Hari Pekerja 2015: Krisis Kapitalisme dan Pencarian Instrumen Perlawanan.

Ditulis oleh Pembebasan

Sabtu, 2 May 2015

Sempena sambutan hari pekerja sedunia 2015 Pembebasan menerbitkan sebuah analisa ringkas tentang hari pekerja dan sejarahnya, tentang keadaan tenat sistem kapitalisme global, proses radikalisasi kaum muda dan juga cadangan untuk membina sebuah parti revolusioner sebagai instrumen perlawanan kaum pekerja secara menyeluruh.

8dd67d8e713c74c4c4dafc4c58ef599f

Sambutan hari pekerja sedunia, yang disambut pada hari pertama bulan May saban tahun adalah merupakan perayaan bersejarah bagi kaum pekerja secara keseluruhannya. Ia merupakan sebuah lembaran sejarah kepada perjuangan kelas sejak lebih 100 tahun. Saban tahun, jutaan pekerja turun kejalanan menyertai perarakan, demonstrasi dan pelbagai acara, bagi menyuarakan solidariti terhadap kelas pekerja diseluruh dunia. Roxa Luxemburg, didalam tulisannya tentang asal usul hari pekerja atau May Day ini menyatakan bahawa sambutan perayaan kelas pekerja ini berasal daripada demonstrasi pekerja di Australia pada tahun 1856 menuntut lapan jam hari bekerja. Tahun-tahun berikutnya demonstrasi ini telah merebak ke Amerika dan Eropah. Begitulah secara ringkasnya sejarah perayaan ini yang telah tercatat dengan titis darah, keringat dan air mata kelas pekerja dan keluarga mereka dari dulu hingga ke hari ini.

Didalam keadaan sistem kapitalis global hari ini yang sedang mengidap penyakit ‘krisis organik’, di mana kelas pekerja diseluruh dunia sedang diheret bersama sistem ini, memasuki satu era zalim yang semakin barbarik. Diseluruh dunia, tanpa pengecualian, kelas pekerja di setiap negara sedang dihadapkan dengan pelbagai pemotongan perbelanjaan kerajaan atau lebih dikenali sebagai ‘austerity’, inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan. Ini secara langsung memberi kesan yang zalim terhadap pekerja dan keluarga mereka yang didalam masa yang sama tidak menerima sebarang peningkatan kadar upah atau pendapatan. Ini membuatkan sambutan hari pekerja dan sifat-sifatnya yang international menjadi semakin relevan pada hari ni.

Malaysia

Sebagai sebuah negara yang berada dan terikat didalam sistem kapitalis global, Malaysia juga tidak dapat terlepas daripada krisis. Awal tahun ini Najib Razak terpaksa mengumumkan semula ramalan pertumbuhan ekonomi dengan kadar 4.5 – 5.5 %, berbeza dengan ramalan asal yang berkadar 5-6%. Ramalan pertumbuhan in terpaksa diumumkan semula demi menyelaraskannya dengan penurunan mendadak harga minyak mentah dunia yang sekali gus memberi kesan terhadap pendapatan negara sebagai pengekspot bahan mentah tersebut. Penurunan harga minyak secara mendadak ini adalah merupakan satu refleksi terhadap krisis ekonomi kapitalis global yang dihadapi disaat ini. Salah satu punca yang meruntuhkan harga bahan mentah ini adalah kerana kesan penurunan permintaan yang mendadak dan ini pula merupakan satu tanda terhadap kelembapan dan kekakuan pertumbuhan ekonomi diserata dunia. China, negara yang dicanangkan sebagai ‘kilang dunia’ kini hanya mampu mencapai pertumbuhan sebanyak 7%.

8b9eceec643079945b0b266dcddbf2c2

Malaysia, memasuki era krisis ekonomi global ini dengan keadaan negara yang sudah dibebani dengan krisis dikalangan elit pemeritah. Krisis dikalangan elit politik kapitalis di Malaysia tidak pernah reda semenjak penghujung 90-an sehingga kini. Disamping korupsi dikalangan elit yang sampai ketahap diketawakan oleh massa rakyat seperti didalam kes “lembu”, Malaysia juga sedang menghadapi masalah hutang isi rumah yang antara tertinggi di Asia. Diatas segala krisis dan keperitan hidup rakyat selama ini, kini diperkenalkan pula Good and Service Tax (GST) yang kononnya bagi pengampu-pengampu elit pemerintah, tidak akan menaikan kos sara hidup rakyat?

Sambutan hari pekerja tahun ini semakin menjadi lebih relevan kerana bebanan yang terpaksa di tanggung oleh pekerja dan rakyat keseluruhannya kesan daripada krisis yang tidak dimulakan oleh mereka ini membuatkan tuntutan-tuntutan kelas pekerja secara keseluruhannya semakin mendesak. Dianggarkan 20,000 orang telah turun kejalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menyuarakan bantahan mereka yang secara umumnya adalah berkenaan kos sara hidup yang semakin mencekik darah. Ini adalah perayaan hari pekerja pertama setelah Good and Service Tax (GST) dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Jadi tidak menghairankan apabila GST menjadi tema utama sambutan hari pekerja 2015 di Kuala Lumpur.

Proses radikalisasi

Oleh kerana keadaan ekonomi kapitalis sedunia berada didalam keadaan yang kaku dan tiada jalan keluar daripada krisis ini dan kebuntuan ini diakui sendiri oleh beberapa ahli ekonomi kapitalis dan media mereka. Maka untuk hari-hari mendatang manusia seluruh dunia terpaksa menerima hakikat bahawa kemerosotan kualiti hidup yang dialami di saat ini akan menjadi sebuah normaliti yang akan melalui satu proses kemorosotan yang organik selagi sistem kapitalisme masih menjadi sistem tatanan sosial buat masyarakat manusia.

f7b7afdc6bac4e2959dae0ae695e845c

Peningkatan kos dan kemerosotan kualiti hidup yang semakin dirasai hanya akan menyediakan jalan kepada proses radikalisasi, terutama sekali dikalangan lapisan muda-mudi yang mungkin merupakan pelajar, penganggur atau pekerja yang merasa semakin tertindas dengan gaji yang rendah. Kenyataan ini boleh dilihat sendiri berapa ramai muda-mudi telah turun kejalan membantah GST dan kenaikan kos sara hidup didalam perarakan May Day hari ini. Muda-mudi hari ini semakin radikal dan sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat dan negara ini. Marxist melihat radikalisasi kaum muda tidak ubah seperti barometer yang boleh menunjukkan dengan jelas tentang kontradiksi yang wujud didalam sesebuah masyarakat tersebut. Ini kerana muda-mudi adalah lapisan yang paling sensitif didalam sebuah masyarakat. Tiada pekerjaan tetap, pengangguran dan bebanan hutang sebagai contoh adalah karektor penting yang boleh menjadi gambaran kepada golongan muda di Malaysia secara keseluruhannya.

Begitu juga lah kaum muda diseluruh dunia pada hari ini. Tiada pengecualian walaupun terhadap negara-negara maju seperti Britain dan negara-negara Eropah yang lain. Golongan ini terpaksa memikul beban yang paling berat hasil daripada krisis kapitalis. Mereka tidak lagi boleh berharap untuk merasai taraf hidup seperti ibu bapa mereka yang merupakan generasi baby boomers (generasi yang lahir selepas perang dunia ke-dua hingga 1964). Generasi hari ini tidak lagi mengenali program pembangunan selepas perang seperti yang berlaku di Britain dimana pelbagai kebajikan terpaksa disediakan oleh elit pemerintah. Hari ini, krisis kapitalis sedang membinasakan semua program-program kebajikan yang telah terbina didalam tempoh tersebut. Di Britain sebagai contoh sistem penjagaan kesihatan percuma (NHS) setiap hari diserang dengan idea-idea untuk menswastakannya. Realiti ini sama dirasai oleh generasi muda di Malaysia. Generasi muda hari ini tidak tahu apa-apa tentang kemajuan ekonomi Malaysia didalam tahun-tahun 70-an. Mereka kini adalah generasi pasca 4-5% (kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia) !

Krisis organik

Seperti yang dinyatakan pada awal tulisan ini, karektor krisis kapitalis global yang kita alami hari ini adalah ‘organik’. Karektor ‘organik’ pada krisis sekarang adalah bertentangan dengan tanggapan bahawa kita akan keluar daripada krisis ini dan semuanya akan kembali seperti zaman pra-krisis. Ini kerana tanggapan biasa sistem kapitalis itu harus sentiasa melalui proses kitaran naik dan turun atau boom and slump. Jadi secara idealnya selepas krisis ini kita semua akan kembali dapat merasai kenaikan gaji dan atau peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sepeti yang dilaungkan oleh elit kapitalis dan media mereka sebagai “recovery”.

Krisis ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kitaran boom and slum. Ini kerana krisis yang berlaku sekarang adalah krisis yang berkekalan!

Namun adakah ini merupakan krisis terakhir sistem kapitalis? Jawapannya tidak! Sistem ini akan terus berjalan walaupun terpaksa mengheret kaki dan akan menyebabkan penderitaan yang semakin kejam dan barbarik. Melainkan sistem ini dibuang oleh kaum pekerja dan membangunkan sosialisme. “Krisis kapitalisme adalah tidak bernombor, sama juga ia tidak menyatakan dari awal yang mana satu akan menjadi krisis yang terakhir”, jelas Trotsky.

Alternatif- kearah revolusi

Lalu apakah pilihan atau alternatif yang ada pada generasi muda dan kelas pekerja di Malaysia hari ini? Dengan pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) yang berada didalam keadaan menunggu jatuh untuk terberai, apakah kuasa perlawanan yang boleh rakyat harapkan?

fe48f7ef3533e53de5b2e0604362838b

Perbualan tentang revolusi semakin kedengaran dikalangan muda-mudi sekarang. Mereka tahu bahawa sistem yang ada sedang membusuk dan mesti dibuang. Namun bagaimana? Apakah instrumen yang kita perlu untuk membuang sistem yang mencekik ini? Apakah dengan cara pemberontakan dijalanan seperti idea sesetengah kumpulan dan individu?

Revolusi bukanlah satu babak dimana semua manusia keluar menyertai barisan dengan memakai topeng Guy Fawkes dan menewaskan penguasa seperti yang difantasikan oleh sesetengah kelompok. Revolusi mengikut Trotsky adalah saat dimana massa rakyat, lelaki dan wanita biasa, mula melibatkan diri didalam kancah politik demi menempatkan untung nasib mereka ditempat yang sepatutnya, iaitu didalam genggaman tangan mereka sendiri.

Instrumen yang paling ampuh buat kelas pekerja adalah organisasi yang berbentuk parti massa yang berprogramkan revolusi! Jadi, segala usaha, idea dan tenaga harus dikhususkan untuk membina parti yang boleh menjadi instrumen perjuangan kearah revolusi.

Maka Pembebasan, melalui perspektif Marxist percaya bahawa keutamaan kaum pekerja dan rakyat keseluruhannya di Malaysia disaat ini adalah penubuhan sebuah parti revolusioner yang bakal menjadi instrumen kelas pekerja untuk mencapai kuasa politik, mewujudkan kediktatoran mereka (menggantikan kediktatoran kaum borjuis sekarang), dan akhirnya membuka jalan kearah transformasi masyarakat kearah revolusi masyarakat sosialis yang dihubungkan dengan masyarakat sosialis seluruh dunia.

Kaum pekerja bersatu lah!

Hari Pekerja 2015: Krisis Kapitalisme dan Pencarian Instrumen Perlawanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s