Krisis kapitalisme Malaysia – perspektif kearah revolusi

di tulis oleh Mat Hasan, 27 Januari 2015

Rejim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sedang berada didalam krisis! Pergolakan didalam bentuk serang-menyerang diantara puak Mahathir dan puak Najib adalah merupakan “rahsia” yang diketahui umum sejak akhir-akhir ini. Perang diantara kedua puak daripada kelas pemerintah ini atau “perbalahan diantara penyamun” jika dipinjam kata marxist Ireland, James Connoly, adalah merupakan cermin kepada krisis yang sedang berlaku didalam sistem ekonomi kapitalis global yang dianuti oleh kita semenjak Malaysia “merdeka”. Tambahan pula, penyamun dan lanun tidak mungkin bertelagah sesama sendiri kerana hal selain harta rompakan yang menjadi rebutan. Perdana Menteri Najib Abdul Razak baru-baru ini terpaksa membuat pengumuman pemotongan perbelanjaan didalam pindaan belanjawan yang sudah dibentangkan di parlimen dibulan Oktober lalu. Angka ramalan pertumbuhan ekonomi juga terpaksa diturunkan, menterjemahkan tahap kelesuan ekonomi dunia pada saat ini. Pemotongan perbelanjaan ini menurut Najib tidak mencerminkan bahawa Malaysia sedang berada didalam krisis. Malah menurutnya pemotongan perbelanjaan tersebut merupakan langkah berhati-hati dan juga demi menyelaraskan perbelanjaan dengan harga minyak dipasaran dunia yang turun dengan mendadak dan kelesuan ekonomi dunia yang merupakan “diluar kawalan kita”.

Terikat didalam sistem

Sesungguhnya, Najib berkata benar apabila beliau mengatakan kelesuan ekonomi dan runtuhan harga minyak adalah diluar kawalan kita. Namun beliau tidak menjelaskan kepada kita mengapa ia berada diluar kawalan dan siapa yang mengawalnya kalau bukan kita? Karl Mark ditahun 1847 (Manifesto Komunis) sudah menjelaskan bahawa setiap negara walaupun yang terkuat dan yang paling berkuasa akan terikat didalam satu sistem kapitalis global yang melahirkan ketidakadilan melalui konsentrasi kapital dan polarisasi atau jurang dikalangan kelas didalam masyarakat. Ini bermakna krisis yang melanda satu bahagian dunia akan merebak atau memberi kesan kepada satu bahagian yang lain. Jadi, memang benar didalam sistem kapitalis global, kawalan untung nasib bukan berada didalam tangan kita!

Gambaran globalisasi sebenarnya adalah krisis kapitalisme peringkat global. China yang sepatutnya menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi dunia, disaat ini mengalami kelesuan. (China digelar sebagai ‘kilang dunia’ kerana perananya didalam produksi setiap barangan yang diguna oleh seluruh dunia). Manakala negara-negara lain seperti Brazil dan India yang dipanggil BRICs (Brazil, Russia, India dan China) masing-masing sedang dilanda krisis. Secara ringkasnya, China mengeluarkan barangan yang dilambak dipasaran dan pengguna tidak mampu membelinya yang membuatkan produksi China terpaksa diperlahankan, dan negara-negara yang bergantung kepada kegiatan eksport bahan mentah untuk kegunaan produksi di China secara automatiknya akan mengalami kesulitan kerana kejatuhan nilai eksport mereka. Maka begitulah secara ringkasnya hubung kait ekonomi dunia ketika ini.

Jadi, memang benar segala apa yang berlaku didalam sistem ekonomi ini adalah diluar kawalan kita. Namun sebagai Marxist, kita tidak hanya melihat dan menerima bahawa permasalahan krisis dunia hari ini adalah “diluar kawalan kita”. Sudah tentu krisis ini diluar kawalan kita kerana kapital bukan milik kita tapi dimiliki oleh kapitalis. Krisis yang dunia hadapi ketika ini adalah krisis yang berakar umbi didalam sistem kapitalisme dunia.

Krisis kapitalis global

Sejarah perkembangan kapitalisme telah merakam beberapa krisis penting seperti pada tahun 1917, 1929 dan yang terkini adalah 2008. Sistem ini telah melalui kitaran jatuh dan bangun atau apa yang disebutkan sebagai “boom and slump”. Namun krisis hari ini adalah jauh lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1929. Paul Krugman (ahli ekonomi kapitalis dan pemenang anugerah Nobel) menggambarkan krisis 2008 adalah kejatuhan abadi atau permanent slump.

Karl Marx menerangkan punca utama krisis kapitalisme adalah krisis produksi yang berlebih-lebihan atau didalam bahasa ekonomi borjuis ia disebut excess capacity. Secara ringkas, kita telah mengeluarkan terlampau banyak produk yang melambak dipasaran. Namun, didalam masa yang sama kelas pekerja diserang dengan upah murah, pengangguran dan sebagainya yang menyebabkan barangan dipasaran tidak mampu dibeli dan ini adalah merupakan kontradiksi yang paling nyata didalam sistem kapitalisme. Lalu, untuk keluar daripada krisis kapitalis menyediakan hutang atau kredit untuk memastikan ekonomi terus berjalan, yakni membuatkan kita terus mampu membeli. Penggalakan kredit untuk mengekalkan kadar permintaan keatas pasaran secara palsu hanya akan mengheret krisis ketahap yang lebih bahaya. Didalam Manifesto Komunis, Marx dan Angel menyatakan bahawa kapitalis selalu akan Berjaya mencari jalan keluar daripada krisis, namun dengan cara membuka jalan kepada krisis yang lebih besar tahap kemusnahannya. Ini terbukti apabila pada tahun 2008, ‘buih’ kredit ini terburai. Para pemuka kapitalis sudah tiada idea dan cara lagi untuk keluar daripada krisis.

Perspektif revolusi

Malaysia, seperti yang dicatitkan di awal artikel ini adalah salah satu anggota dan bahagian didalam satu sistem kapitalis global. Jadi, segala krisis yang berlaku di Amerika dan Eropah secara tidak langsung akan memberikan kesan yang sama terhadap negara ini. Malah Malaysia mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia dengan purata hutang isi rumahnya pada tahun 2013 telah mencapai 80%. ‘Buih’ kredit ini jika terburai akan membawa kesan yang besar keatas kehidupan massa rakyat pekerja, kaum miskin dan kaum muda. Yang pasti kesannya adalah satu krisis yang panjang seperti mana krisis yang berlaku secara global ketika ini. Kenyataannya sekarang adalah ekonomi Malaysia bergerak diatas dasar berapa jumlah kredit yang mampu diraih oleh rakyat. Dalam erti kata lain, ekonomi Malaysia tidak ubah seperti penagih dadah yang membeli sehari dua kehidupannya berterusan menyuntik dadah dan suatu hati nanti bekalan dadah tersebut pasti akan putus.

Cukai GST yang bakal dimulakan kutipan pada bulan April ini bakal menjadi batu loncatan kepada kegusaran rakyat di tambah pula dengan potongan-potongan perbelanjaan kerajaan dan subsidi bahan bakar yang telah diumumkan. Kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Ini adalah normaliti baru bagi rakyat Malaysia yang harus memikul beban kehidupan dihari-hari yang mendatang.

Marxist memandang dunia secara dialektik, yakni tidak dengan pandangan yang kaku. Situasi hari ini akan menjadi sebaliknya esok hari dan begitulah seterusnya. Perbalahan diantara puak Mahathir dan Najib dan juga krisis politik semenjak 1998 adalah manifestasi kepada krisis yang melanda kaum borjuis di Malaysia. Namun didalam masa yang sama pembangkang masih didalam keadaan yang amat teruk dari segi politik mereka. Gabungan parti borjuis DAP, PKR dan politikal Islam konservatif PAS adalah resepi kehancuran bagi rakyat Malaysia. Gabungan pembangkang ini langsung tidak akan dapat memberikan alternatif kepada BN walaupun mereka diberikan kuasa kerana mana-mana kerajaan yang berkuasa dalam deka-dekad mendatang adalah kerajaan yang tidak dapat lari daripada pemotongan subsidi dan perbelanjaan kerajaan kerana mengikut resipi kapitalis.

Tugas Marxist

Tugas Marxist di Malaysia adalah menubuh dan menggerakan organisasi revolusioner dengan prinsip-prinsip Marxist tulen yang didokong oleh warga pekerja, pelajar, anak muda dan warga miskin dibandar dan kampong. Namun, sudah tentu ada yang skeptikal dan hilang harapan terhadap massa rakyat. Mereka ini adalah orang yang berkata bahawa orang Malaysia lembik dan takut melawan. Mereka ini tidak sedar bahawa manusia akan belajar melalui pengalaman dan krisis ini adalah pelajaran yang “terbaik” buat mereka.

Jadi, rakyat boleh sahaja secara tiba-tiba turun kejalan namun siapa yang akan memimpin mereka? Mana programnya? Tanpa organisasi yang memimpin revolusi rakyat hanya akan memberontak, merampas kuasa dan membuang kuasa itu berselerak diatas jalan tanpa ada siapa yang mampu mengutipnya lalu disambar kembali oleh kaum borjuis. Itu adalah pelajaran daripada peristiwa-peristiwa di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Tiada jalan keluar daripada krisis selain jalan kearah revolusi sosialis di Malaysia yang dihubungkan dengan revolusi diseluruh dunia. Revolusi pasti!

Krisis kapitalisme Malaysia – perspektif kearah revolusi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s