Ditulis oleh Alan Woods, 29 September 2014
Pada tanggal 28 September 1864, deligasi daripada pelbagai negara berkumpul di St. Martin’s Hall di London. Ini adalah percubaan yang paling serius ketika itu untuk menyatu dan memajukan lapisan-lapisan dikalangan kelas pekerja diatas satu skala antarabangsa. Perjumpaan tersebut adalah merupakan hasil daripada solidariti antarabangsa terhadap kebangkitan di Poland pada tahun 1863.
Perjumpaan itu secara sebulat suara telah memutuskan untuk menubuhkan Pertubuhan Pekerja Antrabangsa atau International Workingmen’s Association (IWA), yang kemudiannya dikenali sebagai Internasional Pertama atau the First International. Pusatnya telah diletakkan di London, diarahkan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada 21 orang, yang ditugaskan untuk menderaf sebuah program dan perlembagaan. Tugas ini telah diamanahkan kepada Karl Marx, yang sejak ketika itu dan dihari yang mendatang telah memainkan peranan kepimpinan yang amat penting didalam Internasional tersebut.
Jika ditinjau kembali, kita boleh mengatakan bahawa tugas bersejarah Internasional Pertama adalah untuk mewujudkan prinsip-prinsip utama, program, strategi dan taktik revolusionari Marxisme didalam skala dunia. Walau bagaimanapun, internasional baru tersebut tidak terus terbentuk dan dilengkapi “senjata” sepenuhnya, seperti Athena dari kepala Zeus. Pada permulaannya, ia bukanlah internasional Marxis, tetapi organisasi yang terdiri daripada kepelbagaian pemikiran daripada tendensi-tendensi yang berlainan.
Walau bagaimanapun, para pengasas sosialisme saintifik adalah sangat berbeza daripada jenama sektarianisme yang mencuba untuk mencari sebuah organisasi kelas pekerja yang tulen dan suci, sesuatu yang tidak pernah wujud dan tak akan pernah wujud. Marx dan Engels memahami akan kepentingan untuk melakukan kerja-kerja didalam arena yang luas bersama akar umbi massa dikalangan kelas pekerja. Didalam pengertian ini, penyertaan oleh kesatuan-kesatuan sekerja British pada ketika itu adalah sangat penting.
Daripada permulaan Marx dan Engels melancarkan perjuangan yang sangat “degil” demi penjelasan ideologikal didalam Internasional. Tetapi mereka ketika itu benar-benar faham bahawa untuk menawan massa dengan idea-idea sosialisme saintifik, maka adalah merupakan satu keperluan untuk menjalankan kerja secara sabar didalam organisasi-organisasi proletariat yang telah ditentukan sejarah akan kewujudannya berakar umbi didalam kelas pekerja. Buat pertama kalinya IWA telah menyediakan mereka dengan rangka kerja didalamnya untuk menguji dan berdebat idea-idea mereka diluar skop lingkaran kecil revolusionari yang telah wujud ketika itu.
Pada permulaannya Marx dan Engels telah menghadapi kesukaran yang amat kuat. Di kebanyakan negara gerakan pekerja ketika itu masih di awal permulaan. Ia masih didalam peringkat pembentukan dan kebiasaannya dipengaruhi oleh borjuis liberal dan idea-idea demokratik. Di kebanyakan negara, gerakan kelas pekerja masih tidak mampu memisahkan gerakan mereka dengan parti borjuis.
Dizaman Marx dan Engels, majoriti besar di Eropah adalah petani atau segelintir tukang, bukan pekerja bergaji. Hanya di Britain dimana kelas pekerja merupakan majoriti didalam masyarakat, tetapi para pemimpin kesatuan sekerjanya diketika itu berada dibawah pengaruh liberal. Di Perancis, para Proudhonis telah menentang mogok, dengan menjulang idea-idea utopian mereka iaitu “mutualisme”. Mereka juga ketika itu menentang penyertaan pekerja didalam perjuangan politik.
Akhirnya, dengan menggabungkan ketegasan prinsip bersama fleksibiliti yang besar didalam taktikal, Marx dan Engels secara beransur-ansur telah memenangi majoriti. Dibawah bimbingan Majlis Am (General Council) yang diketuai oleh Marx dan Engels, Internasional meletakkan rangka kerja untuk pembangunan gerakan pekerja di Eropah, Britain dan Amerika. Ia lantas mewujudkan akar yang dalam di negara-negara Eropah yang utama.
Sosialisme dan internasionalisme
Sosialisme adalah internasionalis, atau ia kosong. Semenjak daripada awal gerakan kita, didalam laman Komunis Manifesto, Marx dan Engels telah menulis kata-kata yang mashur :“ Para pekerja tidak punya negara.” Internasionalisme Marx dan Engels bukan sebuah perubahan fikiran, atau hasil daripada pertimbangan sentimental. Ia daripada fakta yang menunjukkan kapitalisme berkembang sebagai sebuah sistem dunia – daripada ekonomi-ekonomi nasional yang berbeza, disitu bangkit sebuah ekonomi tunggal, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung dengan keseluruhannya – pasaran dunia.
Hari ini ramalan pengasas Marxisme telah secara jelas menunjukkan, didalam hampir gaya makmal. Dominasi pasaran dunia yang menghancurkan adalah fakta yang teramat penting pada zaman kita. Tiada satu negara pun, tidak kira betapa besar dan berkuasa – bukan Amerika Syarikat, bukan China, bukan Russia – dapat berkecuali daripada tarikan hebat pasaran dunia.
Tiada lagi buku yang lebih moden daripada Manifesto tulisan Marx dan Engels. Ia menjelaskan pecahan masyarakat kepada kelas-kelas; ia menjelaskan fenomena globalisasi, krisis produksi berlebihan secara global, sifat negara dan kuasa-kuasa motor yang menjadi asas kepada perkembangan sejarah. Marx dan Engels telah sedia aktif didalam Liga Komunis, yang daripada permulaannya, sebuah organisasi antarabangsa, tetapi penubuhan IWA menyerlahkan langkah kedepan yang kualitatif.
Internasional lalu tumbuh dan berkembang didalam tempoh sebelum Komune Paris. Ia tidak terpisah daripada masalah-masalah harian kelas pekerja. Sebaliknya, ia sentiasa terlibat didalam kerja praktikal didalam gerakan pekerja. Internasional tertulis pada banner nya perjuangan untuk kesaksamaan dan berjuang untuk pembaikan kondisi wanita dan orang muda yang menderitai penindasan yang dasyat dibawah kapitalisme. Pada mulanya IWA punyai hampir kesemuanya ahli nya adalah lelaki, tetapi pada April 1865 keahliannya dibuka untuk wanita dan Internasional telah membangunkan siri-siri permintaan untuk pekerja wanita.
Ibu Pejabat Majlis Am adalah di London dan beberapa kesatuan sekerja bergabung dengannya. Ia menyertai banyak permogokan dan lain-lain pertelingkahan pekerja. Internasional berniat untuk menghalang pengimportan pelanggar mogok dari luar dan memungut wang untuk memberi bantuan terus kepada pemogok dan keluarga mereka. Ia membuatkan organisasi baru ini sangat popular dikalangan pekerja, yang mula menyedari bahawa Internasional adalah juara kepada proletariat, dan telah berjuang untuk mempertahankan kepentingan nya.
Namun segala kejayaan, atau lebih tepat kerananya, kesatuan sekerja reformis semakin cemas dengan peningkatan pengaruh Internasional di Britain. Mereka menerima pertolongannya tetapi tiada sebarang simpati terhadap idea sosialis dan revolusionari nya. Walau bagaimanapun, Internasional sangat popular dikalangan gerakan kelas pekerja di Britain. Persidangan kesatuan sekerja di Sheffield menerima satu resolusi berterima kasih kepada IWA terhadap usaha untuk menyatukan semua pekerja dari semua negara didalam satu liga persaudaraan, dan menyarankan supaya kesatuan sekerja diwakili didalam persidangan untuk menyertai Internasional.
Perjuangan menentang sektarianisme
Marx dan Engels diketika itu harus melawan pada dua sudut: disatu sudut, mereka terpaksa memerangi idea-idea reformis daripada kepimpinan kesatuan sekerja yang oportunis yang sentiasa cenderong kearah kerjasama kelas dan pakatan bersama borjuis liberal. Disatu sudut lagi, mereka terpaksa untuk melancarkan pertempuran yang berterusan melawan tendensi ultraleft dan sektarian. Situaisi ini tidak pernah banyak berubah dihari ini. Tendensi Marxis telah dihadapkan dengan masalah yang sama dan harus melawan musuh-musuh yang sama. Nama-nama mungkin sudah bertukar tapi isinya tetap sama.
Sejarah Internasional Pertama telah dibentuk terutama sekali oleh perjuangan diantara dua trend yang tidak bersesuaian antara satu sama lain: disatu sudut adalah sistem sektarian dan utopian yang pada mulanya mendominasi didalam gerakan kelas pekerja dan, disatu sudut lain, adalah sosialisme saintifik, yang diwakili oleh Karl Marx.
Internasional Pertama, selain daripada Owenites dan kesatuan sekerja reformis, terdapat juga Proudhonis dan Blanquis, pengikut pengikut kepada nasionalis sederhana di Italy, anarkis Russia, dan trend-trend yang lain. Didalam surat kepada Engels, Marx menulis: “ia adalah amat sukar untuk membentuk perkara supaya pandangan kita boleh disampaikan didalam bentuk yang boleh diterima daripada yang pendirian sekarang didalam gerkan pekerjs. (…) ia akan mengambil masa sebelum kebangkitan semula gerakan membenarkan kejituan yang lama didalam ucapan. Ia akan menjadi kewajipan untuk menjadi fortiter in re, suaviter in modo (sederhana didalam cara dan berani didalam isi).”
Pihak anaskis, kedua-dua trend Proudhonis dan Bakunis, ketika itu menentang penyertaan kelas pekerja kedalam perjuangan politikal, walaupun dari sudut pandangan yang berbeza. Proudhonis menyarankan supaya para pekerja untuk mencapai emansipasi mereka melalui langkah-langkah ekonomi kecil-kecilan, turutama sekali melalui organisasi kredit percuma dan pertukaran yang samsama dikalangan pengeluar.
Dipihak yang satu lagi Bakunis menganjurkan “propaganda amalan” atau didalam bahasa Inggerisnya “propaganda of the deed”, yang membawa kepada keganasan individual dan pemberontakan kecil-kecilan, yang kononnya untuk menyiapkan lapangan buat kebangkitan umum demi mencapai revolusi sosial sekaligus. Ketika Proudhon dipamerkan didalam bentuk bojuis kecil-kecilan seperti pemegang kecil dan tukang-tukang bebas, Bakunin menyerlahkan proletariat lumpen dan pemberotakan petani.
Idea-idea palsu ini merupakan masalah yang serius diketika massa pekerja sedang meningkat kesedaran terhadap satu kehidupan baru. Pulih daripada kekalahan teruk yang mereka alami selepas revolusi 1848, para pekerja Perancis secara nalurinya menyatakan pemberontakan mereka terhadap perhambaan ekonomi didalam permogokan, ketika secara politiknya mereka sedang mempersiapkan perjuangan untuk menumbangkan rejim Bonapartis. Tetapi Proudhonis ketika itu menentang permogokan dan menawarkan palliatif kecil-kecilan dengan watak utopian.
Daripada meletakkan diri mereka didalam gerakan sebenar kelas pekerja dan meningkatkan massa ketahap yang lebih tinggi, semua sektarian berusaha untuk menyumbat doktrin-doktrin tertentu mereka. Satu perjuangan ideologi yang bernas dan “keras kepala” adalah perlu untuk membersihkan Internasional daripada sektarinisme dan memperlengkapkannya dengan asas ideologi yang kukuh. Marx terpaksa meluangkan masa yang amat banyak dan usaha demi perjuangan menentang sektarianisme didalam semua bentuk.
Komune Paris
Pada hari itu, berjuasi gementar terhadap ancaman komunisme dalam bentuk antarabangsa. Tetapi peristiwa besar sedang dipersiap yang akan merintangi perkembangannya. Sementara perjuangan ideologikal sedang berlangsung didalam Internasional, satu situasi dramatik sedang berlaku di Benua Eropah.
Pada Julai 1870 perang telah tercetus antara Bonapartis Perancis dan Jerman Bismarck. IWA mengambil posisi Internasionalis terhadap perang. Majlis Am mengeluarkan manifesto membantah perperangan, dan meletakkan kesalahan itu bersama kedua-dua Napoleon dan Kerajaan Prussian. Sementara menyatakan bahawa untuk Jerman perperangan mempunyai watak pertahan, manifesto memberi amaran kepada pekerja-pekerja Jerman bahawa jika mereka benarkan perang ini menjadi perang penaklukan, ini akan mendatangkan bencana kepada proletariat sama ada ia berakhir dengan kemenangan atau kekalahan.
Kekalahan besar tentera Perancis pada 4 September 1870, membawa kepada beberapa siri peristiwa yang mejurus kepada pemberontakan oleh proletariat dan penubuhan negara pekerja buat pertama kalinya dalam sejarah: Komune Paris. Dalam kata-kata Marx, para pekerja di Paris “menyerbu syurga.” Komune bukanlah sebuah parlimen dari jenis yang lama, tapi adalah sebuah badan yang berkerja dengan eksekutif dan juga punya fungsi-fungi legislatif atau perundangan. Badan-badan kerajaan dan pegawai-pegawai, yang selama ini hanya menjadi alat kerajaan dan instrumen kegunaan dibawah kawalan kelas pemerintah, telah digantikan dengan badan perwakilan yang terdiri daripada orang yang dipilih oleh semua pengundi yang layak, dan tertakluk kepada penarikan semula jawatan pada bila-bila masa.
Ini bukan tempatnya untuk menceritakan sejarah terperinci tentang Komune Paris. Cukup untuk dikatakan bahawa kelemahan Komune adalah kelemahan kepimpinannya. Komune tidak mempunyai sama ada program yang pasti atau taktik pertahanan atau menyerang yang jelas. Didalam Komune itu sendiri, Internasionalis merupakan minoriti. Hanya tujuh belas orang daripada jumlah keseluruhan ahli iaitu sembilan puluh dua. Didalam ketiadaan satu kepimpinan yang berkesedaran, Komune tidak berupaya untuk membentangkan persepktif yang luas kepada para pekerja dan petani yang jika disebaliknya sudah tentu dapat menamatkan isolasi para pekerja di Paris.
Walupun mencapai pencapaian yang besar, Komune telah melakukan kesilapan. Khususnya, Marx menunjukkan kepada kegagalan untuk memiliknegarakan Bank of France dan mara kearah pusar kaunter-revolusi di Versailles. Kelas pekerja terpaksa membayar dengan harga yang amat berat untuk kesilapan-kesilapan tersebut. Kerajaan di Versailles telah diberikan masa untuk menyiapkan tentera kaunter-revolusi yang mara ke Paris dan menghancurkan Komune dengan penuh kekejaman.
Setelah melemaskan Komune dengan darah, akhbar-akhbar borjuis menganjurkan kempen fitnah yang busuk terhadapnya. Marx mempertahankan Komune sekeras-kerasnya. Dengan nama Majlis Am beliau menulis sebuah manifesto yang kemudiannya dikenali sebagai Perang Saudara di Perancis, yang didalamnya beliau menerangkan kepentingan sejarah yang sebenar revolusi proletariat yang besar tersebut. Komune adalah bentuk pemerintahan politik oleh kelas pekerja, sebuah kediktatoran yang ditubuhkan oleh kelas yang tertindas keatas kelas yang menindas. Ia merupakan satu rejim peralihan yang berdiri demi transformasi ekonomi lengkap masyarakat. Ini lah yang dimaksudkan oleh Marx apabila beliau bercakap tentang kediktatoran proletariat.
Keruntuhan Internasional
Kekalahan Komune Paris merupakan pukulan maut terhadap IWA. Pesta tindak balas yang meletus membuatkan ia menjadi mustahil untuk berfungsi di Perancis, dan dimana-mana Internasional dianiaya. Tapi sebab yang sebenar yang menyebabkan kesukaran itu adalah kemajuan kapitalisme didalam skala global yang tercetus selepas kekalahan Komune. Ini kemudiannya memberikan kesan negatif terhadap Internasional.
Didalam keadaan-keadaan tersebut, dengan tekanan-tekanan kapitalisme keatas gerakan pekerja telah menyebabkan pertengkaran dalaman dan bersikap berpuak-puak. Disuapkan dengan suasana umum dengan kekecewaan dan berputus asa, komplot Bakunin dan para pengikutnya semakin giat. Kerana sebab-sebab ini, Marx dan Engels pada mulanya mencadangkan supaya ibu pejabat Internasional dipindahkan ke New York, namun akhirnya memutuskan bahawa adalah lebih baik membubarkan Internasional, sekurang-kurangnya buat seketika itu. IWA secara rasminya dibubarkan pada 1876.
IWA telah berjaya meletakkan asas-asas teori untuk revolusionari Internasional yang tulen. Namun ia tidak pernah bergerak sebagai Internasional pekerja massa yang sebenar. Ia merupakan satu jangkaan terhadap masa depan. Sosialis Antarabangsa (Internasional Kedua), dilancarkan pada 1889, bermula dimana Internasional Pertama tinggalkan. Berbeza dengan sebelumnya, Internasional Kedua bermula sebagai Internasional yang mengorganisasikan jutaan pekerja. Ia mempunyai parti-parti massa dan kesatuan-kesatuan sekerja di Jerman, Perancis, Britain, Belgium, dan lain-lain. Tambahan pula, ia berdiri, sekurang-kurangnya dengan kata-kata, diatas dasar revolusionari Marxisme. Masa depan sosialisme dunia tampak seperti pasti.
Walau bagaimanapun, nasib malang Internasional Kedua adalah ia dibina ketika kemajuan kapitalisme yang panjang. Ini telah meninggalkan kesan keatas mentaliti lapisan kepimpinan parti-parti Sosial Demokratik dan kesatuan-kesatuan sekerja. Tempoh diantara 1871-1914 merupakan zaman klasik Sosial Demokrasi. Diatas dasar tempoh pertumbuhan ekonomi yang panjang, ia memungkinkan untuk kapitalism untuk memberi konsesi-konsesi kepada kelas pekerja, atau, lebih tepat lagi, kepada lapisan teratasnya. Ini merupakan bahan asas kepada degenerasi atau kemorosotan reformis-nasional buat Internasional Kedua (Sosialis), yang secara kejamnya terdedah dalam 1914, apaila para pemimpin Internasional memberi undi untuk kredit perang dan menyokong borjuasi “mereka” dalam penyembelihan imperialis ketika Perang Dunia Pertama.
International Ketiga
Bencana yang dasyat Perang Dunia Pertama telah menyediakan benih kepada Revolusi Russia, yang pada 1917 telah membawa para pekerja kepada kekuasaan dibawah kepimpinan Parti Bolshevik yang dikepalai oleh Lenin dan Trotsky. Namun Bolshevik tidak pernah melihat Revolusi Russia sebagai semata-mata aksi nasional tapi merupakan aksi pertama kepada revolusi sosialis dunia. Sebab itu dalam 1919 mereka menubuhkan revolusionari Internasional.
Internasional Ketiga (Komunis), secara umumnya dikenali sebagai Komintern, berdiri diatas satu tahap yang lebih tinggi secara kualitatifnya jika dibandingkan dengan kedua-dua pendahulunya. Seperti IWA Internasional Ketiga, pada tahap tertinggi pembangunannya, berdiri untuk satu revolusi yang jelas, program internasionalis. Seperti Internasional Kedua, ia mempunyai jutaan massa. Sekali lagi, ia menampakkan nasib revolusi dunia berada didalam genggaman tangan.
Dibawah kepimpinan Lenin dan Trotsky, Komunis Internasional mengekalkan garis revolusi yang tepat. Walau bagaimanapun, isolasi Revolusi Russia dibawah kondisi-kondisi dimana kemunduran dari segi material dan kebudayaan yang menyebabkan degenerasi atau kemerosotan yang birokratik terhadap revolusi. Puak birokratik yang diketuai oleh Stalin akhirnya semakin menguasai, terutama sekali selepas kematian Lenin pada 1924.
Leon Trotsky dan Oposisi Kiri cuba untuk mepertahankan tradisi bersih revolusi Oktober daripada reaksi Stalinis – tradisi Leninis demokrasi pekerja dan internasionalisme proletairat. Namun mereka pada hakikatnya sedang berenang melawan arus. Para pekerja Russia sedang kepenatan oleh perang yang bertahun-tahun, revolusi dan perang saudara. Manakala di satu sudit lain, birokrasi semakin berkeyakinan, menolak pekerja ketepi dan mengambil alih parti.
Kebangkitan Stalinisme di Russia menyekat potensi besar Internasional Ketiga. Degenerasi Stalinis di Kesatuan Soviet membawa malapetaka dengan barisan kepimpinan parti-parti komunis di luar negara masih belum menampakkan kematangan. Manakala Lenin dan Trotsky melihat kepada revolusi pekerja seluruh dunia sebagai satu-satunya jaminan masa depan revolusi Russia dan negeri Soviet, Stalin dan para pengikutnya tidak mengambil peduli tentang revolusi dunia. “Teori” sosialisme didalam satu negara menampakkan keterbatasan nasional terhadap birokrasi, yang melihat Komunis Internasional tidak lebih sebagai sebuah alat dasar luar negara bagi Moscow. Setelah menggunakan Komintern untuk tujuannya yang sinis, Stalin membubarkannya pada tahun 1943 tanpa persetujuan walaupun sebuah kongres yang palsu.
Internasional Keempat
Diusir dan dibuang, Trotsky mencuba untuk mengumpul kembali kumpulan kecil yang tetap setia kepada tradisi Bolshevisme dan revolusi Oktober. Didalam keadaan-keadaan yang amat sukar, difitnah oleh para Stalinis dan dianiaya oleh GPU, beliau menjulang tinggi panji Oktober, Leninisme, demokrasi pekerja dan internasionalisme proletariat.
Malangnya, diatas kekuatan yang kecil, ramai pengikut Oposisi Kiri didalam kekeliruan dan hilang arah, dan banyak kesilapan telah dibuat, khususnya yang bersifat sektarian. Ini mencerminkan sebahagianya adalah isolasi Trotskyis daripada gerakan massa. Sektarianisme ini wujud pada hari ini didalam kebanyakan kumpulan yang mendakwa sebagai mewakili Trotskyisme, tetapi telah gagal untuk memahami idea-idea yang paling asas yang dipertahankan oleh Trotsky.
Trotsky melancarkan Internasional Keempat pada tahun 1938 atas dasar perspektif yang pasti. Walau bagaimanapun, perspektif ini telah dipalsukan oleh sejarah. Pembunuhan Trotsky oleh assasin yang dihantar oleh Stalin pada tahun 1940 telah memberi pukulan maut terhadap gerakan. Pemimpin-pemimpin Internasional Keempat yang lain terbukti benar-benar tidak layak untuk tugas-tugas yang ditimbulkan oleh sejarah. Mereka mengulangi kata-kata Trotsky tanpa pemahaman kaedah Trotsky. Kesannya, mereka telah melakukan kesilapan yang amat serius yang membawa kepada karamnya kapal Internasional Keempat. Para pemimpin Internasional Keempat sama sekali tidak mampu untuk memahami situasi baru yang timbul selepas 1945. Perpecahan dan serpihan gerakan Trotskyis telah berakar umbi didalam tempoh tersebut.
Adalah tidak berkemungkinan disini untuk memperincikan tentang kesilapan-kesilapan barisan kepimpinan Internasional Keempat, tetapi adalah mencukupi dinyatakan bahawa Mandel, Cannon dan lain-lain, telah hilang penunjuk arah mereka selepas Perang Dunia Kedua dan ini telah membawa kepada pegabaian total Marxisme yang tulen. Apa yang dipanggil Internasional Keempat telah merosot setelah kematian Trotsky menjadi mazhab borjuis kecil secara organik. Ia tidak punya sebarang persamaan dengan idea-idea pengasasnya atau tendensi Bolshevisme-Leninisme tulen.
Gerakan telah terperosot kebelakang
Internasional Kedua dan Ketiga merosot menjadi organisasi-organisasi reformis, tapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai massa. Trotsky, didalam buangan, tidak mempunyai satu organisasi massa, tetapi beliau mempunyai program yang betul dan dasar dan panji yang bersih. Beliau dihormati oleh pekerja seluruh dunia dan idea-idea beliau didengari. Hari ini, apa yang dipanggil Internasional Keempat tidak wujud sebagai satu organisasi. Mereka yang bercakap diatas namanya (dan terdapat sebahagian kecil daripada mereka) tidak mempunyai sama ada massa, atau idea-idea yang betul, mahupun panji bersih. Mereka telah merosot kepada sejenis sektarianisme mandul yang Marx perangi didalam Internasional Pertama. Semua cakap-cakap untuk mengembalikan Internasional Keempat atas dasar ini sememangnya dikecualkan.
Kita mesti menghadapi kenyataan. Hari ini, 150 tahun selepas penubuhan Internasional Pertama, dengan kombinasi keadaan-keadaan, objektif dan subjektif, gerakan revolusi telah terperosot kebelakang, dan kuasa-kuasa Marxisme tulen telah dikecilkan menjadi minoriti. Itu lah kebenarannya, dan sesiapa saja yang menafikannya hanyalah menipu dirinya sendiri dan menipu orang lain. Sebab-sebab untu ini boleh ditemui sebahagiannya didalam kesilapan yang dilakukan pada masa lampau. Tetapi faktor yang paling penting yang membawa kepada isolasi dan kelemahan barisan revolusi Marxisme boleh ditemui didalam situasi objektif.
Pertumbuhan ekonomi berdekad dinegara-negara kapitalis maju telah menimbulkan kemorosotan yang cepat dikalangan organisasi-organisasi massa kelas pekerja. Ia telah mengisolasikan arus revolusi, yang dimana-mana telah dikecilkan menjadi minoriti. Keruntuhan Kesatuan Soviet telah berperanan untuk menyemaikan kekeliruan dan kehilangan arah didalam gerakan, dan merupakan tirai penutup kepada degenerasi bekas para pemimpin Stalinis, ramai yang telah disalurkan kepada kem reaksi kapitalis.
Ramai yang membuat kesimpulan yang pesimis daripada perkembangan ini. Kepada mereka kita katakan: ini bukan kali pertama kita menghadapi kesukaran, dan kita tidak akan takut dengan pa-apa kesukaran. Kita mengekalkan keyakinan yang teguh terhadap ketepatan Marxisme, didalam potensi revolusionari kelas pekerja dan didalam kejayaan terakhir sosialisme. Krisis hari ini mendedahkan peranan reaksionari kapitalisme, dan meletakkan keatas aturan hari ini kebangkitan sosialisme antrabangsa. Telah terdapat permulaan kepada pengumpulan semula kekuatan-kekuatan diperingkat antarabangsa. Apa yang diperlukan oleh pengumpulna semula ini adalah sebuah ekspresi yang teratur dan sebuah program jelas, perspektif dan dasar.
Hanya satu jalan keluar
Tugas-tugas yang sedang kita hadapi adalah lebih kurang sama dengan apa yang dihadapi oleh Marx dan Engels diketika penubuhan Internasional Pertama. Seperti yang kita terangkan diatas, bahawa organisasi bukan homogen tetapi terdiri daripada pelbagai tendensi-tendensi yang berbeza. Walau bagaimanapun, Marx dan Engels tidak putus semangat kerananya. Mereka menyertai gerakan umum kepada International kelas pekerja dan bekerja secara sabar untuk menyediakannya dengan sebuah ideologi saintifik dan program. Mereka telah menghadapi kesukaran. Pada hari-hari terakhir kehidupannya Engels menulis: “ Marx dan saya berada didalam minoriti sepanjang hidup kami, dan kami bangga menjadi minoriti.”
Seperti Marx dan Engels, selama berdekad kita bertanggung jawab untuk berenang melawan arus. Tetapi sekarang arus sejarah telah mula berpusing. Krisis ekonomi global 2008-9 telah menandakan titik perubahan didalam situasi dunia dan ahli strategi kapitalis tidak nampak jalan keluar. Mereka meramalkan 10 ke 20 tahun pemotongan dan langkah penjimatan. Ini telah menjadikan “pemulihan” yang paling lembab didalam sejarah kapitalisme dan mana-mana pemulihan yang wujud sama sekali tidak memberi manfaat kepada majoriti daripada populasi.
Mekanik elementari memberitahu kita bahawa setiap aksi mempunyai satu reaksi berlawanan yang setimpal. Krisis kapitalisme sedang memprovokasi reaksi oleh para pekerja dan anak muda. Dimana-mana, dibawah permukaan yang tenang, disana terdapat arus bawah dengan kemeluatan, kemarahan, rasa tidak puas hati, dan yang paling penting adalah kekecewaan terhadap keadaan didalam masyarakat dan politik. Disatu negara ke satu negara yang lain, massa telah bangkit didalam arena dengan kekuatan elemental: Tunisia, Mesir, Turkey, Brazil, Greece, Sepanyol dan Portugal. Malah di America Syarikat terdapat rasa tidak puas hati yang meluas dan pertanyaan tentang situasi dan keadaan semasa, yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Hari ini idea-idea Marx adalah lebih sah dan lebih diperlukan berbanding sebelum ini. Selepas enam tahun krisis ekonomi yang mendalam, terdapat pengangguran yang berleluasa, kemerosotan taraf hidup, serangan berterusan terhadap negara berkebajikan dan hak-hak demokratik. Kita punya skandal pengurus-pengurus bank, yang telah memusnahkan sistem kewangan dunia melalui ketamakan, spekulasi dan penipuan, bebas sambil menerima bonus yang besar. Oxfam mengeluarkan satu statistik yang telah menunjukkan bahawa 66 orang terkaya dunia mempunyai kekayaan terkumpul melebihi apa yang dimiliki oleh 3.5 billion yang termiskin, separuh daripada keseluruhan umat manusia. Marx meramalkan semua ini didalam halaman Kapital dan Manifesto Komunis.
Ahli-ahli ekonomi dan para politikus tidak ada sebarang solusi terhadap krisis, diatas sebab-sebab yang mereka sendiri tidak dapat fahami. Mereka merujuk kepada krisis sebagai krisis lebihan kapasiti global (global overcapacity), namun didalam realiti mereka menggunakan terma-terma tersebut kerana mereka sangat takut untuk memanggil sesuatu benda dengan nama sebenarnya. Apa yang mereka maksudkan adalah produksi berlebihan (overproduction), yang telah diterangkan oleh Marx didalam tahun 1848. Ini adalah merupakan kontradiksi ataupun percanggahan yang paling asas didalam kapitalisme, sesuatu yang tidak pernah dialami oleh masyarakat-masyarakat yang sebelumnya. Satu-satunya cara untuk menghapuskan kontradiksi ini adalah melalui pembebasan kuasa-kuasa produktif daripada genggaman pemilikan swasta dan negara bangsa.
Kelas pekerja dan anak muda tidak perlu diberitahu bahawa terdapatnya krisis ekonomi; apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan menghidupkan televisyen. Ketika rasa tidak selamat meningkat pada satu tiang, kekayaan mengumpul pada satu tiang yang lain. Produktiviti, jumlah kekayaan yang dihasilkan setiap jam berkerja, telah meningkat melebihi 50 peratus semenjak 1970an dikebanyakan negara-negara Barat, namun sebenar telah berhenti berkembang dalam tempoh yang sama. Nilai lebihan (surplus value) yang amat besar yang dihasilkan oleh kelas pekerja dimiliki oleh golongan terkaya dalam masyarakat, apa yang gerakan Occupy panggil sebagai golongan 1%.
Satu-satunya jalan untuk menghentikan anarki kapitalis adalah melalui kelas pekerja mengambil kuasa kedalam tangan mereka sendiri, merampas bank-bank dan syarikat-syarikat besar dan memulakan ekonomi diatas garis sosialis demokratik. Apabila golongan majoriti didalam masyarakat – mereka yang sebenarnya menghasilkan kekayaan – dapat menentukan keutamaan-keutamaan, mereka akan memastikan yang sumber-sumber yang dimiliki oleh masyarakat digunakan demi memenuhi keperluan manusia yang sebenar bukan keuntungan peribadi. Ia akan memungkinkan untuk menyediakan perumahan yang layak diduduki dan penjagaan kesihatan, pendidikan percuma disemua peringkat, dan pada masa yang sama meningkat produktiviti tenaga kerja secara besar-besaran.
Masyarakat sosialis yang baru ini akan meletakkan asas kepada penghapusan kelas. Didalam kata-kata Marx: “Ditempat masyarakat borjuis lama, dengan kelas-kelasnya dan percanggahan kelas, kita hendaklah mempunyai persatuan, dimana pembangunan bebas setiap (daripada mereka) adalah merupakan syarat untuk pembangunan bebas untuk semua.”
Tendensi Marxis Antarabangsa-TMA (International Marxist Tendency-IMT)
Diatas sebab-sebab yang telah kita terangkan, tidak ada Internasional massa tulen yang wujud dimasa ini. Internasional Keempat telah dimusnahkan oleh kesilapan-kesilapan para pemimpin selepas pembunuhan Trotsky, dan kesannya ia hanya hidup didalam idea, kaedah-kaedah dan program yang dipertahankan oleh Tendensi Marxis Antarabangsa.
Manusia dimana-mana telah bosan dan letih dengan situasi sekarang. Terdapat keinginan yang membara terhadap perubahan. Protes besar-besaran seperti Occupy adalah merupakan bentuk ekspresinya, namun didalam masa yang sama ia mendedahkan keterbatasan gerakan-gerakan yang spontan. Pihak bank dan kapitalis mengekalkan kawalan yang kukuh terhadap negara, protes mati secara perlahan dan segalanya kekal seperti sebelumnya.
Masalah utama boleh sahaja dinyatakan. Ia adalah masalah kepimpinan. Pada tahun 1938 Leon Trotsky menyatakan bahawa krisis kemanusian boleh disimpulkan kepada krisis kepimpinan proletariat. Yang benar-benar merumuskan keadaan sekarang. Ia merupakan satu ironi sejarah bahawa ketua-ketua parti-parti pekerja massa bergantung pada kapitalism yang usang dan pasaran walupun ia sedang tumbang didepan mata kita. Para pekerja dan anak muda telah melakukan segalanya yang mereka mampu untuk merubah masyarakat. Namun mereka tidak dapat mencari ungkapan teratur untuk usaha mereka. Pada setiap langkah mereka menemui jalan mereka disekat oleh birokratik lama organisasi-organisasi dan kepimpinan yang telah lama meninggalkan walupun kepura-puraan untuk berdiri demi sosialisme.
Apa yang membezakan Tendensi Marxis Antarabangsa (TMA) daripada tendensi-tendensi yang mendakwa sebagai Trotskyis adalah, pada satu sisi, adalah sikap menitik berat kepada teori, manakala pada sisi yang lain, pendekatan kita terhadap organisasi-organisasi massa. Berbanding dengan semua kumpulan-kumpulan lain kita mengambil sebagai titik permulaan dengan fakta bahawa apabila para pekerja bergerak kearah aksi, mereka tidak akan menuju kearah kumpulan-kumpulan kecil dipinggiran pergerakan Buroh. Didalam dokumen penubuhan gerakan kita Marx dan Engels menerangkan bahawa “ Komunis tidak menubuhkan parti berasingan yang berlawanan dengan parti-parti kelas pekerja yang lain”. Mereka menerangkan bahawa:
“Komunis berbeza daripada parti-parti kelas-pekerja yang lain hanya dengan perkara ini sahaja: 1. Didalam perjuangan proletariat peringkat nasional didalam negara-negara yang berbeza, mereka akan membawa dan mengemukakan kepentingan bersama seluruh kaum proletariat, secara bebas untuk semua nasionaliti. 2) Didalam pelbagai peringkat pembangunan dimana perjuangan kelas pekerja melawan borjuasi yang harus dilalui, mereka akan pada setiap masa dan tidak kira dimana sahaja akan mewakili kepentingan gerakan secara keseluruhannya.” (Manifesto Komunis, Proletariat dan Komunis)
Kata-kata ini kekal benar pada hari ini seperti ketika ia ditulis. Tugasan Marxis bukan untuk mengistiharkan parti revolusionari dan Internasional didalam kata-kata tetapi harus membinanya didalam praktis. Untuk itu, dua perkara adalah amat diperlukan: perjuangan untuk teori revolusionari dan pendidikan kader-kader Marxis dan orientasi kukuh terhadap kelas pekerja dan organisasi-organisasi massa.
Internasional tidak boleh ditubuhkan hanya dengan mengistiharkannya. Ia hanya boleh dibina diatas dasar peristiwa-peristiwa, seperti Komunis Internasional yang dibina diatas dasar pengalaman massa didalam tempoh huru-hara 1914-1920. Peristiwa-peristiwa besar adalah perlu untuk mendidik massa didalam keperluan transformasi revolusionari sebuah masyarakat. Tetapi disamping peristiwa, kita perlu mewujudkan sebuah organisasi dengan idea-idea jelas dan akar yang kukuh didalam massa pada skala dunia.
Tugasan kita adalah untuk menyertai perjuangan kelas berganding bahu dengan keseluruhan kelas kita, meredah segala pengalamannya dan pada setiap peringkat menjelaskan tentang keperluan untuk transformasi sosialis didalam masyarakat. Hanya dengan memenangi, pertama sekali elemen yang paling aktif dan berkesedaran didalam barisan proletariat dan anak muda memberikan kemungkinan untuk mencapai massa yang masih dibawah pengaruh birokrasi Buroh reformis. Pada tahun 1917, apabila mereka merupakan minoriti didalam Soviet, Lenin memberikan nasihat berikut kepada Bolsheviks: “Terangkan dengan sabar!” Itu adalah nasihat yang bagus.
Apa yang diperlukan adalah sesuatu yang lebih besar daripada kempen solidariti, demonstrasi dan Occupy. Apa yang diperlukan adalah pembinaan Internasional revolusionari yang mampu untuk memberikan ungkapan yang terurus dan petunjuk politik untuk perjuangan melawan imperialisme dan kapitalisme, demi sosialisme. Itu merupakan tugasan yang terpikul diatas bahu kita.
Daripada permulaan TMA/IMT kini beroperasi di lebih daripada 30 negara. Laman Web kami, http://www.marxist.com (In Defence of Marxism) adalah merupakan yang paling berjaya dan dibaca secara meluas didunia dengan jutaan pelawat setiap tahun. Dari Brazil ke Amerika Syarikat dan Kanada, dari Greece ke Vevezuela, dari Mexico ke Britain dan Perancis, TMA sedang membina kekuatan-kekuatan Marxisme. Di Pakistan, dibawah keadaan-keadaan yang amat sukar yang boleh dibayangkan, kita telah membina sebuah organisasi yang punyai ribuan pekerja-pekerja dan anak muda yang terbaik. Ini merupakan pencapaian yang besar tapi ia hanyalaha sebuah permulaan.
Kami merayu kepada setiap pekerja dan anak muda yang bersetuju dengan matlamat ini untuk membantu kami mencapai matlamat akhir kami: kejayaan sosialisme antrabangsa.
Lawan kapitalisme dan imperialisme!
Demi transformasi sosialis dalam masyarakat!
Sertai Tendensi Marxis Antarabangsa (International Marxist Tendency)didalam perjuangan demi sosialisme antrabangsa!
Pekerja seluruh dunia bersatu!
Terbitan asal oleh In Defence of Marxism
London, 28 September 2014.