringkasnya hubung kait ekonomi dunia ketika ini.

Jadi, memang benar segala apa yang berlaku didalam sistem ekonomi ini adalah diluar kawalan kita. Namun sebagai Marxist, kita tidak hanya melihat dan menerima bahawa permasalahan krisis dunia hari ini adalah “diluar kawalan kita”. Sudah tentu krisis ini diluar kawalan kita kerana kapital bukan milik kita tapi dimiliki oleh kapitalis. Krisis yang dunia hadapi ketika ini adalah krisis yang berakar umbi didalam sistem kapitalisme dunia.

Krisis kapitalis global

Sejarah perkembangan kapitalisme telah merakam beberapa krisis penting seperti pada tahun 1917, 1929 dan yang terkini adalah 2008. Sistem ini telah melalui kitaran jatuh dan bangun atau apa yang disebutkan sebagai “boom and slump”. Namun krisis hari ini adalah jauh lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1929. Paul Krugman (ahli ekonomi kapitalis dan pemenang anugerah Nobel) menggambarkan krisis 2008 adalah kejatuhan abadi atau permanent slump.

Karl Marx menerangkan punca utama krisis kapitalisme adalah krisis produksi yang berlebih-lebihan atau didalam bahasa ekonomi borjuis ia disebut excess capacity. Secara ringkas, kita telah mengeluarkan terlampau banyak produk yang melambak dipasaran. Namun, didalam masa yang sama kelas pekerja diserang dengan upah murah, pengangguran dan sebagainya yang menyebabkan barangan dipasaran tidak mampu dibeli dan ini adalah merupakan kontradiksi yang paling nyata didalam sistem kapitalisme. Lalu, untuk keluar daripada krisis kapitalis menyediakan hutang atau kredit untuk memastikan ekonomi terus berjalan, yakni membuatkan kita terus mampu membeli. Penggalakan kredit untuk mengekalkan kadar permintaan keatas pasaran secara palsu hanya akan mengheret krisis ketahap yang lebih bahaya. Didalam Manifesto Komunis, Marx dan Angel menyatakan bahawa kapitalis selalu akan Berjaya mencari jalan keluar daripada krisis, namun dengan cara membuka jalan kepada krisis yang lebih besar tahap kemusnahannya. Ini terbukti apabila pada tahun 2008, ‘buih’ kredit ini terburai. Para pemuka kapitalis sudah tiada idea dan cara lagi untuk keluar daripada krisis.

Perspektif revolusi

Malaysia, seperti yang dicatitkan di awal artikel ini adalah salah satu anggota dan bahagian didalam satu sistem kapitalis global. Jadi, segala krisis yang berlaku di Amerika dan Eropah secara tidak langsung akan memberikan kesan yang sama terhadap negara ini. Malah Malaysia mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia dengan purata hutang isi rumahnya pada tahun 2013 telah mencapai 80%. ‘Buih’ kredit ini jika terburai akan membawa kesan yang besar keatas kehidupan massa rakyat pekerja, kaum miskin dan kaum muda. Yang pasti kesannya adalah satu krisis yang panjang seperti mana krisis yang berlaku secara global ketika ini. Kenyataannya sekarang adalah ekonomi Malaysia bergerak diatas dasar berapa jumlah kredit yang mampu diraih oleh rakyat. Dalam erti kata lain, ekonomi Malaysia tidak ubah seperti penagih dadah yang membeli sehari dua kehidupannya berterusan menyuntik dadah dan suatu hati nanti bekalan dadah tersebut pasti akan putus.

Cukai GST yang bakal dimulakan kutipan pada bulan April ini bakal menjadi batu loncatan kepada kegusaran rakyat di tambah pula dengan potongan-potongan perbelanjaan kerajaan dan subsidi bahan bakar yang telah diumumkan. Kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Ini adalah normaliti baru bagi rakyat Malaysia yang harus memikul beban kehidupan dihari-hari yang mendatang.

Marxist memandang dunia secara dialektik, yakni tidak dengan pandangan yang kaku. Situasi hari ini akan menjadi sebaliknya esok hari dan begitulah seterusnya. Perbalahan diantara puak Mahathir dan Najib dan juga krisis politik semenjak 1998 adalah manifestasi kepada krisis yang melanda kaum borjuis di Malaysia. Namun didalam masa yang sama pembangkang masih didalam keadaan yang amat teruk dari segi politik mereka. Gabungan parti borjuis DAP, PKR dan politikal Islam konservatif PAS adalah resepi kehancuran bagi rakyat Malaysia. Gabungan pembangkang ini langsung tidak akan dapat memberikan alternatif kepada BN walaupun mereka diberikan kuasa kerana mana-mana kerajaan yang berkuasa dalam deka-dekad mendatang adalah kerajaan yang tidak dapat lari daripada pemotongan subsidi dan perbelanjaan kerajaan kerana mengikut resipi kapitalis.

Tugas Marxist

Tugas Marxist di Malaysia adalah menubuh dan menggerakan organisasi revolusioner dengan prinsip-prinsip Marxist tulen yang didokong oleh warga pekerja, pelajar, anak muda dan warga miskin dibandar dan kampong. Namun, sudah tentu ada yang skeptikal dan hilang harapan terhadap massa rakyat. Mereka ini adalah orang yang berkata bahawa orang Malaysia lembik dan takut melawan. Mereka ini tidak sedar bahawa manusia akan belajar melalui pengalaman dan krisis ini adalah pelajaran yang “terbaik” buat mereka.

Jadi, rakyat boleh sahaja secara tiba-tiba turun kejalan namun siapa yang akan memimpin mereka? Mana programnya? Tanpa organisasi yang memimpin revolusi rakyat hanya akan memberontak, merampas kuasa dan membuang kuasa itu berselerak diatas jalan tanpa ada siapa yang mampu mengutipnya lalu disambar kembali oleh kaum borjuis. Itu adalah pelajaran daripada peristiwa-peristiwa di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Tiada jalan keluar daripada krisis selain jalan kearah revolusi sosialis di Malaysia yang dihubungkan dengan revolusi diseluruh dunia. Revolusi pasti!

Krisis kapitalisme Malaysia – perspektif kearah revolusi

Mengapa Kita Marxist?

Ditulis oleh Alan Woods

Monday 13 December 2010

Dua dekad telah berlalu semenjak Francis Fukuyama menerbitkan sebuah buku yang berjudul The End of History dan The Last Man, mengisytiharkan kemenangan yang muktamad bagi ‘ekonomi pasaran’ atau market economy dan demokrasi borjuasi. Idea ini seolah-olah disahkan oleh pasaran yang melambung tinggi dan pertumbuhan ekonomi tanpa gangguan selama hampir 20 tahun. Ahli-ahli politik, bank-bank pusat dan pengurus-pengurus di Wall Street telah yakin bahawa mereka akhirnya telah menjinakkan sifat kitaran ekonomi iaitu ‘ledakan dan kemerosotan’ atau ‘boom and slump’.

thumb_marx-engels

Kini, dua dekad selepas kejatuhan USSR, bangkai ilusi borjuasi bergelimpangan dan bertindih-tindang. Dunia sedang mengalami krisis yang paling buruk sejak 1930-an. Berhadapan dengan situasi bencana berskala dunia, kaum borjuasi  Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sedang berada didalam keadaan panik. Dalam tahun 1930-an, Trotsky berkata bahawa pihak borjuasi telah “bergelungsur ke bawah cerung  kepada bencana dengan keadaan mata tertutup.”Kata-kata ini adalah amat tepat untuk dipakai dalam keadaan seperti hari ini seakan baru semalam ia tertulis.

 

Untuk dua puluh tahun kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi borjuasi bongkaknya bahawa tidak akan ada lagi ledakan dan kemerosotan, bahawa kitaran ini sudah dihapuskan buat selamanya. Ia adalah fakta yang nyata bahawa selama beberapa dekad, ahli-ahli ekonomi borjuasi tidak pernah meramal satu pun ledakan  dan tidak pernah meramal satu pun kemerosotan.Mereka telah mengerjakan satu teori baru yang sangat gah dipanggil “hipotesis pasaran cekap” atau “efficient market hypothesis”. Sebenarnya, sama sekali tiada apa yang baru tentang perkara ini. Ia hanya bersandarkan kepada idea lama iaitu: “biarkan iasendirian maka pasaran akan menyelesaikan segala-galanya.” Pasaran secara automatik akan mengimbangi dirinya. Selagi kerajaan tidak campur tangan,segala-galanya dalam jangka masa panjang akan berjalan lancar. “Untuk itu,John Maynard Keynes telah mengeluarkan satu jawapan yang tidak boleh dilupakan,”Dalam jangka masa panjang kita semua akan mati. ”

Dalam dekad pertama abad ke-21, ia menjadi semakin jelas bahawa kapitalisme telah kehabisan potensi progresifnya. Daripada membangunkan industri, sains dan teknologi, sebaliknya semakin melemahkan mereka. Kuasa-kuasa produktif bertakung, kilang-kilang ditutup seperti kotak mancis, dan berjuta-juta dibuangkerja. Semua ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa perkembangan kuasa-kuasa produktif pada skala dunia telah melampaui batas harta swasta dan negara bangsa yang sempit. Ini adalah sebab yang paling asas bagi krisis ini,yang telah mendedahkan kebankrapan kapitalisme dalam erti kata yang paling literal. Nasib Ireland dan Greece menonjolkan pengesahan yang grafik tentang negeri kapitalisme Eropah yang berpenyakit. Esok penularan akan merebak ke Portugal dan Sepanyol. Tetapi Britain dan Itali tidak jauh di belakang.Perancis, Jerman dan Austria akan mengikuti tanpa bisa mengelak ke jalan yang menuruni cerung dan lembah .

Ahli-ahli ekonomi borjuasi dan ahli-ahli politiknya, dan yang paling penting, semuareformis, adalah sangat-sangat terdesak untuk mencari beberapa jenis kebangkitan untuk keluar dari krisis ini. Mereka melihat kepada pemulihan kitaran perniagaan sebagai penyelamat. Pemimpin-pemimpin kelas pekerja, parapemimpin kesatuan sekerja dan pemimpin-pemimpin Sosial Demokrat  percaya bahawa krisis ini adalah sesuatu yang sementara. Mereka membayangkan ia boleh diselesaikan dengan membuat sedikit perubahan kepada sistem yang sedia ada (reform),apa yang diperlukan adalah peningkatan kawalan dan peraturan, dan kita boleh kembali kepada keadaan sebelumnya. Tetapi krisis ini bukan krisis biasa, ia bukan sementara. Ia menandakan satu titik perubahan yang penting dalam prosesini, titik di mana kapitalisme telah mencapai jalan mati sejarah. Apa yang terbaik yang boleh diharapkan adalah pemulihan yang lemah, disertai dengan pengangguran yang tinggi dan tempoh penjimatan yang panjang, pemotongan dan penurunan taraf hidup.

Krisis Ideologi Borjuasi

Marxsisme berada ditempat pertama dalam falsafah dan pandangan dunia. Dalam tulisan-tulisan falsafah Marx dan Engels kita tidak bisa menemui satu sistem falsafah tertutup,tetapi satu siri pandangan dan petunjuk cemerlang, dimana, jika mereka dibangunkan, akan menyediakan nilai tambahan yang berharga buat gedung metodologi sains.

Tidak ada tempat yang paling jelas dalam krisis ideologi borjuasi daripada di alam falsafah. Pada peringkat awal, apabila borjuasi berdiri untuk kemajuan atau progres, ia mampu menghasilkan pemikir besar: Hobbes dan Locke, Kant dan Hegel.Tetapi dalam zaman kejatuhan dan penuaannya, borjuasi tidak berupaya untukmenghasilkan idea-idea yang besar. Malah, ia tidak mampu mengeluarkan apa-apa idea langsung.

Olehkerana borjuasi moden tidak berupaya untuk membuat generalisasi yang jelas,maka ia menafikan terus konsep sebenar ideologi. Itulah sebabnya post-modenis bercakap tentang “pengakhiran ideologi”. Mereka menafikan konsep kemajuan/progres semata-mata kerana di bawah kapitalisme tidak mungkin ada progres. Engels pernah menulis: “Falsafah dan pengajian dunia sebenarmempunyai hubungan yang sama antara satu sama lain seperti onanisme dan cintaseksual.” Falsafah borjuasi moden lebih suka memilih onanisme daripada hubungan cinta seksual. Dalam keghairahan untuk memerangi Marxsisme, ia telah mengheret falsafah kembali ke zaman lalu yang paling teruk, usang dan mandul itu.

Materialisme dialektik adalah pandangan yang dinamik didalam memahami perjalanan alam,masyarakat dan pemikiran. Jauh daripada menjadi satu idea yang ketinggalan zaman daripada abad ke-19  itu, ia adalah pandangan moden yang sungguh menarik tentang alam semula jadi dan masyarakat.Dialektik menghapuskan cara yang tetap, tegar/rijid, dan cara yang tidak bermaya didalam melihat sesuatu perkara yang merupakan ciri-ciri lama sekolah mekanikal fizik klasik. Ini menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu perkara-perkara boleh bertukar menjadi sebaliknya. Tanggapan dialektik bahawa pengumpulan secara beransur-ansur oleh perubahan kecil boleh berubah ke tahap kritikal  menjadi lonjakan gergasi telah mendapat pengesahan menarik dalam teori kekacauan (chaostheory) moden dan terbitan hasil selepasnya. Teori kekacauan telah menamatkan penentuan reduktif mekanikal sempit yang menguasai sains selama lebih seratus tahun. Dialektik Marxsist adalah ungkapan abad ke-19 seperti apa yang teori kekacauan kini diluahkan secara matematik: antara keberhubungan-perkara, sifat organik hubungan antara entiti.

Kajian peralihan fasa merupakan salah satu bahagian yang paling penting dalam ilmu fizik kontemporari. Terdapat bilangan contoh yang tak terbilang tentang fenomena yang sama. Transformasi dari kuantiti kepada kualiti adalah peraturan sejagat. MarkBuchanan dalam bukunya Ubiquity  menunjukkan perkara ini didalam pelbagai fenomena seperti serangan jantung, avalanches,kebakaran hutan, peningkatan dan kepupusan populasi haiwan, krisis bursa saham,peperangan, dan juga perubahan dalam fesyen dan sekolah seni. Yang lebih menakjubkan,peristiwa-peristiwa ini boleh dinyatakan melalui formula matematik  yang dikenali sebagai undang-undang kuasaatau power law.

Penemuan-penemuan yang luar biasa ini telah  dijangka lama dahulu oleh Marx dan Engels, yang meletakkan falsafah dialektik Hegel pada asas rasional (iaitu, materialis). Dalam Logik(1813) Hegel menulis: “Ia telah menjadi satu gurauan yang biasa dalam sejarah untuk membiarkan kesan yang besar timbul daripada sebab-sebab yang kecil.” Ini lama sebelum “kesan rama-rama” atau “butterfly effect”  kedengaran. Seperti letusan gunung berapi dan gempa bumi, revolusi adalah hasil daripada pengumpulan percanggahan yang perlahan didalam satu tempoh yang panjang. Prosesini akhirnya sampai ke tahap kritikal di mana secara tiba-tiba lonjakan berlaku.

Materialisme sejarah

Setiap sistem sosial percaya bahawa ia mewakili satu-satunya bentuk yang mustahil akan kewujudan manusia. Lalu Institusinya, agamanya, moralitinya adalah perkataan terakhir yang boleh dipersoalkan. Itulah apa yang kanibal, para imam Mesir,Marie Antoinette dan Tsar Nicolas semua beriman secara bersungguh-sungguh. Dan itulah yang Francis Fukuyama harap dapat tonjolkan apabila beliau memberi jaminan kepada kita, tanpa sedikitpun asas, bahawa sistem yang dipanggil “perusahaan bebas”adalah satu-satunya sistem yang mustahil— apabila ia mula untuk tenggelam.

Seperti yang dijelaskan oleh Charles Darwin bahawa spesis tidak bersifat kekal, dan bahawa mereka mempunyai masa lalu, masa kini dan masa depan, berubah dan berkembang,jadi Marx dan Engels menjelaskan bahawa sesuatu sistem sosial itu bukan sesuatu yang tetap selamanya. Analogi antara masyarakat dan alam ini, sudah tentu,hanya anggaran. Tetapi pemeriksaan sejarah yang paling cetek pun menunjukkan bahawa tafsiran gradualist (kelompok yang percaya bahawa semua benda mesti berubah secara perlahan tanpa ada perubahan besar disuatu ketika ) adalah tidak berasas. Masyarakat, seperti alam semula jadi, tahu jangka masa perubahan perlahan dan beransur-ansur, tetapi disini juga garis diganggu oleh ledakan perkembangan perang dan revolusi, di mana proses perubahan bertukar menjadi tersangat cepat. Malah, peristiwa-peristiwa ini lah yang bertindak sebagai kuasa motor utama perkembangan sejarah. Punca perubahan revolusioner adalah hakikat bahawa sistem sosio-ekonomi tertentu telah mencapai hadnya dan ia tidak mampu untuk membangunkan kuasa-kuasa produktif seperti sebelum ini. Marxsisme menganalisis mainsprings atau sebab utama yang tersembunyi di sebalik pembangunan masyarakat manusia daripada masyarakat suku kaum terawal sehingga zaman moden. Konsep sejarah materialis membolehkan kita untuk memahami sejarah,bukan sebagai satu siri insiden tidak berkaitan dan tidak diduga, tetapi sebaliknya sebagai sebahagian daripada proses yang difahami secara jelas dan saling berkait. Ia adalah satu siri tindakan dan tindak balas yang merangkumi politik, ekonomi dan keseluruhan spektrum pembangunan sosial. Hubungan antara semua fenomena ini adalah hubungan dialektik yang kompleks. Selalunya percubaan dilakukan untuk mencemarkan nama Marxsisme dengan melakukan karikatur terhadap kaedah analisis sejarahnya. Penyelewengan yang biasa ialah bahawa Marx dan Engels “memotong segala-galanya kepada ekonomi.” Paten yang tolol Ini telah berkali-kali dijawab oleh Marx dan Engels, seperti dalam ekstrak daripada surat Engels kepada Bloch seperti berikut:

“Menurut konsep sejarah materialis, unsur penentu yang paling utama dalam sejarah adalah produksi dan produksi semula kehidupan. Marx dan diri saya tidak pernah menegaskan lebih daripada ini. Oleh itu, jika seseorang memutar belitkan ini dengan mengatakan bahawa unsur ekonomi adalah satu-satunya yang  menentukan, dia mengubah cadangan tersebut menjadi frasa yang tidak bermakna, abstrak dan tidak masuk akal. “

Manifesto Komunis 

Buku yang paling moden yang boleh dibaca hari ini adalah Manifesto Komunis, yang ditulis pada tahun 1848. Benar, ada beberapa butiran yang perlu diubah, tetapi dalam semua asas-asas, idea-idea Manifesto Komunis adalah yang masih relevan dan benar hari ini seperti apabila mereka mula-mula ditulis. Sebaliknya,majoriti besar daripada buku-buku  yang ditulis satu setengah abad yang lalu adalah semata-mata bahan sejarah pada hariini.

Apa yang paling menarik tentang Manifesto adalah cara di mana ia menjangkakan fenomena pada skala dunia yang paling asas yang menjadi perhatian kita pada masa ini. Mari kita pertimbangkan satu contoh. Pada masa apabila Marx dan Engels sedang menulis, dunia syarikat-syarikat multinasional besar masih belum wujud. Walaupun begitu, mereka menjelaskan bagaimana “perusahaan bebas” dan persaingan tidak dapat tidak akan membawa kepada pemusatan kapital dan monopolisasi kuasa-kuasa produktif. Sebenarnya amatlah melucukan apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh pembela “pasaran” mengenai dakwaan kesilapan Marx mengenai persoalan ini, sedangkan hakikatnya ia adalah sememangnya salah satu ramalan paling bijak dan tepat beliau. Hari ini ia adalah fakta yang benar-benar tidak dapat dinafikan bahawa proses konsentrasi modal yang diramalkan oleh Marx telah berlaku, sedang berlaku, dan sememangnya telah mencapai satu tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam masa sepuluh tahun yang lalu.

Selama beberapa dekad ahli sosiologi borjuasi cuba untuk menyangkal dakwaan ini dan”membuktikan” bahawa masyarakat telah menjadi lebih sama rata dan dengan itu, akibatnya, perjuangan kelas adalah sesuatu yang kuno seperti alat penenun dan kayu pembajak. Kelas pekerja telah lupus, kata mereka, dan kita semua kelas menengah. Oleh kerana konsentrasi modal, masa depan adalah perniagaan kecil, dan “kecil itu indah”.

Sungguh ironis dakwaan ini kedengaran lewat hari ini! Keseluruhan ekonomi dunia kini dikuasai oleh tidak lebih daripada 200 syarikat-syarikat gergasi, yang sebahagian besarnya berpangkalan di Amerika Syarikat. Proses monopolisasi telah mencapai kadar belum pernah berlaku sebelum ini. Pada suku pertama tahun 2006 penggabungan dan pengambilalihan di Amerika Syarikat berjumlah $ 10 biliondolar sehari. Aktiviti ini tidak menandakan satu perkembangan sebenar kuasa-kuasa produktif, tetapi sebaliknya. Dan kadar monopolisasi tidak menurun tetapi semakin meningkat. Pada November 19-20, 2006 nilai rekod penggabungan dan pengambilalihan di Amerika Syarikat berjumlah sebanyak $ 75 bilion – hanya dalam masa 24 jam!

Pengambilalihan adalah sejenis kanibalisme korporat yangtidak dapat tidak akan diikuti oleh pelucutan asset, penutupan kilang dan pemecatan – oleh kemusnahan yang menyeluruh dan melampaui batas akan cara-cara pengeluaran dan mengorbankan beribu-ribu pekerjaan demi keuntungan.

Padamasa yang sama terdapat peningkatan yang berterusan dalam ketidaksamarataan.Dalam semua negara-negara bahagian keuntungan dalam pendapatan peringkat nasional adalah pada tahap rekod tinggi, manakala bahagian gaji adalah pada rekod yang paling rendah. Rahsia sebenar ledakan ekonomi semasa ialah pihak kapitalis mengekstrak dengan banyak jumlah nilai lebih (surplus value) dari kelas pekerja. Di Amerika Syarikat pekerja menghasilkan secara purata satu pertiga lebih daripada sepuluh tahun yang lalu,namun gaji sebenar bertakung atau jatuh dari segi sebenar. Keuntungan telah berkembang pesat dan yang kaya menjadi lebih kaya diatas pengorbanan kelas pekerja.

Mari kita ambil satu contoh yang lain, contoh yang lebih menarik: globalisasi.Penguasaan pasaran dunia yang menghancurkan adalah manifestasi yang paling penting dalam zaman kita, dan ini sepatutnya menjadi satu penemuan baru. Tapi, globalisasi telah diramalkan dan dijelaskan oleh Marx dan Engels lebih 150 tahun yang lalu. Namun apabila Manifesto itu ditulis, hampir tidak wujud data empirikal untuk menyokong hipotesis seperti itu. Ekonomi kapitalis yang benar-benar membangun ketika itu adalah England. Industri baru (infant industry) di Perancis dan Jerman (yang tidak pun wujud sebagai entiti yang bergabung) masih terlindung di belakang dinding tarif yang tinggi adalah satu fakta yang senang dilupakan hari ini,kerajaan-kerajaan Barat dan ahli-ahli ekonomi menyampaikan kuliah menegaskan keseluruh dunia demi keperluan untuk membuka ekonomi mereka.

Pada skala dunia hasil “ekonomi pasaran” global adalah menakutkan. Padatahun 2000,  200 orang yang paling kaya mempunyai kekayaan sama banyak dengan 2 bilion orang yang paling miskin. Menurut angka PBB, 1.2 bilion manusia hidup dengan pendapatan kurang daripada dua dolar sehari. Daripada lapan juta lelaki, wanita dan kanak-kanak ini mati setiap tahun kerana mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk terus hidup.Semua orang bersetuju bahawa pembunuhan enam juta orang dalam Holocaust Nazi adalah satu jenayah yang amat berat terhadap kemanusiaan, tetapi di sini kita mempunyai Holocaust senyap yang membunuh lapan juta orang yang tidak bersalah setiap tahun dan tiada siapa yang punya apa-apa untuk diperkatakan tentang subjek ini.

Ditengah-tengah kesengsaraan yang paling mengerikan dan penderitaan manusia ada pesta membuat wang dan pameran kekayaan. Diseluruh dunia pada masa ini terdapat 945 jutawan dengan jumlah kekayaan AS $ 3.5 trilion. Ramai diantara mereka adalah rakyat Amerika Syarikat. Bill Gates mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan sekitar $ 56000000000. Warren Buffet tidak jauh di belakang dengan $52000000000. Kini mereka berbangga bahawa kekayaan ini melimpah kepada”negara-negara miskin”. Diantara yang paling kaya terdapat 13 wargaCina, 14 India – dan 19 Russia. Dan ini sepatutnya menjadi sebab untuk diraikan!

Perjuangan kelas

Materialisme sejarah mengajar kita bahawa keadaan menentukan kesedaran. Masalahnya ialah kesedaran itu ketinggalan dibelakang keadaan objektif, organisasi massa ketinggalan nya, dan yang paling penting, kepimpinan kelas pekerja ketinggalan lebih jauh di belakang. Ini adalah percanggahan utama dalam tempoh ini. Ia mesti diselesaikan, dan ia akan diselesaikan.

Idealis sentiasa membentangkan kesedaran sebagai kuasa motor semua kemajuan manusia.Tetapi kajian sejarah yang paling cetek menunjukkan bahawa kesedaran manusia sentiasa cenderung untuk ketinggalan dibelakang kejadian. Jauh daripada menjadi revolusioner, ia adalah pandangan konservatif secara semula jadi dan mendalam.Kebanyakan orang tidak suka akan idea perubahan dan juga pergolakan ganas yang mengubah keadaan yang sedia ada. Mereka cenderung untuk berpaut kepada idea-idea yang biasa, institusi terkenal, moral tradisional, agama dan nilai-nilai susunan sosial yang sedia ada. Tetapi secara dialektik, perkara-perkara berubah menjadi sebaliknya. Lambat laun, kesedaran akan dibawa ke garis yang sama dengan realiti dengan cara yang membuatkan ia meletup. Itulah makna yang tepat terhadap revolusi.

Marxsisme menjelaskan bahawa dalam analisis terakhir, kunci kepada semua pembangunan sosial adalah perkembangan kuasa-kuasa produktif. Selagi masyarakat maju depan,iaitu, selagi ia mampu membangunkan industri, pertanian, sains dan teknologi,ia dilihat sebagai berdaya maju oleh majoriti besar manusia. Dalam keadaan itu,lelaki dan wanita biasanya tidak mempersoalkan masyarakat yang sedia ada, prinsip moral dan undang-undang. Sebaliknya, ia dilihat sebagai sesuatu yang semulajadi dan tidak dapat dielakkan: semula jadi dan tidak dapat dielakkan seperti terbit dan terbenamnya matahari.

Peristiwa besar adalah perlu untuk membenarkan massa untuk melepaskan beban berat tradisi, kebiasaan dan rutin dan demi memeluk idea-idea baru. Itulah pendekatan yang diambil oleh konsep sejarah materialis, yang secara bijaknya dinyatakan oleh Karl Marx dalam frasa terkenal “makhluk sosial menentukan kesedaran.” Ia memerlukan peristiwa besar untuk mendedahkan ketidaksempurnaan order lama dan meyakinkan orang ramai tentang perlunya penggulingan yang lengkap. Proses ini tidak automatik dan mengambil masa. Dalam tempoh terakhir ia muncul dan kelihatan bahawa perjuangan kelas di Eropah adalah satu perkara masa lalu. Tetapi kini segala percanggahan yang terkumpul sedang timbul ke permukaan, menyediakan jalan bagi letupan perjuangan kelas dimana-mana. Malah di negara-negara seperti Austria, di mana selama beberapa dekad kelas pemerintah membeli kedamaian sosial dengan pembaharuan/reform,peristiwa yang meribut sedang didalam proses penyedian. Perubahan yang mendadak dan mengejut adalah tersirat di dalam keadaan.

Apabila Marx dan Engels menulis Manifesto, mereka adalah dua anak muda, masing-masing berusia 29 dan 27 tahun . Mereka menulis dalam tempoh reaksi hitam. Kelas pekerja kelihatan seperti tidak bergerak. Manifesto itu sendiri telah ditulisdi Brussels, di mana penulis terpaksa melarikan diri sebagai pelarian politik.Namun disaat apabila Manifesto Komunis pertama kali melihat cahaya matahari pada bulan Februari tahun 1848, revolusi telah meletus diatas jalan-jalan di Paris, dan dalam bulan-bulan berikut telah tersebar secara cepat sekali kehampir seluruh Eropah. Kita sedang memasuki ke dalam tempoh paling sawan yangakan berlangsung selama beberapa tahun, sama dengan tempoh di Sepanyol 1930-1937. Akan ada kekalahan dan kemunduran, tetapi di bawah syarat-syarat iniorang ramai akan belajar dengan cepat. Sudah tentu, kita tidak boleh menokok tambah: kita masih diawal permulaan proses radikalisasi. Tetapi ia adalah sangat jelas di sini bahawa kita sedang menyaksikan permulaan perubahan kesedaran dikalangan orang ramai.Semakin banyak orang yang mempersoalkan kapitalisme. Mereka terbuka kepada idea-idea Marxsisme dengan cara yang tidak berlaku sebelum ini. Dalam tempoh yang mendatang idea-idea yang yang terhad kepada kumpulan-kumpulan revolusioner yang kecil akan secara sabarnya akan diikuti oleh berjuta-juta.

Oleh itu, kita boleh menjawab Mr Fukuyama seperti berikut: sejarah belum berakhir.Malah, ia masih tidak bermula. Apabila generasi akan datang melihat kembali pada “tamadun” kita masa ini , mereka akan mempunyai sikap dan pandangan yang sama dengan apabila kita melihat ke arah kanibalisme. Keadaan sebelum tercapainya tahap yang lebih tinggi perkembangan manusia adalah penamatan anarki kapitalis dan penubuhan pelan pengeluaran yang rasional dan demokratik di mana lelaki dan wanita boleh mengambil kehidupan dan nasib mereka kedalam tangan mereka sendiri.

“Ini adalah satu Utopia mustahil!” Kita akan diberitahu oleh gadungan”realis”. Tetapi apa yang benar-benar tidak realistik adalah untuk membayangkan bahawa masalah yang dihadapi umat manusia boleh diselesaikan diatas dasar sistem sekarang yang telah membawa dunia kepada keadaan yang amat menyedihkan seperti sekarang ini. Untuk mengatakan bahawa umat manusia tidak berupaya untuk mencari alternatif yang lebih baik kepada undang-undang rimba adalah fitnah besar keatas umat manusia.

campaign-for-web-fp1_copy

Dengan bergantung kepada potensi yang amat besar sains dan teknologi, membebaskan mereka daripada belenggu besar dari pemilikan persendirian dan negara bangsa,ia akan menjadi tidak mustahil untuk menyelesaikan semua masalah yang menindas dunia kita dan mengancamnya dengan kemusnahan. Sejarah manusia yang sebenarhanya akan bermula apabila lelaki dan wanita telah menamatkan perhambaan kapitalis dan mengambil langkah-langkah pertama ke arah alam kebebasan.

London,November 19, 2010

Nota: artikel asal didalam bahasa Inggeris boleh dibaca di http://www.marxist.com/why-we-are-marxists.htm

Mengapa Kita Marxist?