Krisis kelas pemerintah ditengah-tengah krisis kapitalisme- Jalan alternatif adalah sosialisme!

20124_1098959623453022_4054604834630282193_n

Ditulis oleh Pembebasan

6 Ogos 2015

Catatan pendek diterbitkan secara bercetak ini adalah kenyataan ringkas dan refleksi terhadap krisis politik Malaysia hasil daripada diskusi dikalangan penggiat Pembebasan. Konklusinya adalah, krisis politik dikalangan kelas pemerintah Malaysia adalah terjemahan krisis kapitalis yang terburuk didalam tempoh dua ratus tahun ini adalah merupakan bencana terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa. ‘Reform’ bukan jalan keluar daripada kemelut politik dan ekonomi ini. Jalan keluar buat Malaysia dan semua negara diseluruh dunia sekarang adalah sosialisme!

Krisis kelas pemerintah versi PDF

1294339_10151591419070952_398807301_o

Perpecahan dikalangan kelas pemerintah sampai kepada kemuncaknya apabila perdana menteri Najib Abdul Razak membuat penyusunan semula kabinet yang menyaksikan Muhyiddin Yassin, diberi notis untuk keluar meninggalkan pejabat timbalan perdana menteri. Perpecahan ini bukan sesuatu yang aneh dan bukan berlaku didalam tempoh masa satu malam. Krisis dikalangan elit politik dan kelas pemerintah yang merupakan nadi kepada kelas kapitalis di Malaysia tidak pernah surut semenjak penghujung 90-an sehingga kini. Malah bibit-bibit perpecahan ini boleh dikesan jauh lebih lama daripada itu. Perpecahan dikalangan kelas pemerintah disesuatu negara kapitalis adalah merupakan terjemahan daripada kontradiksi sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Lebih-lebih lagi versi kapitalisme yang berkembang di Malaysia, diawalnya melalui penjajahan kuasa imperialisme dan seterusnya diteruskan oleh birokrasi kelas pemerintah yang secara perlahan membiakkan korupsi dan kronisme, seperti kanser yang secara senyap telah membinasakan negara ini. Projek penswastaan industri-industri penting dalam ekonomi negara yang bermula sejak 80-an contohnya, adalah langkah kaum pemerintah dan kepentingan kapitalis untuk mengatasi kontradiksi didalam kapitalisme itu sendiri iaitu halangan dan kekangan daripada birokrasi negara atau state dengan cara menjual dan mengagih-agihkan industri-industri penting kepada tangan-tangan kelas kapitalis. Namun, didalam sistem kapitalisme, setiap usaha yang lakukan untuk mengatasi sesuatu kontradiksi akan menemui satu kontradiksi yang baru, dan yang lebih penting adalah ia merupakan pembuka jalan kepada krisis yang baru. Itu lah yang terjadi kepada Malaysia dimana proses penjarahan harta-harta awam ini berakhir dengan perpecahan dikalangan elitnya seperti layaknya penyamun yang bercakaran sesama sendiri demi merebut hasil daripada rompakan dan pencurian.

11782489_838380709573823_7423777405885831650_o

Apakah penyelesaiannya?

Adakah jalan keluar buat Malaysia didalam keadaan kapitalisme secara global sedang mengalami krisis? Tambahan pula parti-parti pembangkang juga sedang mengalami banyak masalah dalaman dan tidak berjaya menawarkan alternatif kepada rejim BN selain daripada reformasi. Didalam cuaca ekonomi global masa kini, segala bentuk reformasi dan konsesi adalah mustahil. Kapitalisme tidak boleh dijinak-jinakkan.

Malaysia memerlukan perubahan yang radikal. Jalan keluar buat Malaysia adalah dengan memastikan bahawa segala industri penting harus dinasionalisasikan kembali dan diuruskan demi kebaikan rakyat bersama, bukan sekadar untuk menjana keuntungan kepada segelintir parasit yang menunggang kelas elit politik. Hanya sosialisme boleh mengeluarkan Malaysia daripada kebuntuan sistem ini. Kearah masyarakat sosialis Malaysia dan seluruh dunia!

PEMBEBASAN

Sertai kami didalam diskusi idea-idea Marxist demi mencari alternatif kepada sistem yang sedia ada .

Apa yang kami perjuangkan?

Kearah sosialisme diMalaysia, Asia Tenggara dan seluruh dunia!

Dunia dimana segala sumber dan kekayaannya digunakan untuk kepentingan bersama adalah tidak mustahil!

Krisis kelas pemerintah ditengah-tengah krisis kapitalisme- Jalan alternatif adalah sosialisme!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s